Monday, May 14, 2012

Hot Monday~


Hi korang! Amacam Isnin? Isnin saya sangat lemau, sakit2 badan dan takda mood. Kenapa ntah. I had bihun for breakfast and Subway (again) for lunch. Untuk dinner, urm belum fikir lagi. Hehe. Sepatutnya kena gi jogging lepas kerja. Tapi mood macam ni boleh ke? Dengan kaki sakit2. Mungkin sebab berdiri lama kat hospital kan? Belum biasa lagi. Maklumla hospital kerajaan mana ada kerusi yang mencukupi. 


Walaupun dalam keadaan susah hati dengan kesihatan anak buah saya, kami sekeluarga berjaya bendung perasaan sedih tu dan teruskan kehidupan seperti biasa. Er tak biasa sangat la. Almost biasa. 


Saya jadi terajin dan cadang nak buat Nasi Karot hari Sabtu. Bangun awal basuh baju kemas rumah dan masak. Mama masak nasi, saya masak ayam dan sayur. Sangat menkagumkan! Haha. Bawa sikit bekal untuk abang rasa. Alhamdulillah sangat sedap lauk kami hari tu. Hehe. Eh sedap betul okeh. Ni bukan sengaja puji2 tau. :P Sile rujuk gambarajah dibawah kalau tak percaya. Hehe.





Hari ahad pulak, abah dah bosan makan ayam hari2, abah nak masak ikan tongkol. Gulai ikan tongkol dengan sayur kangkung goreng belacan. Saya sangat la tak minat ikan tongkol. Abah sangat memahami, abah bakar ikan keli dua ekor untuk anak perempuan dia yang gedik ni. Hikhik. Oh ye, hari ahad turn abah masak sorang2. Kami tengok tv sementara tunggu siap. Bukan buli abah tau, abah saya memang macam tu. Kalau dia masak orang lain tak boleh kacau, sure kena halau. Jadi sila bawak diri siap2 pergi tempat lain. Nanti dah siap abah panggil makan je. Comel kan? Sayang abah! Heee =)


Lepas makan kami ke hospital lagi. Tengok Iman. Ramai yang melawat. Tak putus2. Ada jugak badan2 charity datang bagi macam2 mainan dan makanan. Ish terharu. Ni 1st time merasa. Ramai jugak sukarelawan yang prihatin kan? Melawat pesakit kat hospital on weekend. :')


Balik rumah je, badan saya jadi sangat panas. Panas macam baru keluar oven. Nak tido pun susah. Pukul 2 kot baru terlelap. Taktau la fikir apa. Dan bangun pagi je saya terus mengidam benda ini :-




Macam mana tu? Ada johnys tak kat Shah Alam ni? Nak ajak siapa teman ni? Ish susah betul kalau takde boipreng. Hakhak. 


Okla tu je nak merepek. Nak balik tido! Tata uols~




No comments: