Friday, April 27, 2012

Outing With Gfs~



Semalam saya dating dengan girlfriends. Lama sangat tak berkumpul ramai2. Ibu mengandung sorang tu teringin makan kat Laman Grill, so ke sana la kami. Macam yang saya bagitau dulu, restoran tu milik Chef Zubir Masterchef. Makanan kat sana boleh tahan jugak la. Ada improvement. Mungkin sebab semalam Chef Daniel yang masak kot. Ahaks. Oh sangat comel okeh Daniel semalam. Senyummmmmmm meleret je. Geram rasa nak ambik gambar, tapi malu dan timing tak kena. Sebab me and my girlfriends tengah discuss topik serius tapi saya boleh main2 mata dengan chef2 kat sana pulak. Haha. Sowie cannot help it! :P






Dah banyak kali makan ayam ayam ayam, semalam nak try ikan. Saya tak suka sangat steak. Taktau la kenapa. Tapi dalam set Fish & Chips takda meat pie tu. Yang belah kiri tu. Saya suka sangat pie tu! Lepas goda lebih kurang waiter yang ambik order (nasib baik lelaki, kalau perempuan jangan harap nak dilayan budak gedik yang debab ni!), dia pun agree nak tukar fries kepada pie yang maveles tu! Yay! Ok sebenarnya dia tanya chef kat dapur dulu, boleh ke tak, pastu dia cakap boleh. Awww terharu! Mesti Daniel yang cakap boleh tu kan? Mesti dia kesian kat kakak yang comel ni kan? Kan? Haha over gedik melampau. *PANG!! 



Lepas dah lepak kat Laman Grill macam taknak balik sampai orang dah pandang lain macam, kami beredar ke cafe depan tu, Coffee Planet. Nak pekena kopi sambil sambung cerita life masing2 catch up mana yang dah tertinggal banyak sangat. Saya order Macadamia Frappe. Memang maveles lemak berkrim minum sambil pejam2 mata menghayati kenikmatan air tu. Hehe. Yang dalam gambar ni promosi untuk bulan April, Cookies and cream frappe kot nama dia kalau tak silap. Rasanya silap. Tapi lebih kurang tu la kot sebab ada gambar Oreo. Heeeee..





Saya sampai rumah dalam kul 11 lebih. Aman damai sebab jalan dah tak jem. Sangat happy dapat borak2 dengan kesayangan walaupun sampai rumah agak lewat. Tak sabar nak tunggu baby dalam perut tu keluar! Mesti lagi meriah bila outing ramai2. Lepas sorang2 bertunang, kawin. So happy. Turn saya tak tau la bila. Soon insyaAllah =)


Ok tu aje nak bebel. Happy weekend guys! Tata! =)

Thursday, April 26, 2012

Kedai Tayar Pun Kena Tax?!




Selamat petang kawan2! 


Hari ni mood saya happy sikit. Setelah sebulan tak berapa nak tenang. Akhirnya kekusutan pudar jua. Erk ayat taktahan! Haha. Tadi kan saya pergi buat alignment untuk van. Eh bukan saya la pergi, kawan ofis ni pergi. Saya terkejut tengok resit sebab ada charge gov tax. Sejak bila buat alignment pun ada gov tax ek? Selama ni taktau pun? Ke memang ada? Ish pelik laa..





See see.. RM 4.20 okeh. Banyak jugak tu. Boleh beli macam2. Lepas ni basuh kete pun ada gov tax kot? Memang takmo hantar kedai dah, basuh sendiri je. 


Oh kejap lagi saya ada dating dengan BFF. Laaaama sangat tak jumpa. Macam2 nak cerita nanti, catch up balik apa yang tertinggal. Bestnya! Kul 6 diorang tunggu kat sana. Oh seronoknya! Nak kemas2 sekarang la pastu nak touch up sikit pastu boleh gerak awal. Heee.. Babai uols! =)

Wednesday, April 25, 2012

Sandwich Seafood & Crab



Hi korang. Lunch apa tadi? Ke belum makan lagi? Saya tadi makan Subway jek. Tetiba terbayang isi ketam yang mengancam tu. Huhu.



Amik roti honey oat. Sedap sebab keras dan rangup. Pastu ada oat feeling cam menjaga kesihatan la padahal tengok mayonis melimpah ruah tu tak ke mana la lemak tu pergi, dalam badan juga. Isk.

Pagi tadi adik saya balik dari Kelantan. Taktahu la berapa lama. Ke balik sebab ada Bersih? Cuti sem agaknya kan? Bulan 7 nanti baru habis sem rasanya. Cepat2 la habis belajar adik oi. Boleh kakak mu yang comel ni tumpang gaji mu tiap bulan. Ahaks.


Oh semalam mama cakap, weekend ni nak gi makan nasi arab kat Jalan Ampang. Dah lama tak gi makan kat luar 1 family. Seronoknya! Amboi kalau pasal makan excited mesti lebih kan. Seronok bukan main. Cuba cakap pasal jogging ke apa, terus sakit la, badan lemah la, tak larat la, macam2 alasan dia bagi. Hehe.


Sebenarnya saya tinggal sorang kat ofis ni. Isk. Segan sikit la duk sorang2. Tetibe je banyak sangat bunyi bunyian keluar. Dah la aircond sangat sejuk sebab baru repair tadi. Selama 2 minggu kepanasan macam keje dalam sauna. Hehe. Oklah uols, nanti2 iols merepek lagi ye. Tata! =)

Tuesday, April 24, 2012

Kurus ke??



Alamak, blogger dah lain la. Daripada blur taktahu nak buat apa, terus jadi blank tak boleh buat apa2. Haha. 


Nak cerita apa hari ni ye? Macam2 jadi kat hidup saya lately tapi bukan semua boleh cerita kat orang kan? Ada yang kene simpan sendiri. Memang 2 minggu yang sangat meletihkan! Plannya lusa nak pergi Kota Bharu lagi, tapi tak jadi pulak. Takpe la boleh spend masa lebih sikit untuk family. 


Oh, next month saya akan menyewa kat Shah Alam. Kebetulan rumah kawan. Duduk dalam tu pun 3 orang termasuk saya, so rasanya takda masalah kot hopefully. Saya bukan lah jenis orang bermasalah pun, tapi kalau perangai macam syaitonirojim sapa tak sakit hati kan? Memang bawak ke gaduh jugak la. HIks. Kawan bergurau, kalau dah duduk Shah Alam nanti mesti banyak masa terluang, so kene la cari bf cepat. Ewah ewah sesedap rasa je bercakap. Macam la cari bf tu macam beli twisties kat kedai. Sape la nak kat budak debab macam ni, lelaki sekarang cinonet je semua. So orang yang debab + tinggi sikit ni memang takut la lelaki nak dekat. 


Oh ye, last week saya jumpa bff saya lepas berbulan lamanya tak jumpa. 1st thing yang dia tanya, "Elyn diet ke?". Wah terkejut sekejap. Hehe. Kan saya minum susu diet bulan lepas kan? Saya tak pernah timbang pun lagi. Baju pun takde la longgar sangat. So saya ingat tak turun la. Tapi kalau ada orang tegur, maknanya berkesan la kan? Heeee malu :P


Semalam saya jumpa Kaklong kesayangan. 2-3 minggu tak jumpa kot. Dari jauh saya keluar kete dia dah senyum2. Terus dia tanya, "Adik dah kurus eh??". Erk. Kenapa orang nampak kecik saya tak nampak apa2 perbezaan pun ek? Hurm nanti nak kene timbang jugak la. Teringin jugak nak tahu, ada turun ke tak. Hehe.


Alamak, baru teringat cadangnya lunch hour nak pergi basuh kereta. Dah terbebel kat sini pulak. Haha. Oklah uols, take care ok? Tata! =)

Thursday, April 19, 2012

Fenomena RV!




Fenomena Red Velvet uols! Haha. Drama sangat title tu kan. Budak ofis saya sekarang hari2 duk beli cake ni kat kedai sebelah okeh. Sebab dulu kedai tu jual Moist Choc Cake je. Memang sedap amat la! Tapi kalau dah asik makan tu jemu jugak kan. Baru baru ni tetiba ada cake lain pulak. Red Velvet, Carrot Cake, Puding Caramel dan macam2 lagi biskut baru.


Oleh kerana saya dah 2 kali nasib tak baik asik dapat RV yang pahit, maka saya try la beli yang ni. Dah la murah je, RM 5 sahaje. Kek pahit yang saya beli before ni RM 15 satu slice! Ciss btol.





Ni la rupa bentuk beliau. Mintak mahap henpon murah, kualitas gambar terganggu. Hiks. Dan rasanya sangatlah sedap! Bila makan tu terus tak boleh berhenti. Tau2 dah nak habis sebekas dah. Bahaye btul! Pastu tau2 setiap hari lepas lunch ada je atas meja. Magic sungguh! Camno nak diet ni?? Ce cite?? *Alasan :P


Jadi, kat mana nak dapatkan si cantik manis yang sedap ini? Kat kedai Anis Choc Cake kat Sek 13 Shah Alam ye. Sederet dengan Ayam Kampung Hassan. Sila cari. Jangan cari Casa Impian pulak kat situ. Ahaks. Tetapi harus di ingat! Cake beraneka jenis tu bukan la tetiap masa ada. Kengkadang selalu sangat habis! Yang confirm ada tetiap ari adalah Moist Choc Cake. Siapa yang tak pernah rasa tu boleh je beli. Di jamin tak mengecewekan.


Sekian iklan free dari saya. :P




Monday, April 16, 2012

Creepy Monday!



Hello uols! Hari ni saya keseorangan dalam ofis. Bos dan beberapa orang staff outstation. 3 orang on leave, yang lain semua keluar atas urusan tertentu. Dan saya duk ofis sorang2. Biasala kan kalau duk sorang2, 'kawan' akan ajak main acah2. Dah lama 'dia' tak kacau saya, tapi arini 'dia' bosan kot. Tetiba saya dengar bunyi spray. Sangat kuat macam ada orang kat luar bilik je spray. Eh eh dia ni... Terus saya pasang lagu2 kuat2 takmo dengar dah apa2. Harap2 cepat la diorang balik!


Oh, hari tu saya pergi Kelantan, saya ada belikan anak buah baju yang comel. Nampak comel je, saya beli la. Lagipun sekarang tengah 'demam angry bird', lalu saya ambik baju angry bird sorang sepasang. Dan jugak selipar untuk kakak. Untuk adik takda size sebab kecik sangat. Huhu.





Baju ni comel kalau pakai ketat2 gitu. Nak nak yang badan tembam montok.. memang geram la tengok! Hehe. Time ni saya pergi rumah abang. Dah lama tak pergi sana, asyik dia je datang sini. Saja nak spot check rumah dia. Boleh?? Hahaha takda la, gurau jek :P


Petang tu abang bawak jenjalan ke NSK. Saya tak pernah tau kewujudan NSK ni pun. On je la, saja nak tengok rupa dia macam mana. Rupanya dia macam macro gitu, kedai borong eh? Yang penting barang kat sana murah okeh. Teruja tengok ikan dia besar besar. Ikan jos pun ada okeh! Hehe.




Balik dari NSK, singgah beli pisang goreng kejap. Sementara papanya keluar, anak2 beliau take over driver's seat. Kengkonon adik tu cam tengah drive la kan? Masalahnya nampak ke cermin depan tu dik? Yang kakak tak abis2 senyum muka buat2 camtu tau. Ce ikhlas sikit senyum tu.. isk.



Lepas makan malam, kami pun balik rumah. Tu cerita Hari Rabu masa public hliday tu tau. Haha. Ni cerita hari Sabtu pulak. Hari Sabtu abang datang rumah sebab kak Ita ada program dari pagi sampai malam. So macam biasa, saya dengan mama kene jaga budak 2 orang ni la. Walaupun papanya ada, memang ada serupa takda jela. Tido je kejenye. Ahaks. Nasib baik abang taktau kewujudan blog nih. Hiks.



Lepas lunch, memang time aktif budak 2 orang ni. Sebab baru bangun tido. Yang lain semua dah kepenatan, semua pakat tido. Tinggal saya sorang2 melayan dak tecik ni. Jenuh la melayan itu ini kerenah diorang. Dua2 nak tarik perhatian makngah dia, makngah dia ada sorang je. Lain la kalau PAKNGAH ada, boleh jugak tolong. Erk. Pakngah?? Ahaks malu taw... *kuis kuis meja... :P



Dengan pampers adik dah macam nak meletup. Nak turun bawah amik pampers susah pulak. Tak boleh tinggal budak berdua ni. Diorang tengah makan coco crunch atas meja time tu. Tiba2 kakak perasan seluar adik dah basah. Alamak. Memang dah bocor la pampers dia. Isk. Lari2 turun bawah amik pampers, suruh kakak tengok adik. Bukan boleh harap sangat tu suruh tengok adik, silap2 dia kutil adik dia.. Huhu.



Dah setel huru hara tukar pampers, tiba2 kakak cakap lapar. Nak makan nasik. Isk. Baru pukul 4. Tadi baru makan kul 2. Dah la baru lepas makan coco crunch beriya tak henti2. Ko ni kenapa kakak? Takpe, makngah tabah melayan. Amikkan nasi segala, makan bersuap. Isk. Takpela, asalkan dia nak makan.. Tak lama tu mama pun bangun. Fuh lega. Boleh jugak bahagi tugas. Haha. Saya suapkan kakak, mama jaga dak kecik tu. Lepas tu bersiap nak ke Carefour nak cari barang. Elok je sampai sana, kakak ngantuk tahap gaban sampai tak boleh jalan. Nak berdukung. Terbaik! Makngah la dukung sapa lagi kan..



Time nak tido malam tu, badan saya sakit2 okeh. Penat btul layan 2 orang budak nih. Seronok sebenarnya. Tapi sebabkan lutut saya injured blom baik lagi, tu yang penat lain macam tu. Menanggung kesakitan lutut sambil dukung mereka turun naik tangga. Huhu.



Oh sebelum terlupa, pokok jambu depan rumah saya berbuah sangat lah lebat. Sebelum ni buah ala kadar je segan segan je. Tapi kali ni tunjuk perasaan ke apa ke taktau la. Masa dia tengah berbunga lebat, saya cakap dekat mama,

" Tengok tu, lebatnya bunga! Mesti banyak buah nanti kan? "

" Takde maknanya. Dia berbunga je lebih. Bukan lekat pun nanti. "

" Oh yeke? "




Sekali, nah! Ambik! Dia berbuah sampai tak larat nak petik dah. Jatuh2 membusuk kat tanah. Semalam abah dah petik 2 plastik besar, abah kata banyak lagi bunga baru keluar. Erk. Tunjuk perasaan sangat tau.. Haha. Tapi sayangnya saya tak minat jambu air. Kalau buah laici tumbuh lebat camni alangkah indahnya donia! Ahaks.



Thursday, April 12, 2012

Casa Impian Now at Jusco Seremban 2!




Hi uols! Saya sangat bz la lately. Banyak benda nak setelkan. Maklumla branch semakin banyak.. ahaks ahaks.


Hari Selasa malam kami ke Jusco Seremban 2 untuk setup promotion area kat bahagian Home Décor. 2 minggu kalau tak silap kat situ. Later akan pindah ke permanent area, not sure kat bahagian mana tapi still dalam Home Décor jugak la. Setup start kul 10 malam, habis kul 1 pagi. Saya sampai rumah kul 2 pagi. Nice sangat. Haha.


Meh tengok bagaimana rupa bentuk tempat baru kami ni.







Duduk kat tengah2 island sebelah escalator dan berdepan dengan kaunter. Senang je nak cari. Sapa2 pergi Jusco Seremban tu jangan lupa singgah dan tengok2 kedai kami k? Saya yang angkat meja susun barang semua tu tauuu. Penat tauuuu. So, jangan lupa singgah tauuu.. Hikhik.


Sebenarnya banyak lagi outlet baru bukak. Tapi ni je yang saya involve. Tu yang kena show off skit. Ahaks. Next outlet, Jusco AU2 pulak. Yay! Nanti kalau ada gambar, saya tepek kat sini jugak ye? =)


Oklah nak gi makan jap. Korang pun jangan skip2 lunch tau. Tata!






Saturday, April 7, 2012

One Happy Day



Saya sangat seronok hari ni. Pagi tadi masuk ofis buat keje sikit pastu keluar dengan mama uruskan hal bank. Lepas tu we had lunch together. Mama belanja. Hantar mama balik ofis, around 3pm baru saya sampai ofis saya. Happy moment. Walaupun ada havoc sikit2 sesat jalan. Haha. Bukan senang nak keluar dengan mak office hour okay. Really appreciate that moment. :')


Dan jugak dapat wish yang sangat banyak kat Facebook. Terharu sangat. Tak sangka la ramai sudi wish. Rasa malu kat diri sendiri sebab saya jaraaaaang sangat wish birthday kat FB. Sebab kalau online guna BB ni mana nampak birthday sapa on that day. Guna PC baru nampak. Dah tu kalau online guna PC kat ofis faham faham je la.. Mana la nak perasan.. Login FB buat syarat je, lepas tu biar je. Ada notification baru tengok. Pastu nak balik, logout. Memang tak perasan sangat! Saya bukanlah kawan yang baik kat FB. Tapi masih ramai sudi wish birthday saya. Terharu! :')


Dan ramai jugak ajak jumpa. Tapi saya dah janji dengan Kaklong kesayangan. Jadinya tadi jumpa kaklong kat Tutti Fruti. Ada jugak beberapa kawan follow. Borak2, lepak2, gelak2. Oh seronoknya. Lama tak lepak macam tu. Lepas tu kami makan kat Upin Ipin pulak. Gelak2 sakan lagi. Later Reza ajak jumpa, saya ajak datang Upin Ipin je. Oh seronoknya. Reza pandai bawak diri. Sudi bergaul dengan kawan2 saya walaupun dia tak pernah jumpa. Bila kita nak kawin ni Reza?? Hahahah :P gurau je okeh. Reza ni kawan biasa aje. Baik budaknya. Taktau single ke tak, tapi blom kawin. Hehe.


Lepas tu Maru pulak sms ajak makan sama. Jadi kami pun pekene satay for dinner. Dah lama dia sebut2 satay tu. Kesian dia. Kami makan kat uptown 2 kot? Sebelah meja kitorang tu Raja Azmi dengan pelakon taktau nama, penuh 1 meja besar. Borak2 kejap, gelak2, kitorang pun balik. Saya sampai rumah dekat kul 12 tadi. Huhu.


Memang hari yang sangat penat dan letih. Tapi sangat berbaloi dapat jumpa orang2 yang saya sayang. I'm so so so so happy! Patutla semalam menangis tak tentu pasal. Rupanya hari ni nak bergelak ketawa. Hehe.


Esok mungkin celebrate dengan family pulak. Mungkin ada cake. Mungggkin. Pasal mama memang tak bagi saya makan cake. Huhu. Next week harus plan jumpa my BFF.. Lamanya tak jumpa dorang.. Rasa macam bertahun! Why la? :(


Baiklah, mari kita tido. Tido dalam senyuman dan hati yang puas. Nite korang! Muacks! =)



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, April 6, 2012

Happy Birthday To Me!



Hai korang! =)


Hari ni hari jadi saya tau. Yang keberapa? Hujung 20-an sudah. Huhu. Cepat btol masa berlalu. Semalam masa tengah tulis chq, terkejut tengok tarikh, esoknya dah 6hb April!


Since saya single tidak berboifren, jadinya memang tak celebrate la kot. Just hang out dengan kengkawan yang sekepala huha huha barang pat lima jam je kot nanti. Tengok la dulu. Takde plan apa2 pun. Dah la membizi tak habis2 mengalahkan ketua kampung. Cake pun takde. Sedih kan? Dah tua2 ni, nak beriya2 pun segan la. Nampak gayanya kene beli cake sendiri la kejap lagi. Huhu. Mak redhaa~


Maka hari ini, saya berdoa pada Allah supaya jadikan saya insan yang lebih sempurna akhlak dan imannya dari tahun2 yang sebelumnya. Amin!


Wednesday, April 4, 2012

Missing in Action!




Alalala ada orang rindu si debab ni tak? Ahaks.

Saya pergi Kota Bharu seminggu la uols. Ada Road Show dengan pindah outlet dan macam2 lagi. Nak update blog tak sempat langsung. Isk. Nanti saya cerita detailnya okeh? La ni nak pi carik makan sat. Lapaq sungguh! (Eh pegi Kelantan tapi cakap bahasa utara? Dah kenapa kau Elyn?) :P

Daa~