Sunday, June 5, 2011

Tuan Blog Tak Sihat




Balik dari cuti cuti mesia ari rabu. Tapi Khamis cuti sebab nak rehatkan badan. Jumaat keje balik. Perghhhh bertimbunnnn keje sampai takleh bernafas. Terus datang migrain dan demam petang tu jugak! Balik dari ofis badan dah semacam, rase macam terhuyung hayang nak pitam. Tapi gagahkan jugak drive dalam hujan dan jem. Dari Shah alam ke Ampang : 2 jam. Omaigod! Nasib selamat sampai. Alhamdulillah..



Arini pun rase semacam macam food poisoning pulak. Padahal makan ape je. Hurm ntah la. Harap2 esok sihat, boleh pegi keje dengan tenang.


Ok meh saye syer sikit hasil dari cuti2 mesia secara ringkas (malas sebenarnye :P).




Orang kate kalau pegi Perlis tak rase mangga Harum Manis memang tak sah. Rasenye memanggggggg harum dan sangat manis! Macam rendam dengan gula. Betul tak tipu.





Cara makan dia macam ni. Pastu sauk dengan sudu. Huuuuuuu heaven. Rase selagi nak lagi! Tapi rase bersalah makan banyak sebab macam makan gula banyak sangat, takut kencing manis.. bole? Haha.



Hari pertama sampai takde ke mana. Dah petang pun, rehat kat rumah Makteh je sampai malam. Malam orang lelaki gi mancing naik bot tengah laut. Yang pempuan duk umah je la. Tidokan anak.



Esoknye dorang pegi sawah 'ngoca'. Pastu pegi mane tah lagi. Aktivit menghitamkan kulit bersame dengan ikan. Haha. Saye? Mestila tak ikut. Takut wooo hitam. Sudahla tak lawa, debab, kalau hitam? Burukkkkkkk sangat la jadinye. Make duduk rumah kemas umah sementare tunggu Abang sampai.


Petang tu orang pempuan nak pegi Padang Besar cuci mate. Perjalanan dari Kangar ke Padang Besar dalam setengah jam gitu. Kami pergi tak ramai. Sebab ramai dah collapse duk main dengan ikan siang tu. Haha. Pegi Pasar Padang Besar yang kat belakang Balai Polis tu. Pastu singgah Duty Free Emas Kerajang. Beli Cekelat dan sebagainye. Sebab dapat harga special. Polis price. Huhu.


Esoknye subuh2 kami dah bersiap. Mau ke Thailand =)
Sebabkan kami ramai, terpaksa amik 1 van polis dan 3 buah kereta sendiri masuk ke Thailand di escort oleh beberape orang polis. Huhu semacam je rase. Tapi seronok jugak. Pengalaman baru.


Kedai pertama kami singgah, sangaaaaaaaaaaaaaaaat la murah. Periuk belanga ada promotion Rm 10 je per item! OMG! Harusla beli. Masing2 beli macam bawak lori. Semua barang adelah murah murah murah.





Sampai terpakse beli si comel ni. Dia nak ikut saye balik Ampang :) Haha. Dan ade jugak beli barang2 penjagaan diri pempuan. Cantik2 dan murah. Suke sangat!


Pastu kami sambung berjalannnn sakan sekitar Thailand. Singgah sane sini. Cuaca sangat panas. Sangat sangat panas! Kesian sekali budak kecik 2 orang tu la, Damia dan Iman. Mesti rimas dengan sempit kereta dengan panas dengan nak tido bagai. Huhu.





Akhirnya Iman tertidur kat atas adik. Mungkin sebab empuk sangat kot badan adik? Hahahaha.
Kami banyak tak keluar dah setiap persinggahan. Rata2 bendenya same je. Baju seluar dan sebagainya. Malas la nak tengok.


Dan akhirnya kami ke Danok untuk Lunch. Restoran Islam ramai orang Malaysia kat sane. Rata2nya polis. Total makan kami ramai2 RM500. Huhu. Tapi makanan dia sedaaaaaaaaaaaaaaaap sangat! Suke.


Esoknye kami berangkat ke Penang. Berpisah dengan yang lain. Dorang sibuk pegi shoping lagi, kami sekeluarga sambung berjalan ke Penang. Pekene nasik kandaq LINE CLEAR. Jumpa Nora dengan family. Cantikkk sangat kak Nora tu. Sweet je muke. Senyum je. Lepas makan, check in apartment pastu malam pegi makan kat Gurney plak.


Esoknye kami ke Bukit Bendera. Train dah baru. Lajuuuuuuuuuuu sangat. Bila turun rase macam naik Rollercoster! Haha. Memang best la. Kuar peluh jantan berjalan sane sini. Best! :)





Last sekali tengok la muke adik Iman kat Masjid Bukit Bendera.


Okla tu je. Penat suda membebel versi menaip. Kepala macam weng sikit. Mau tido la esok keje. Tata uols.



2 comments:

sweethOneY said...

wahhh mmg sakan berjalan nii.. best!!

get well soon ok..

-eLyNhere- said...

hehe. akibatnye kulit menggelupas. panas sgt kot? haih.

tq iza!