Thursday, November 21, 2013

Resepi Bubur Nasi Simple Tapi Sedap



Kelmarin hujan lebat agak teruk jugak kan? Saya seharian duduk kat rumah je tak keluar pun. Jadi surirumah yang berjaya. Kemas dapur, masak, kemas rumah dan masak lagi. Basuh pinggan sampai basah2 baju dibuatnya. 


Asalnya plan nak buat bubur nasi sebab chenta hati sakit gigi katanya tak boleh makan benda keras. Mula la saya gedik nak buatkan bubur kan. Haruslah ada perasaan gedik tu. Belum kawin boleh la tunjuk rajin. Harap dah kawin nanti pun ko rajin macam sekarang ye Elyn :P


Tapi masa nak masak tu, abah masuk dapur, abah cakap mama suruh buat ayam kicap sebab nak bawak bekal untuk esok. Amboi. Bekal esok punya cerita pun dah keluar pagi2 hari. Hehe. Ok takpe, saya masak je la. Kicik punya hal.





Tengah syok masak memang dah hujan light2. Tapi tak sangka pulak hujan makin lebat. Lebat sampai dapur saya banjir. Tak tahu la air meleleh dari dinding mana. Terpaksa masak dalam keadaan becak. T____T
Tapi nasib dapur belakang je basah. Dapur depan ok lagi. Lepas abah balik dari surau saya tengok abah mop lantai dapur dan balkoni atas. Banjir sebab hujan lebat sangat. Mujur ada abah. Nak harapkan si debab ni? Lambat sket la. Mungkin air tu kering sendiri aje. Ahaks.





As per request, ayam kicap untuk mama dan adik beradik. Saya lepas masak memang tak lalu nak makan. Saya sorang rasa macam tu ke atau orang lain pun rasa yang sama? Nanti dah lapaaar baru reti gi amik nasik dan makan. Agaknya sebab dah penat masak kot kan? Huhu. Oh ye, adik saya yang sorang tu diet nasik. Balik keje dia bukak tudung saji, dia bising. Marah sebab kenapa masak sedap masa dia diet. Er... taktahu tu puji ke marah. Haha. Pastu dia makan jugak nasi sikit, hilangkan kempunan. Nasib ko la kan :P






Dan ini adalah rupabentuk bubur nasi saya yang simple tapi sedap. Hehe. Bukan saya cakap, family yang cakap. Tapi sangat cair sebab termasin. Saya kena tambah air lebih sikit. Huhu. Masa saya masak tu abah dah bising. Abah kata, "Kenapa masak bubur? Sape nak makan? Kamu makan la sorang, orang lain makan nasi." Tak cukup dengan tu, bila dah siap abah sambung lagi. "Banyaknye kamu masak? Sape nak makan tu?". Saya diam je. Tak cakap pun tu untuk sape sebenarnye. Hehe. Pastu mama balik keje, mama pulak cakap, "Banyaknye bubur tu. Nape masak banyak sangat?". Adeh letih saya mengexplain sebab termasin, tu yang tambah air banyak2, so jadi la banyakkkkk.. Huhu.


Tapi kan. Adik balik keje, terus rasa bubur tu. Dia cakap sedap. "Pandai Keklin masak". Bila mama and abah dengar adik puji, diorang pun rasa la jugak. Sudahnya masa diorang makan, tak henti2 puji sedapnya bubur. Pandai Elyn masak. Pujian tu meleret sampai ke tengah malam. Sampai ada yang repeat makan bubur je. Haaaa tu la mula2 pertikaikan kenapa saya masak bubur. See see now. Dah nak habis okeh seperiuk besar. Hikhik. Maka dengan itu saya nak share la macam mana saya buat bubur yang simple tapi semorang puji ni. =)


Bahan-Bahan Bubur Nasi Simple :

2 pot beras
Air secukupnya
Ayam
Kentang
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Garam


Mula2 saya basuh beras dan letak air setengah periuk. Masak dengan pressure cooker supaya takda la lama sangat nak tunggu. Oh ye, masukkan seinci halia jugak.

Lepas tu saya potong ayam dadu dan asingkan tulang temulang. Hiris jugak bawang besar, bawang putih dan halia.

Tumiskan ayam dengan tulang skali sebab saya nak ayam tu bau wangi takdela hanyir je. Lepas dah perang2 sket, goreng bawang dan halia pulak sampai keperangan. 

Bila dah setengah jam, bukak penutup pressure cooker, gaulkan bubur tu. Masukkan kentang yang dah dipotong dadu. Ikut selera masing2 nak kentang banyak or sikit ok? Saya letak 3 biji. Dan masukkan tulang ayam yang digoreng tadi. Maksudnya bahagian ayam yang bertulang la macam leher ke, ribs ke gitu. Masak bubur dengan api perlahan. Secara tak langsung kita dah tak payah guna chicken stok which is tak berapa nak molek. Dengan cara ni kita dapat stok ayam sekaligus. Tak gitu?

Lepas bubur dah pecah dan kentang dah lembut, masukkan isi ayam dan bawang bersama minyak menumis tadi. Minyak tu takmo banyak tau. Sikit je. Jangan lupa kacau bubur selalu supaye tak berkerak kat bawah.

Lepas tu perasakan dengan garam dan sedikit lada sulah. 

Siap! Kalau ada daun bawang boleh tabur ye. Saya takde stok kat rumah =)


Senang je kan? Saya pun tak pasti kenapa la diorang cakap sedap. Rasa macam poyo pulak share resepi bubur nasi. Padahal semorang pun pandai buat yang sedap2 lagi. Hikhik. Oh ye, saya suka bubur nasi yang pecah hancur dan pekat. Dan jangan la masin sangat. Budak debab ni masak asik nak masin je, tak faham betul. Tak jugak kawin2. Ahaks.


Okla, tu aje nak bebel. Siapa nak try boleh la try!  =)


21 comments:

Farisya Anastasyia said...

nak cuba lah.hehehe.tq atas resipi ni :)
www.duniafarisya.com

-eLyNhere- said...

yay ada org nak cuba! heee tq tq!
=)

muhd rizal said...

dh cuba..sedap dan simple jerrrr..thanks for resipi

muhd rizal said...

dh cuba...simple jerrr sng nk buat thanks for resepi darling

-eLyNhere- said...

yay! ada org cuba lagi.
simple je kan? hehe.
tq sudi cuba =)

zaayana said...

Thank you dor the recipe mmg simple yet sedap :) saya lain tang ayam je sbb cik abg nak ayam goreng carik carik. So lepas goreng isi ayam dgn bahan2 tu, sy masukkan bahan tumis je ayamnye asingkan. Thank you again :)

sakura uchiha said...

Saya nak cuba lah resipi akak, mcm best je! And thanks for sharing with us!

sakura uchiha said...

Saya nak cube lah akak pnya resipi, mcam best je! And thanks for sharing with us!

-eLyNhere- said...


zaayana,

ooo ayam macam soto tu. boleh jugak. hee. tq sudi cuba! =)


sakura uchiha,

awww tq sudi nak cuba.. =)

Juhariah Johari said...

Tq.... Nampak menarik... Boleh cuba ni

Norzuryati Mohamad Basir said...

hmmm...simple dan menarik..mesti cuba ni..
sedap makan panas2..

jemput ke blog saya

http://norzuryati.blogspot.com

~ perkongsian tentang diri, keidupan, anak2, tips kesihatan, tips kecantikan dan sebagainya..

Moga sama2 beroleh manfaat daripada nya...amiinnn

Mell comell said...

Nak cuba jugalah... harap-harap sedap macam elyn masak.. (^_^)

jpphktrg said...

Saya pun Nak cuba juga... harap-harap sedap macam elyn masak..hihihi

Lizan said...

Oh tumis dulu bawang bawangan tu ya.. Selalu kita lontar semua falam piuk patut tak naik rasa dia.. Sekarang jugak berlari anak ke dapur nak masak.. Anak demam... Huhuhu. Tenkiu awakkk

-eLyNhere- said...

hehe comel berlari lari anak pulak.
elok2 lari tu.

tq ye semua sudi cuba, kalau masak dengan penuh kasih syg mungkin sedap la jadinye kan?

nanti dah cuba, boleh ubah sikit2 ikut citarasa sendiri =)

Muhammad LuQman said...

Emm...kena masak beras tu jd bubur dulu bru masukkan bahan2 ke?...

Nesom Lee said...

bubur telur ada resipi tak?

-eLyNhere- said...

Muhammad LuQman,
tak, masak sekali sampai jadi bubur.

Nesom Lee,
Tak pernah makan pun bubur telur, apatah lagi buat. Hehe.
Boleh cuba tu lain kali.

Megat Azman Megat Khalid said...

Kalo nak masak bubur yg pekat skit,kalo beras 2 pot,air dia byk mana ye kalo sukat guna jari?

-eLyNhere- said...

ala guna jari taktau.
tapi kalau beras 2 pot, cuba letak air 3 pot.
kalau dah kembang nasi tu nanti, terlampau pekat sangat tambah air lagi.
agak2 sendiri macam tu.

Nur Ayu said...

Alah elin biasanya yang campak2 simple sedap khennn...hahaha lawak dengar cite elin n family...belum cuba belum tau..sekali cuba seperiuk ko habis.. hehehe...tk berkongsi resepi ye..anak tgh sakit ni nak buat bubur saje google nak cari resepi simple dan try....

Jemput ke blog saya
https://www.mamavitashoppe.wordpress.com