Thursday, November 14, 2013

Makan Makan Best!



Hi korang! Amboi lamanya tak update belog. 
Saya baru balik dari Langkawi ni sebenarnya. Bercuti dengan kawan2 gegirl. Nanti saya tepek gambar ye. Walaupun tak banyak. Huhu.


Hari ni nak cerita pasal kisah sebelum Langkawi. Kami bertiga hang out ke Bandar Utama sebab saya kerja hari tu. Saya kan jadi part time promoter katanyaaa.. haha.


Disebabkan kawan saya ada yang tak pernah masuk OU, maka kami tawaf dari old wing ke new wing untuk cari kedai makan. Survey2 apa yang ada kat situ. Last sekali dah sampai penghujung, kami jumpa BBQ Chicken. Kedai makanan Korea yang menggunakan olive oil untuk masak. Tapi bukan semua masakan Korea ada kat situ. Hanya yang berunsurkan ayam sahaja. Boleh tengok website diorang untuk keterangan lanjut ye.


Setelah belek2 menu, kami order Hot Hot Drum dan BBQ Roasted Chicken. Boleh pilih side dish nasi goreng, mashed potato atau fries. Komen yang jujur, nasi goreng dia tak sedap sangat, mashed potato biasa je, sedap je dan fries dia memang terbaik. Garing n lembut je memang makan sambil pejam mata! Sumpah tak tipu! Haha over tak? Dah tu katanya komen yang jujur kan..


Ini adalah Hot Hot Drum yang tersangaaaaaaat la pedas, garing dan sedap! Ayam adalah 2 ketui besar okeh. Siapa makan kompem air hidung akan meleleh2, sila sediakan tisu untuk kaver line. Nak nak yang tengah dating tu kan. Harusssss pegang je tisu tepek kat hidung sentiasa. Haha. Siapa tak tahan pedas sila jangan makan. Saya sukaaaaaa pedas, makan sambil riang ria gembira tapi sakit perut sampai esoknye baru hilang. Ahaks padan muka. Tapi berbaloi baloi~





Ni Ayam BBQ Roasted. Sedaaaaaaaap tapi portionnya sikit je la. Ayam seketui. Bila dah di bakar haruslah kecut. Kan? Tapi sedap. Memang tak mengecewekan. 



Bila kita hang out dengan girlfriend, harusla ada acara kopi2 atau dessert kan? Benda tu memang tak dapat nak lari. Walaupun perut dah sengkak, nafsu untuk dessert tetap membuak2. Ate tengok la badan masing2 pun.. Hiks.






Kawan saya suggest beli Cinnabon. Saya tak pernah lagi rasa. Biasanya saya beli Auntie Ann's je. Takpela mari kita cuba. Saya beli flavour Chocolate seperti di dalam gambar. Masa makan tu..... harusla berdrama. Mulut tak henti2 puji sedapnyaaaa. Macam orang jakun. Malu betul kat orang sebelah2. Hahaha. Roti dia lembutttt sgt. Memang nangis la! Korang pernah rasa tak? Saya kompem akan beli lagi dan lagi dan lagi next time. Kompem!






Bila jalan2 lagi, kami ternampak 1 kedai ni jual Churros. Apa lagiiii haruslah beli jugak kan. Kami amik flavour chocolate and caramel. Seperti gambar di atas, churros ni garing kat luar, lembut kat dalam. Makan panas2 adalah heaven. Pun saya 1st time makan. Tak pernah dengar pun sebelum ni. Hehe. Thanks to kawan saya yang kenalkan banyak makanan baru yang mabeles! Kompem saya akan repeat peat peat!


Itu aje segmen makan makan untuk kali ini. Semoga kite jumpa di lain kali. Jaga diri, hiasi peribadi.(tetibe) :P


Tu aje nak merepek hari ni. Rajin nanti saya nak update lagi okeh. Tata! =)

No comments: