Hi korang..!
Al kisahnya, saya ke Phuket 2 minggu lepas dengan kawan-kawan 9 orang semuanya. Plan ni dah lama, tahun lepas lagi kot? Macam2 aktiviti kami plan. Kira bukan bercuti sesaja la ni, jadual dah packed dah bila sampai sana.
Kami duduk di Kool Backpacker Hostel. Nampak macam menarik sebab tempat ni baru, lepas tu dia terletak kat tengah2 town la jugak. Lepas dah survey lebih kurang, semua setuju sebab nampak memang menarik tempat ni.
Sampai je untuk check-in, semua orang happy. Tempatnya cantik, katil cantik, dan yang paling pentinggggg bilik air dia sangat cantik dan selesa! Huhu. Selalunya toilet kat sana takda paip / hand bidet kan? Orang melayu biasa guna paip. Kat sini semua toilet ada paip okeh. Memang seronok menjalankan aktivit kecil dan besar (haha).
Si debab di hadapan pintu entrance. Tempat ni terletak di tingkat atas Ocean Plaza Patong kat Bangla Road. Memang tengah malam sangatttttt happening dan bising tapi still boleh tidur lagi sebab diorang guna pintu kalis bunyi. Hehe. Belasah je sebenarnya. Sebab bila tutup pintu sliding tu, tak dengar apa dah kat luar =)
Ni katil kami. Dinding tu sebenarnya warna kuning cair. Bila dah kena macam2 cahaya, nampak putih pulak. Katil dan bantal dia selesa. Setiap hari diorang tukar sheet dan service bilik. Tiptop. I loike.
So hari pertama takda ke mana. Just jalan survey2 tempat makan aje. Kat sana susah nak cari tempat Halal. Kena jalan jauh sikit la untuk dapat tempat halal. Boleh tahan letih jugak berjalan kaki saje ke sana sini. Sampai hotel baju dan tudung saya semua dah lencun. Basah dek peluh. Terus mandi dan bersiap untuk early dinner sebab malam tu kami ada book untuk Simon Cabaret =)
Show ni sangat menghiburkan. Walaupun agak seksi meksi, dan diorang ni semua ladyboy. Untuk gambar2 lanjut, sila gugel sendiri. Hikhik.
Hari kedua kami bersiap seawal jam 8 pagi sebab kononnya nak pergi water rafting kat Phang Nga. Sekali hujan lebat dan kami patah balik ke Patong. Kami ambik pakej ke James Bond Island.
Mula2 memang tak plan nak ke James Bond, tapi dari takda aktiviti, duk ternganga je baik kita cuba je kan.
So kami naik cruise yang sangat besar dan perlahan dengan ombak yang lite2 mengganas.
Ini lunch kami. Makan dengan bersungguh masing2 sebab sedappp dan kami pun kelaparan sebenarnya. Huhu. Ni la 1st time pengalaman saya naik cruise yang tak berapa besar tapi besar la jugak. Dan akibat dari laut bergelora, saya pening dan termabuk lantas terrrrrmuntah lite2. Hikhik. Memalukan betul. :P
Antara aktiviti kami, berkayak! Seronok sangat lalu kat bawah gua, tengok pemandangan yang bukan senang nak dapat. Berbaloi2 jugak la.
Mereka dah tunggu penumpang turun dari boat. 3 orang per boat maximum.
Si debab yang baru lepas muntah tapi masih mampu tersenyum. Dan antara laluan yang kami lalu, ada di bawah. Sila maklum, gambar yang takda watermark saya, semua ambil dari google. Takkan nak bercerita takda gambar, nanti korang tak dapat imagine. Huhu.
Agak jauh jugak la kami berkayak. Dan budak yang bawak kami tu pun sporting. Siap tolong ambikkan gambar. Kami group yang paling last naik ke boat. Padahal group terawal turun. Hehe. Takpe, tak lambat pun cuma paling akhir aje =)
Dan last but not least, kami ke James Bond Island yang hebat diperkatakan. Saya pun taktau sangat al kisahnya, tapi kalau tak silap pada tahun 1974 di sini la penggambaran cerita James Bond dilakukan. Kalau silap, mintak mahap ye. Tolong google untuk info sebenar. Hiks.
Ni aje la hiburannya pun. Macam tunggul di tengah laut gitu.
Lepas tu kami pun bertolak balik ke jeti. Tapi bukanlah dekat punya cerita. Sampai ke malam jugak sampainya. Tapi sebelum balik, kami dihiburkan dengan show tarian dari pekerja cruise tu sendiri, dress up macam perempuan dan tarik semua orang untuk menari dengan dia. Si debab ni 2 kali kena tarik =____='
Pendek kata, pengalaman yang menyeronokkan. Dengan bayaran RM110 seorang. Boleh la kan. Bukan senang2 nak pergi Phuket lagi =)
Balik je dari jeti, kami mandi dan bersiap untuk dinner. Lepas dinner masing2 pergi foot massage. RM25 untuk sejam. Best sangat! Lepas tu, balik tidur la apa lagi =)
Hari ketiga, semua bangun jam 7 pagi dan bersiap untuk aktiviti seterusnya. Kami ada ambik pakej white water rafting, flying fox, atv, naik gajah dan berjalan di air terjun. Semua sekali RM160.
Memang menyeronokkan. Ni pengalaman pertama saya ber water rafting. Gelak je sepanjang perjalanan. Memang ada orang ambik gambar kat tengah2 jambatan ni. Tengah bergelut dengan air deras masing2 sempat lagi pandang camera dan senyum. Hehe. Oh ye, time ni tengah hujan ye. Memang seharian kami beraktiviti dalam hujan.
Macam biasa la, aktiviti lain takda gambar. Gambar saya naik gajah memang tak kelakar nak upload kat sini. Nanti orang ingat anak beranak T__T
Dan petangnya sampai kat hostel, semua rehat dalam sejam dua dan terus keluar untuk makan dan beli souvenir. Maklumla malam terakhir kat Phuket. Esok dah nak balik. Kami makan di tempat biasa, kedai makan Kesuma. Memang mahal lain macam la. Semua air dia charge RM4. Gulp. Nasi goreng RM5 dan tomyam yang paling mahal, RM15. Oh ye kueteow pataya pun RM15 sebab berbungkus dengan telur. Jadinya kita makan nasi goreng je la ye anak2.
Tapi malam terkahir kami dilayan special. Nampak tak orkid bagai. Gelas pun lain. Siap ada air basuh tangan okeh. Dah 2 malam makan, biasa je layanannya. Dengan gelas pinggan sumbing. Standard la kan. Huhu.
Tapi tak boleh di nafikan la masakan diorang memang sedap. Walaupun bayar mahal sikit, perut senang hati la jugak. Oh ye, tiap kali kita datang dia akan serve sambal belacan yang ohsem dengan timun, dan buah tembikai sebagai pencuci mulut. Maybe sebab tu la harga mahal sikit.
Lepas dah habis makan, kami pusing Bangla Road yang hingar bingar tu untuk cari souvenir dan t shirt. Saya ada beli t shirt untuk family dan beberapa souvenir untuk kenalan rapat. Tak sempat pun nak beli banyak2. Badan dan penat.
Oh ye, dan kami jugak repeat ke SPA. Urut badan sejam RM25 aje untuk oil massage dan RM30 untuk Thai massgae. Dan kami ambik Thai massage sejam, Oil massage sejam. Total RM55. Murah kan? Sedap pulak tu diorang urut. Memang puas hati. Mana nak dapat macam ni kat Malaysia. Tak dapek do..
Dah hari keempat, kami ke Phi Phi Island. Walaupun pagi tu hujan lebat siap guruh kilat semua, masing2 gigih nak jugak pergi. Walaupun hati saya tak sedap, terpaksa jugak ikut. Sebab kami kan 1 group, takkan la nak buat hal pulak tetiba taknak join.
Sudahnya laut memang teruk bergelora. Saya muntah kow2 punya sebab pening tak boleh tahan. Boat sampai nak terbalik. Masing2 memang ketakutan dalam boat. Semua orang pakai life jacket, saya je tak pakai. Haha. Sebab dah habis okeh! Lagipun saya tak takut sangat sebab saya boleh terapung. Dalam hati dah terdetik, ni kalau jadi apa2 memang aku kena terapung je la tunggu orang selamatkan. Tapi dalam cuaca hujan lebat laut bergelora ni siapa je nak datang selamatkan?? Memang ngeri ok! Boat patah balik ke jeti dan kami semua selamat sampai. Syukur alhamdulillah. Dah RM110 melayang macam tu je. Apa yang ko dapat? Ko dapat merasa ketakutan orang lemas tengah laut bergelora dan juga pra tsunami? Eiii takut!
Ok tu je kot nak share. Mintak maaf kalau tak pandai sangat cerita. Hikhik. Harap korang faham dan tak pening ye. Babai!
1 comment:
seronok nya tgk dpt gi bercuti camtu kn..tapi knp ade gmbr yg muka kene blank tu? hihi
http://joynhoney.blogspot.com.au
Post a Comment