Friday, May 17, 2013

Bersantai di Le Chateau de Puah



Salam Jumaat semua! Sihat tak? Sekejap je dah Jumaat kan? Syiok wooo.. Huhu.


Korang pernah dengar tak restoran Le Chateau de Puah? Yang mana tak pernah dengar boleh click SINI. Check it out ye. Memang menarik tempat ni. Very cozy sesuai untuk melepak bersama family dan kawan-kawan yang ramaaaai. =)


Alkisahnya kami sekeluarga makan kat sini weekend lepas. Adik saya yang suggest tempat ni. Dia dah makan few times. Saya tak pernah dengar pun nama tempat ni. So kami pilih duduk dalam bilik ada aircond, macam style kedai arab. Siap carpet and kusyen. Macam makan kat rumah la kaedahnya.




Ni gambar menu yang saya capture. Tapi blur sebab masa tengah nak snap ni ada orang panggil. Maka terparkinson sebentar. Nak tengok yang jelas click kat link yang saya bagi kat atas tu ye. Gambar menu siap dengan harga semua. 



Kami order banyaaaaak sangat makanan hari tu. Tapi saya tak sempat nak ambik gambar semua. Sebab meja besar sangat. Yang mana sempat je ada gambar. 




Yang ni starter. Gratinated Mushroom Cheese Mussel. Adik la teringin sangat nak makan mussels dengan cheese. Tekak saya tak dapat terima la. Saya tak suka seafood sangat. Nak2 yang ada shell macam ni. Huhu. Hanyir terok! :P Tapi diorang kata sedap je. 





Ni Potato Boat Beef. Appetizer jugak. Sedaaaap sekali. Memang recommended. Ada 1 lagi side dish adik order, Meatballs with Mashed Potato. Sedaaaap juga. Baru makan appetizer semua dah sedap. Main course blum sampai lagi tu. Huhu.





Jangan taktahu, Beef Lasagna ni pun antara side dishes kami. Muahahaha. Seronok masing2 makan. Habis semua pinggan round meja besar tu. Semua pakat rasa sorang sikit. Sharing is caring kan? :) Rasa nya sedap. Tak mengecewakan.





Ni saya punya makanan. Beef Meatball With Pasta. Hari tu teringin nak makan meatball pulak taktau kenapa. Ingat nak order humus sekali, tapi chef arab sakit pulak. Takpe, maybe next time. Hikhik. Oh ye, harusla sedaaaaap beliau ni. Sukaa sangat ada tomato chunk yang masam dan lazat. Nyums~






Saya minum ini. Chocolate Cinnamon Ice Blended. Siap ada whipped cream lagi. Special request okay. Dalam air chocolate tu ada kayu manis. Haha. Sedap ajer, tapi tak rasa sangat kayu manisnya. Just nice.





Ni adik saya punya hidangan. Braised Lamb Shank. Hakak tak makan kambing la. Hakak taktau la sedap ke idok. Tapi adikku makan habis licin la kan.. Huhu.





Ni pun kambing jugeks. Grilled Lamb Chop abah punya. Punya laaa banyak portionnya. Berkeping2 kambingnya. Oh ye, kakak ipar saya pun makan ni jugak. Macam biasa, habis jugak. Eh keluarga saya ni makan semua habis la. Tak pernah tak habis. Hehe.


Ok tu aje nak bebel. Pendek kata, korang jangan lupa try ok? Tempat ni menarik. Kawasannya adalah rumah banglo sebijik yang diolah menjadi restoran dan spa. Ok la, that's all folks. Babai! Happy weekend semua! Take care okeh? <3 p="">


Friday, May 10, 2013

Labour Day's Activities





Baru nak cerita pasal cuti Hari Pekerja.. ahaks. Okla tu bukan lama sangat pun kan? (sedapkan hati sendiri). :P


Baiklah.. Saya dan kawan-kawan memang rajin buat aktiviti bersama sebelum ke agenda besar next month. Motifnya adalah untuk tengok / latih stamina masing2 sebelum menempuh aktiviti yang lebih mencabar mental dan fizikal bulan depan ni nanti. Bulan lepas kami dah naik skytrek kat cerakah. Gayatttt wooo tinggi betul pokok2 kat situ. Dan si debab ni jatuh kat salah satu halangan kat sana. Memang memalukan! Hahaha. 1 hal orang nak kena rescue bagai. Nasib baik la sempat habis semua halangan dan tak jatuh dah sampai ke hujung. Hikhik.


Ok berbalik pada tajuk asal, kawan-kawan ajak panjat tangga kat Batu Caves. Saya tak tahu mana datang idea ni, siapa punya idea, saya main ikut je. Ikutkan family tak bagi naik atas tu, tapi takkan nak jadi kera sumbang kot. Kawan-kawan lain boleh je pergi. Maka saya pergi je la. Dah set dalam otak taknak masuk dalam gua tu. Just naik dan turun tangga aje. Huhu.


Kami bertolak jam 7 pagi dan sampai lebih kurang jam 8 pagi kat sini. Kami datang 4 buah kereta, dalam 10 orang. 




Ni pemandangan sebelum nak naik tangga. Perasaan masa ni ok-ok aje. Tak cuak pun sebab nampak tangga dia tak panjang mana (belagak). Haha. Takdelah, sebab saya dah biasa naik tangga 12 tingkat kat rumah sewa. So takdela panik nampak ketinggian yang lebih kurang. Hikhik. Orang pun boleh tahan ramai. Ramai yang pakai baju macam nak buat acara lumba lari kat situ. Saya syak diorang ni naik turun tangga beberapa round kot. Gigih!


Boleh tahan penat jugak sebenarnya untuk si debab macam saya ni. Tak boleh naik sekaligus je. Kena rehat 2-3 kali jugak lah. Tapi kawan-kawan semua supportive. Sama-sama tunggu dan naik ramai-ramai. Cuaca pun redup je pagi tu. Takde lah nak dehidrated tak semena-mena kan.




Ni saya snap betul2 masa sampai kat pintu masuk gua. Saya duduk kat situ je. Yang lain semua pergi masuk dalam. Mak tak sanggup nak. Mak takut jumpa yang pelik2. Mak dah la fragile orangnya. :P


Dalam 15 minit je kot diorang masuk. Lepas tu diorang keluar. Ada yang cakap menyesal masuk. Huhu. Saya tak tanya pun sebab apa menyesal. Tak minat nak tahu. Lepas dah cukup korum kat depan gua, kami konvoi turun ke bawah pulak. Poyo kan konvoi bagai, padahal takdelah jauh mana pun. Hihi.




Sempat bergambar tau masa tengah turun tu. Tangga dia agak curam kan? Siapa yang gayat memang seksa sikit la. Dan banyak monyet dan burung merpati kat situ. Kalau sempat snap gambar di tengah2 kumpulan merpati masa diorang tengah terbang, memang boleh rasa feeling2 kat Paris dah. Motif Paris? Paris banyak merpati ke? :P


Lepas turun batu caves, kami pergi breakfast. Masa tengah breakfast tu la diadakan mesyuarat tingkap light light. Bila dah masing-masing nak bercakap, terkeluar la ajakan nak ke sana ke sini. Sudahnya kami terus ke sungai ulu yam. Saya tak mandi pun sebab tak bawak baju. Dahla tumpang kereta orang kan, takkan la nak naik basah lencun tu. Pandang je la air sungai tu sambil telan air liur..


Lepas dah mandi, diorang ajak pergi taman layang-layang pulak. Sempat main rollerblade la, galah panjang la. Memang aktiviti beriadah sungguh. Lepas dah main macam2 haruslah lapar kan. Kami pun pegi makan kat Murni. Dah makan kenyang2 baru la balik rumah. Sampai rumah pun dah pukul 4 petang. Amboi.. sakan betul. Saya sampai rumah je terus kemas bilik la, basuh baju la, cuci toilet la.. amboi.. Nak tidur petang pun tergendala sebab badan dah start sakit2. Huhu. 


Tu saje la kot yang kitorang buat.. Tak berapa ingat dah. Masalah betul la, macam lama sangat. Padahal beberapa hari lepas je. T___T


Oklah uols. 1 entry dah selesai. Semalam saya janji apa lagi ye? Erm... Oh, acara makan2 di Puah. Baiklah, mari start transfer gambar! Hehe. Babai uols. Take care! =)



Wednesday, May 8, 2013

Wordless Wednesday # 6












p/s : terliur tak? terliur tak? tak? k fine. bye!

Tuesday, May 7, 2013

Outing With Mama


Hi semua! Semalam cuti tak? Saya cuti. Hikhik. Macam mana suasana mengundi tempat korang? Tempat saya sangat happening. Rasa seronok pulak kali ni, macam hari raya rasanya. Hehe. Masa tengah beratur panjang tunggu giliran, jumpa kawan- kawan sekolah lama. Ada yang dah debab, ada yang dah botak (gulp) dan ada jugak maintain macam tuuuu je dia. Jeles ai.


Ok takmo cerita pasal undi dah. Sensitif issue. Sampai sekarang pun fb masih panas dengan macam2 hal. 


Dalam entry sebelum ni saya bagitahu nak cerita pasal batu caves kan? Pastu tetiba gambar makanan ni nampak lagi menarik. Kita cerita yang ni dulu la ye. Hee.


Al kisahnya, saya deting dengan mama weekend aritu. Sebab dah janji nak belanja makan pizza. Mama suka sangat dengan mushroom soup and salad kat sana. Tapi yang sedihnya, masuk2 restoran je dah tak nampak salad bar. Puas saya panjangkan leher intai keliling, takda kelibat salad bar pun. Rupanya dah baru pizza hut. Menu pun lain. Ok fine, takda rezeki mama nak makan salad feveret. Takpela kita buat sendiri je kat rumah, bukan susah sangat pun. Haha.


Disebabkan mama macam nak makan benda benda manis, saya order la dessert ni.




Nama dia Oven-baked cookie sundae. Cookies tu panassss tau, wangi sangat. Letak pulak aiskrim vanila atas dia, memang lazat tak terperi la hasilnya .Maveles! Saya dengan mama makan berebut-rebut. Huhu.





Ni pizza baru, namanya double sensation pizza. Kami order ni sebab nampak sangaaaat menarik. Taktahu pulak pizza ada menu baru. Sebab takda pun kuar iklan dalam tv. Selalunya iklan kat tv la, radio la, paper la.. kan? Pelik sungguh. By the way, rasa dia sangat sedap! Banyaaaaak sangat protein kat dalam tu. Hehe. Memang mengenyangkan la, saya makan 2 slice je dah mintak ampun dah. Selebihnya tapau bagi adik. Recommended sangat untuk pencinta cheese tegar (like me). Hikhik.


Ok habis bab pizza. Sabtu lepas, adik belanja makan italian food kat Puah. Ada few gambar jugak saya sempat snap. Nanti saya up entry pasal tu ye? Huuuu banyak dah ni janji tapi taktau bila nak tunaikan. Kalau tak bz bolehla saya hapdet blog ni. Kalau membizi, maksudnya terbengkalai lah janji2 saya. Nasib baik saya bukan politician, kalau tak memang dah kena tendang beramai-ramai dah. Hikhik.


K la, takmo merepek dah. Bye uols! Keje molek molek! Muah muah! :P