Tuesday, September 11, 2012

Alone!



Boringnya duduk sorang dalam ofis nih. Biarlah ramai sampai hingar bingar pun saya tak kisah dari sunyi sepi pi pi macam ni. Kena pasang lagu kuat2 kalau tak nanti ada je dengar yang bukan2. Haha.


Semalam dapat good news dari bos. Alhamdulillah, patutlah tangan kanan gatal je sejak kebelakangan ni. Hikhik. Semalam saya jogging kat tasik seksyen 7 tau. First time gi jogging dalam keadaan gelap gulita. Nasib baik kawan2 ramai. Kami jogging berlima. Memang bahaya kalau sorang dua je. Tambah2 kalau perempuan. Kita taktahu apa yang tunggu disebalik semak depan sana. Huhu. Kami gigih jogging sebab Sabtu ni nak panjat Broga Hill, yay! 


Hmm takda apa sangat nak cerita sebab sekarang ni tengah bz tulis cheque, buat OT promoter dan segala jenis payment. Asal telefon berdering je semua nak cakap dengan akaun. Amboi tak sabar tau. Oh ye, semalam saya ada mimpi hantu lagi. Dari last week tiap2 malam mimpi menakutkan laa. Tapi bila tido kat Ampang takda pulak mimpi apa2. Kat rumah sewa ni, sebelum tido saya baca ayat kursi dengan 3 qul tau. Still tak lut. Paling scary malam jumaat hari tu saya mimpi ada 3 orang melamar saya, lepas tu diorang semua mati bergilir2. Memang nangis teresak esak dalam keadaan tido. Haish main kasar tau bunuh orang yang nak melamar saya! Malam tadi saya mimpi, muka saya tetiba berubah jadi macam hantu. Siap mak dengan adik2 lari tengok muka saya. Sobs. Malam ni takmo mimpi takut lagi pelis! Apa ni........... :'(


Ok enough pasal mimpi. Lately saya rajin masak bawa bekal gi ofis. Semalam saya goreng mee pepagi sebelum gi keje. Memang pecah rekod sangat la. Hari tu kat rumah sewa pun saya bangun awal masak spaghetti ni. 




Sebab simple sangat kan, saya suka la masak. Pastu hari2 lain saya bawa roti je. Pandai2 la peanut butter ke, jem ke, telur ke apa2 je bagi variety sikit takdela bosan nanti. Esok nak masak apa ek? Emmmm....







Tetibe je saya takda idea nak tulis apa dah, boleh? Haha buruk perangai betul. Baiklah, saya akhiri dengan gambar makanan yang lama terperap dalam folder ni ye. Ni masa makan kat william aritu. Baked pasta with meatballs dengan air ribena laici. Sedaaaaaaap macam biasa =)


Ok la tu je dulu ye. Nanti2 saya update lagi. Tata korang!






No comments: