Wednesday, September 26, 2012

Friday, September 21, 2012

Broga Hill Akhirnya!




Ye kawan-kawan, akhirnya saya sampai jugak di puncak broga tu. Selama ni tengok gambar orang je kan. Dapat jugak tengok dengan mata sendiri betapa cantiknya pemandangan dari atas puncak tu. Hikhik.


Ni plan mengejut namanya. Housemate ajak join diorang panjat bukit broga Sabtu lepas. Saya tak fikir panjang pun, terus setuju je. Saya taktau pun camne rupabentuk pendakian bukit tu. Cuma diorang pesan suruh jogging at least 3 kali seminggu before naik broga. Supaya muscle dan urat saraf tidaklah terkejut beruk tetiba je kena keje keras gitu.. Jadinya minggu lepas memang saya jogging 3 kali kat tasik seksyen 7 yang gulap gulita itu. Gigih kan? :P


Kami bertolak jam 4.30 pagi. Sampai sana dalam lebih kurang 5.30 pagi. Bayar parking RM2 dan masuk kawasan kelapa sawit. Serem jugak tapi sebabkan ramai orang dan riuh rendah macam pasar, terus jadi berani. Hehe. Lepas buat warm up satu group, kami mulakan perjalanan. Oh ye, kami bertujuh, 4 boboy, 3 gegirl. 


Mula2 memang jalan agak rata sikit, tapi ada pendakian la. Lepas 10 langkah je saya dah mengah. Dalam hati dah risau ni, takkan baru beberapa langkah dah penat? Hello? Baru mula kot! Tapi saya diamkan aje. Tapi takleh nak diam sangat la sebab nafas dah makin laju dan mengah2 hengah tu dapat didengari oleh orang sekeliling. Haha. Tak lama lepas tu terus start mendaki. Ye, MENDAKI. Memang stok daki sungguh2 atas tanah macam naik tangga tu. Tapi tangga ada pemegang, ni takda pemegang. Adoila. Untuk budak debab yang tak penah buat aktiviti lasak macam tu, haruslah panik dan letih serta putus semangat tiba2. Hehe. Langkah 5 tapak, rasa macam nak putus nyawa tak sanggup teruskan lagi. Penat dia tu sampai nak pitam muka jadi panas, kepala panas. Erk. Tiap 5 tapak, berhenti tepi. 5 tapak lagi, berhenti. Huhu. Kawan2 sangat tabah dan sabar je tunggu. Siap bagi air, offer coklat suruh tambah tenaga, siap bagi kata2 semangat bagai... terharu okeh!


Tiba suku pendakian, saya dah give up. Saya dah duduk rasa nak bukak tudung segala. Saya dah nekad nak tinggal je kat tengah2 hutan tu, biarlah orang lain teruskan sampai puncak, cerah sikit karang saya nak turun je. Saya sangat nekad. Tapi ditolak mentah2 oleh semua. Haha. Dorang tunggu siap cerita pengalaman masing2 untuk naikkan semangat saya. Masalahnya saya takut rebah je, sebab tadi macam nak rebah kat tepi gaung yang gelap *gulp*. Tapi dorang mati matian taknak terima apa saya cakap, ada yang jaga kat belakang, ada yang jalan sebelah saya, ada yang tarik saya dari depan. Hahahaha memalukan tau. Tapi memang laa, saya sangat bersyukur kenal dengan kawan2 yang macam ni. Sangat supportive dan sabar handle perangai saya, sikit pun tak marah ke buat muka ke. Kami sama2 naik sampai ke puncak :')





Ni sebelum sampai puncak. Waktu ni saya memang penat + letih tapi semangat kuat sebab ada orang bagi semangat. Yang lampu2 tu adalah pendaki yang lain. Atas sekali tu adalah puncak yang kami semua nak tuju. Perjalanan masih tersangkut2, tiap 10 langkah saya rehat. Kali ni pendakian dia lagi curam, lagi mencabar sebab dah nak sampai puncak kan.

                                   


                                   
Time ni beberapa langkah lagi nak sampai puncak.Dari gelap sampai cerah belum sampai2 lagi. Haha. Sebab si debab nak tarik nafas kumpul tenaga dulu :P




 

Masih ditempat yang sama. Dah bangun ni kira dah ready untuk naik. Jangan taktau, adik manis ni la yang tarik saya sampai ke atas puncak. Hebat kan beliau? Memang lasak orangnya, no wonder la body cantik. Hikhik.





Haaa ni dah sampai atas dah! Tengok la sidebab tu terus duduk ye. Dah sampai ke tanah rata yang takda dah kena daki2 bagai. Tapi kat 1st stage je la. Tak kuasa nak naik sampai stage atas tu. Hehe. Sebelah tu ofismet saya. 






Bila dah sampai haruslah duduk lama2 tarik nafas dan tengok keliling. Jangan taktau, keliling adalah penuh macam ada perhimpunan budak2 sekolah je. Sebab ramai cina, melayu dan india. Semua kaum ada. Semua tengah celebrate sebab berjaya sampai ke puncak, siap ada bunga api okeh. Sebenarnya bila saya tengok keliling, semuanya fit fit, kurus2. Boleh katakan saya sorang je debab kat puncak tu. Wahhhh vangga kejap! Hikhik.






Matahari tak nampak. Tak dapat tengok matahari terbit. Intai2 je disebalik awan. Time ni dalam pukul 7 kalau tak silap. 





Laluan untuk ke puncak yang lagi tinggi. Kalau tak silap ada 4 stage kot? Kot la.. Time tu hakak tengah mengah2 mintak nyawa tak kuasa nak heran diorang cakap apa pun. Dengar2 gitu je. :P






Ni perjalanan untuk turun ke bawah. Memang ramai la time turun sampai jem jalan siap berenti2 tunggu orang depan. Time turun saya adalah hebat. Zupzapzupzap tetiba je, "Eh dah sampai bawah?? Laaa senang sangat." Berlagak sangat kan? Padahal tadi ada orang dah give up takmo naik. Eeeee tak malu, shame shame! :P






Ini lah kami bertujuh. Muka2 yang sabar melayan kerenah akak debab yang cepat putus asa. Hikhik. Heart uoll so much! Nanti kita pegi tempat lain lagi yek? Harap jangan serik dengan ai ye? Hehe.






Lepas penat bertarung tenaga, sampai rumah je terus terbedal ni satu bekas. Triffle yang sangat maveles. Ala bekas kecik je, aci je kan? 


Sekian cerita tak seberapa dari pengalaman saya naik Bukit Broga. Korang dah naik ke belum? Tapi kalau orang ajak saya naik lagi, saya taknak dah kot. Ahaks. 









Wednesday, September 19, 2012

Wordless Wednesday # 1









* Semoga Wan Iman Zahra sembuh sepenuhnya secepat mungkin dan dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat yang lain, amin!

Tuesday, September 11, 2012

Alone!



Boringnya duduk sorang dalam ofis nih. Biarlah ramai sampai hingar bingar pun saya tak kisah dari sunyi sepi pi pi macam ni. Kena pasang lagu kuat2 kalau tak nanti ada je dengar yang bukan2. Haha.


Semalam dapat good news dari bos. Alhamdulillah, patutlah tangan kanan gatal je sejak kebelakangan ni. Hikhik. Semalam saya jogging kat tasik seksyen 7 tau. First time gi jogging dalam keadaan gelap gulita. Nasib baik kawan2 ramai. Kami jogging berlima. Memang bahaya kalau sorang dua je. Tambah2 kalau perempuan. Kita taktahu apa yang tunggu disebalik semak depan sana. Huhu. Kami gigih jogging sebab Sabtu ni nak panjat Broga Hill, yay! 


Hmm takda apa sangat nak cerita sebab sekarang ni tengah bz tulis cheque, buat OT promoter dan segala jenis payment. Asal telefon berdering je semua nak cakap dengan akaun. Amboi tak sabar tau. Oh ye, semalam saya ada mimpi hantu lagi. Dari last week tiap2 malam mimpi menakutkan laa. Tapi bila tido kat Ampang takda pulak mimpi apa2. Kat rumah sewa ni, sebelum tido saya baca ayat kursi dengan 3 qul tau. Still tak lut. Paling scary malam jumaat hari tu saya mimpi ada 3 orang melamar saya, lepas tu diorang semua mati bergilir2. Memang nangis teresak esak dalam keadaan tido. Haish main kasar tau bunuh orang yang nak melamar saya! Malam tadi saya mimpi, muka saya tetiba berubah jadi macam hantu. Siap mak dengan adik2 lari tengok muka saya. Sobs. Malam ni takmo mimpi takut lagi pelis! Apa ni........... :'(


Ok enough pasal mimpi. Lately saya rajin masak bawa bekal gi ofis. Semalam saya goreng mee pepagi sebelum gi keje. Memang pecah rekod sangat la. Hari tu kat rumah sewa pun saya bangun awal masak spaghetti ni. 




Sebab simple sangat kan, saya suka la masak. Pastu hari2 lain saya bawa roti je. Pandai2 la peanut butter ke, jem ke, telur ke apa2 je bagi variety sikit takdela bosan nanti. Esok nak masak apa ek? Emmmm....







Tetibe je saya takda idea nak tulis apa dah, boleh? Haha buruk perangai betul. Baiklah, saya akhiri dengan gambar makanan yang lama terperap dalam folder ni ye. Ni masa makan kat william aritu. Baked pasta with meatballs dengan air ribena laici. Sedaaaaaaap macam biasa =)


Ok la tu je dulu ye. Nanti2 saya update lagi. Tata korang!






Wednesday, September 5, 2012

Mimpi Dalam Mimpi




Sejuknya malam ni.. Hari ni satu hari mendung dan hujan kan? Elok jugak, boleh saya tido nyenyak karang. Hiks.


Sebenarnya saya duduk sorang kat rumah sewa ni. Selalu memang duduk sorang pun sebab housemate kengkadang tak balik. Tv tak boleh tengok, lupa bayar bil astro sebelum raya hari tu. Huhu. Jadinya, duduk sorang, tv takda, line phone pun macam hape je, agak mati akal la saya sekejap. Dah sapu lantai, kemas bilik, godek sana sini, still awal lagi.


Jadi saya nak merepek kat sini, cerita pasal mimpi menakutkan malam tadi! Saya tak ingat la awalnya macam mana. Yang saya ingat..


Tetiba saya ada kat dalam sebuah rumah di suatu perkampungan. Masa tu saya tengah tido, sekatil dengan sorang akak yang tak kenal siapa. Masa tengah nak tido tu, saya ternampak macam lembaga hitam menghendap dari bawah. Macam dia nak tunggu saya terlelap kot. Terus saya baca ayat kursi kuat2, taktahu la betul ke tak macam berterabur je. Menjerit2 jugak baca tu sampai menangis kot sebab marah sangat. Tetiba, saya terjaga dari tido. Ye, dalam mimpi tu saya bermimpi rupanya. Terus akak sebelah tanya, "kenapa ni??". Fuh, lega mimpi je. Saya sambung tido balik. (Still tengah bermimpi ni).


Saya terlelap, dan mimpi lagi. Mimpi dalam mimpi! Saya mimpi bangun dari katil, keluar ke ruang tamu, bukak pintu utama, semua gelap je. Gelap yang takda langsung manusia or cahaya. Dalam hati terdetik, "kenapa gelap je dunia ni? Apa dah jadi ni?". Tetiba je matahari naik, terus keluar beberapa orang kampung dan budak kecik berlari2. Terdetik dalam hati, "ya Allah indahnya matahari, barulah terang dunia ni macam biasa.. Lama tak nampak matahari."


Dan tetiba datang sorang budak kecik berlari menuju ke arah saya.. Dia tengah pegang something kat tangan, macam cekedis la kot sebab nampak dia mengunyah. Saya tanya la makan apa tu? Dia tunjuk apa kat tangan dia. Ya Allah terduduk saya sebab terkejut. Dia tengah kunyah biji mata! Lepas tu terus sekeliling penuh dengan manusia pelik2. Kira macam diorang tu bukan manusia la sebenarnya..zombie kot? Saya meronta2 baca ayat kursi sambil meraung2. Memang menakutkan! Dan dalam meraung2 tu, saya tersedar yang saya menangis betul2 masa tengah tido tu. Tak pasti la dalam realiti saya menjerit menangis2 ke tak. Tapi dalam mimpi tu, saya terus tersedar je, tak sempat bangun dari mimpi dalam mimpi tu. Er, faham tak? Kompius kejap. Haha.


Dan sekarang saya ada perasaan takut nak tido. Camne ek? Seram la mimpi macam tu. Macam cerita dalam tv jek. Tapi siangnya saya memang takda tengok or baca pasal benda menakutkan.. Taktau la kan. Mimpi tu mainan syaitan kan. Harap malam ni takda mimpi menakutkan macam tu lagi.. Dah la duk sorang ni. Tak kelakar tau! Huhu.


Ok habis dah cerita pasal mimpi saya. Nak siap2 masuk tido la. Esok pagi nak masak spaghetti untuk bekal. Selamat malam semua! :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone







Tuesday, September 4, 2012

My 1st Pavlova!



Masa saya upload kat facebook hari tu, ramai salah anggap dengan caption saya. Dorang ingat saya 1st time buat pavlova. Hehe. Memang saya suka buat caption double triple meaning, baru lah hidup ni tak bosan. *tetibe :P


Selama ni tengok orang post pasal pavlova sana sini, buat pavlova sana sini, saya memendam rasa je. 1, taktahu nak dapatkan kat mana benda alah ni. Sebab saya jarang berjalan, just pergi kerja balik kerja je selalunya. Selalunya laaa. 2, nak buat sendiri, dah gugel resepi bagai, tetiba tak yakin sebab kat rumah saya takda oven yang canggih. Just oven butterfly yang berapa tahun lepas beli tah. 10 tahun ada kot? Jadinya, niat dan nafsu tu terkubur begitu saja..


Baru2 ni, saya dapat flyers pasal cafe baru bukak dekat Shah Alam. Tengok menu, dia ada jual pavlova. Top seller pulak tu. Disebabkan dekat, saya yakin je menuju ke cafe tu untuk beli pavlova semata. 






Dan ini lah dia. 1 ketul ni harga RM4 je. Murah kot kan? Masa makan tu memang terjakun kejap la kan. Rupanya keliling dia tu rangup, dalamnya lembut dan yang paling penting.... MANIS ya rabbi! Erk. Terus terfikir, kalau saya buat sendiri nak kurangkan gula, so rasa dia takde lah macam ni kot. Tapi boleh ke kurangkan gula? 


Eleh oven pun takda, berangan tak habis2. Ahaks!