Tuesday, August 7, 2012

Ramadhan - Week 3


Assalamualaikum korang! =)


Wah kejap je dah masuk minggu ke-3 puasa kan? Cepat je masa berlalu. Plannya weekend lepas kami nak balik kampung berbuka dengan atok dan nenek. Tapi disebabkan ramai family balik jugak (mungkin sebab public holiday on Monday), mama cancel la, tangguh next week. Bukan apa, kalau dah ramai2 tu nanti, susah nak borak dengan atok nenek kan? So quality time tu dah tak berapa nak quality la. Bunyi macam anti-sosial pulak ek? Haha. Rimas la ramai2 nih :P


Jadi kami berbuka 1 family macam biasa kat rumah je. Sabtu tu kami masak nasi lemak sambal ikan bilis dengan kari ayam. Sangaaaaat la sedap melampau. Lama btul tak makan nasi lemak buatan mama. Ahadnya saya masak mee suah dengan nasi goreng tomyam express. Bubur lambuk 3 bungkus dapat dari masjid. Kami berbuka dengan 3 menu utama tu. 


Tapi kan, saya tersentap la ahad malam tu sebab mee saya tak laku. Semua pakat makan nasi dengan bubur je. Tak luak pun mee tu. Terus merajuk dan dan tu jugak cakap dengan mama, "elyn taknak masak dah. masak pun bukan orang makan.." Ewah ewah nak merajuk pulak si debab ni. Hehe. Padahal dorang makan je lepas lepas tu. Ntah kenapa sensitip sangat tah? Tak paham! Heee.


Dan semalam, abah masak Nasi Arab! Nak amik hati anak dia lettew~ ahaks. Pandai tau abah ni, amik hati anak dengan makanan jek. Ketara anak-anak abah kuat makan :P 
Macam biasa, gambar takda. Katanya tengah lapaaaaar, harus lah bedal terus tak ingat apa dah. Bila dah habis makan baru sedar diri, "eh tak amik gambar...hikhik". *PANG!!


Oh, disebabkan mama baru beli cheese powder dan wedges frozen, maka dengan secara otometiknya, side dish untuk sabtu, ahad dan isnin adalah Cheezy Wedges! Haha. 




Ini gambar wedges. Cheesenya takda dalam gambar. Sebab masa saya nak snap, adik dengan rakusnya dah alih nak cecah. Ok fine. No picture. Gedit. Fine. 


Begitulah cerita weekend ke-3 berbuka bersama family. InsyaAllah weekend ni balik kampung, yay! Oklah uols, drive elok2 ye balik karang. Takmo marah2 dalam kete, kurus pahala puasa nanti. Tata =)




1 comment:

cryclown said...

ni mesti ad rahsia rahsia nak sembg dgn atuk nenek ni:P
hahaha