Thursday, July 7, 2011

Bila Hati Sesekali Memberontak



Semalam saya sangat2 down. Menangis sampai lembik. Tertido sebab letih menangis. Serius. Letih.



Semalam hati saye rindukan cinta lama. Cerita ni dah lama. Dah dekat setahun. Magiknya dulu saya ok, setitis air mata pun tak keluar sebab dah nekad dengan keputusan sendiri.


Tapi peliknya bila tak semena2 semalam saya sangat2 rindukan dia. Semua benda saya tengok reminds me of him. SEMUA. Lalu DUKE hiway ingat dia, tengok alamat wangsa maju ingat dia. Tengok kapel berborak mesra ingat dia. Memang saya akui saya sangat serasi dengan dia. Apa je saye sebut, mesti dia turutkan. Layanan pun macam tuan putri. Makanan pun di ambikkan, disuap. 6 tahun kawan macam tu la jugak layanannya. Tiap malam without fail mesti call walaupun sekejap. Tak penah boring. 6 tahun. Memang susah nak lupa..


Ye, memang ramai pengganti. Ada juga saya nakal, curang dengan dia sekejap. Konon nak tengok ragam lelaki lain. Memang tak serasi. Memang tak lama, terus tak jadi apa. Dia tetap yang terbaik. Walaupun bukan ada apa nak dibanggakan.


Tapi tu la.. Bukan semua benda kami boleh bertolak ansur. Jodoh kami tak panjang. Atas sebab tertentu kami putus. Untuk kebaikan masing2.


Mungkin dia dah ada pengganti. Mungkin dia bahagia. Mungkin. Saya tak tau. Yang pasti, saya kat sini blom dapat lupakan kenangan tu semua. Dan blom ada pengganti.. Bukan tak cuba, tapi yang datang tu semua tak serasi..


Dan hari ni, hati saya kuat dari semalam.. Cukup kuat untuk teruskan hidup seharian walaupun kenangan lama sesekali datang mengganggu.


Dan saya harap hati ini akan terus kuat dan tabah menempuhi segala dugaan..


Bertahanlah Hati! :')




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


2 comments:

sweethOneY said...

Elynn :(

sedihnya bunyi, bertabah ye.. cuba pelan2 move on :(

-eLyNhere- said...

huhu tq iza! :')