Tuesday, September 4, 2012

My 1st Pavlova!



Masa saya upload kat facebook hari tu, ramai salah anggap dengan caption saya. Dorang ingat saya 1st time buat pavlova. Hehe. Memang saya suka buat caption double triple meaning, baru lah hidup ni tak bosan. *tetibe :P


Selama ni tengok orang post pasal pavlova sana sini, buat pavlova sana sini, saya memendam rasa je. 1, taktahu nak dapatkan kat mana benda alah ni. Sebab saya jarang berjalan, just pergi kerja balik kerja je selalunya. Selalunya laaa. 2, nak buat sendiri, dah gugel resepi bagai, tetiba tak yakin sebab kat rumah saya takda oven yang canggih. Just oven butterfly yang berapa tahun lepas beli tah. 10 tahun ada kot? Jadinya, niat dan nafsu tu terkubur begitu saja..


Baru2 ni, saya dapat flyers pasal cafe baru bukak dekat Shah Alam. Tengok menu, dia ada jual pavlova. Top seller pulak tu. Disebabkan dekat, saya yakin je menuju ke cafe tu untuk beli pavlova semata. 






Dan ini lah dia. 1 ketul ni harga RM4 je. Murah kot kan? Masa makan tu memang terjakun kejap la kan. Rupanya keliling dia tu rangup, dalamnya lembut dan yang paling penting.... MANIS ya rabbi! Erk. Terus terfikir, kalau saya buat sendiri nak kurangkan gula, so rasa dia takde lah macam ni kot. Tapi boleh ke kurangkan gula? 


Eleh oven pun takda, berangan tak habis2. Ahaks! 



Monday, August 27, 2012

FullHouse Sunway Pyramid



Hi korang! Welcome back! Hehe. Mesti ramai baru masuk keje hari ni kan? Saya baru start keje hari ni. Bahagianya cuti seminggu lepak kat rumah. =)


Saya takmau cerita pasal raya sebab raya tahun ni takda apa nak diceritakan sangat pun. So, saya nak cerita pasal post tertunggak yang patutnya saya setelkan sebelum raya, tapi tak sempat. Hehe. 


Rabu before raya, saya dan ex-colleagues berbuka ramai2 kat Fullhouse Sunway Pyramid. Saya 1st time makan kat sana. Reserve tempat paginya, dan pukul 7pm kami sampai depan kedai. Agak excited sebenarnya sebab ada maskot2 Fullhouse kat situ 3 orang. So comel rasa nak tolak maskot tu. Haha.





Ok teruskan dengan menu je la ye. Saya minum Banana Milkshake. Saya bayangkan Banana yang buah pisang fresh tu dia blend dengan susu. Rupanya tu hanya bayangan saya je. Diorang guna powder punya. So rasa dia..... em.... tak mengikuti tekak saya la kot. Rata2 air yang ada pearl ni macam air2 kat CoolBlog aje la lebih kurang. Siapa tak suka, better order fresh juice atau hot drinks. Harga, RM7.90.






Saya makan Wok-Sear Chicken Chop. Harganya RM16.90. Sedap sungguh laaa.. Yang bulat2 tu sebenarnya kismis tau, juicy gitu. Pastu mashed potato dia pun sangatlah sedap. Lite2 je rasa. Kenyang gak la makan walaupun nampak cam sikit je portion dia.





Ni pulak burger sebenarnya. Saya taktahu nama dia. Tapi saya yakin harganya juga RM16.90. Rata2 harga semua lebih kurang je kan? Kebetulan menu kami semua sama harga. Haha.





Yang ini Wasabi Fish & Wedges. Harga RM16.90 juga. Ini biasa je la kan. Ikan dan wedges dan salad. Sedap je :)





Dan ini ialah Vongole Spaghetti. Harga RM16.90. Spaghetti kerang la kot kononnya. Hehe. Sedap jugak.





And last but not least, ini la kami. Tukang ambil gambar ialah seorang badut yang sangat annoying, cuba entertain budak kecik kononnya tapi tak sedar budak yang paling kecik tu pun dah sekolah menengah! -_____-



So itu aje takat ni. Saya kena siapkan keje apa yang patut, kalau ada bahan nanti saya update lagi okay? Tata korang! =)


Monday, August 20, 2012

Eid Mubarak! :)

Assalamualaikum!


Macam mana raya semua, okay ke? Saya okay je, happy dapat spend time dengan family.


Tahun ni saya beraya di KL je. Raya pertama kami buat nasi impit, kuah lodeh, rendang ayam dan kuah kacang. Petang tu dapat call dari Kak Nah, anak buah ayah nak datang beraya. Sampai la 2 biji kereta kat rumah saya hari raya pertama. Alhamdulillah makanan sedang elok je. Seronok!


Raya kedua pulak mama buat nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan ayam. Petang tadi pun sampai 2 biji kereta ke rumah saya, keluarga ipar abang saya datang beraya. Hidangkan nasi dagang dan goreng fries, alhamdulillah, habis jugak makanan oleh tetamu. Seronok sangat! Oh ada jugak orang Myanmar datang nak beraya masa ramai2 tu. Kami jemput masuk je, diorang bukan nak makan minum sangat, cuma nak duit raya je. Takpa la, mama bagi je sorang 1 angpau. Lepas tu jiran sebelah rumah pulak datang. Pendek kata tak putus la tetamu petang tadi. Saya berpeluh2 siapkan apa patut, tapi sangat seronok. Rasanya ni 1st time orang datang beraya hari raya pertama dan kedua tak payah ajak. Biasanya orang KL ni nak tunggu open house baru nak datang.. Lagipun selama ni saya mesti ada kat kampung minggu pertama raya. Tahun ni je tak ke mana :)


Esok taktahu nak masak apa. Tengok la, mungkin spaghetti kot. Memasing tak larat nak hadap ayam dah. Haha. Esok pun belum tahu siapa tetamu kat rumah saya ni. Seronoknya bila orang datang rumah kita tau. Adik cakap, orang datang rumah kita bawa rahmat dan diorang balik keluar kan bala dari rumah ni. Wallahualam :)


Jemput datang rumah ye kawan-kawan? Saya cuti sampai hari ahad ni.


Selamat hari raya semua, kalau ada salah silap tak disengajakan tolong maafkan saya ye? Hati-hati di jalan raya tau? Tata! :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, August 14, 2012

Resepi Spaghetti Aglio Olio



Assalamualaikum korang! Yay dah tak sampai seminggu lagi kita nak raya kan? Nasib baik saya raya kat KL je, takda la feeling nak balik kampung. Hikhik.

Semalam tekak saya sangat la teringin makan spaghetti olio. Walaupun dah bertahun tak makan sebab tak berapa minat, dan tak pernah pun masak, tapi tetiba je teringin. Lalu terus laju2 google resepi dan nekad masak untuk berbuka. 

Untuk pertama kalinya saya shopping barang basah kat merket okeh. Haha. Beli udang besar, dia tulis kat board tu RM 15.90 per kilo. Saya dah cuak dah, mahal bebenor ke udang ni. Pastu ambik la dalam 10 ekor kot. Timbang, rupanya harga dia RM2.59 jek. Suke! Hehe. Pastu beli parsley RM0.35, cilipadi RM0.45, spaghetti RM3.59 dan ribena RM7.59. Total semua RM15.00 aje. Murah sangat kan? Suka! =)

Sampai rumah dalam kul 6.30 pastu start siang udang segala dan masak, dan setel kul 7.15. Siap dengan air ribena lagik. Hasilnya? Ofkos la sedap! Hehe. Ok mari tengok resepi yang saya ikut semalam.





Spaghetti Aglio Olio (3-4 orang makan)

Spaghetti        -  250 g (setengah paket)
Udang besar   - 10 ekor (boleh je nak letak banyak2 pun)
Bawang putih  - 6 ulas  (potong halus)
Italian Parsley  - dalam 2-3 batang (cincang halus)
Minyak zaitun - 4 sudu besar
Butter             - 1 sudu besar
*Cilipadi         - 3 ulas (racik halus)
*Cili Kering    - 3 batang  (potong seinci)
*Cili Flakes    - 3 sudu besar
Black pepper  - 1 sudu besar

* Optional. Sila pilih salah satu. Macam saya, takda cili flakes dan cili kering, saya beli cili padi je.


Caranya :-

1- Rebus spaghetti macam biasa. Tambahkan sedikit minyak dan garam dalam air.
2- Gaulkan udang dengan sedikit garam dan pepper. Letak sedikit minyak dalam kuali, tambahkan 1 sudu butter dan goreng udang. Jangan goreng lama sangat, nanti dia overcooked. Bila dah berubah warna tu, terus balikkan je. Ketepikan dulu.
3- Guna minyak dan kuali yang sama, tambahkan minyak dan goreng bawang putih dengan api sederhana sampai jadi golden kaler.
4- Masukkan cili padi dan masak seketika.
5- Letak air dalam 3 sudu untuk hentikan bawang putih dari terus masak. Nanti hangus tak sedap pulak.
6- Masukkan garam.
7- Masukkan spaghetti.
8- Masukkan udang yang telah digoreng tadi, black pepper dan daun parsley.
9- Tutup api dan gaulkan sehingga sebati. Siap.


Senang je kan? Memang simple sesangat resepi ni. Sedap tak terkata. Memang dia akan jadi oily tau, jangan panik. Sebab tu guna minyak zaitun. Sesuai la dengan nama dia Aglio e Olio tu bermaksud, minyak zaitun dan bawang putih. =)

Ni cara saya buat semalam, sebenarnya boleh je olah ikut citarasa sendiri. Tambah seafood lain, contohnya. Yang penting, garlic dan minyak zaitun kena banyak. Itu basicnya. Siapa nak cuba, silakan. =)