Friday, September 26, 2014

Home Made Ice Cream Oreo Yang Maveles!




Fuh - fuh~! Tiup sikit, banyak habuk!


Lamanya tak update blog! Sampai rasa kekok dan blur je tak tau nak post entry camne. Huhu.
Banyak sangat benda jadi sampai tak terkuasa nak update blog, kesian blog ni bersawang dah.


Ok arini saya nak share macam mana saya buat ais krim yang sangat lazat! Dulu buat tak jadik sebab pakai blender. Sekarang dah ada hand mixer boleh la dengan belagaknya buat aiskrim sendirik. Hehe.


Bahan-bahannya :

1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat
1 biji telur
1 sudu besar ovalet
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya : 

Masukkan semua bahan dalam bekas yang bersesuaian, dan pukul dengan mixer sampai kembang. Pastikan bekas tu tinggi sikit ok, sebab nanti takut terpercik keluar tak pasal jadi salji susu kat dapur korang. 




Pukul dalam 15- 20 minit sampai dia gebu dan creamy tau? Sampai jadi lebih kurang macam dalam gambar ni.




Lepas dah puas hati dengan kegebuan bancuhan tu, boleh la masukkan oreo yang dah dipecah-pecahkan. Yang ni saya tuang hersheys je sebab ingat takde oreo. Kengkonon taknak nampak pucat putih je kan. Hee






Lepas tu tak sangka adik bermurah hati pergi beli oreo melayan nafsu makan kakaknya. Hehe. Saya 'rajin' so saya potong 4 je oreo tu, pastu tabur kat atas. Kebetulan dah setengah jam dalam peti ais, aiskrim tu dah mula mengeras, so oreo tu tak la turun ke bawah. Just nice je duduk kat atas tu.






1 bancuhan dapat satu bekas ni + 1 mangkuk kecik (untuk tukang buat hehe). Boleh tahan sedap jugak. Cuma aritu saya buat terlebih susu pekat, manis nauzubillah jadinya! So tolong jangan letak lebih ye, suku tin tu dah memadai.. Kalau memang taknak manis langsung, kurangkan la lagi. Tapi apakah makna aiskrim kalau tak manis? Hehe.


Oklah tu saje. Sesiapa nak cuba, boleh la ye? Senaaaaaaang sesangat buat aiskrim ni. Bye! =)








2 comments:

Izzah Azryna said...

Hi akak. Saya terjumpa blog akak secara tak sengaja masa cari resepi bubur yg simple. Heee... best ah penulisan akak. Nanti update la lagi! izzahazryna.blogspot.com

-eLyNhere- said...

hi Izzah!

alamak tak sangka ada org kata best blog merepek ni. malu kitteww~
update pun sebulan tak sekali haha.
apa pun terima kasih ye dik sudi baca =)