Thursday, October 9, 2014

Birthday Celebration!



Hi hello!

Hee tadi ternampak draft entry, rupanya entry birthday bulan 4 hari tu. Haha. 

Ok so birthday saya 6 April hari tu family belanja makan kat Fullhouse. Sebab diorang tak pernah makan sana, asyik dengar saya cerita je cantik design cafe kat sana. Harusla teruja.


Jadi kami pun pergilah ke Fullhouse Batu 9 Cheras. Decorationnya cantik siap bath tub. Haha. Damia terlopong tengok dalam kedai makan ada bath tub la ada baju la almari la. Terus dia tak rasa nak makan, rasa nak main je lebih. 


So marilah kita tengok gambar je ye (pemalas nak type pepanjang lagi :P )








Ni je gambar yang ada. Segan nak ambik banyak2 sebab meja kat tengah2 semua orang nampak nanti kalau asik snapsnap je. Hee.




Dan ini adalah special birthday celebration from someone special. Haaa gitu ayat. Haha. Candle light dinner lagi uols :P


Ok tu saje nak bebel. Nak balik gi basuh kete pulak. Tata all! =)


Friday, September 26, 2014

Home Made Ice Cream Oreo Yang Maveles!




Fuh - fuh~! Tiup sikit, banyak habuk!


Lamanya tak update blog! Sampai rasa kekok dan blur je tak tau nak post entry camne. Huhu.
Banyak sangat benda jadi sampai tak terkuasa nak update blog, kesian blog ni bersawang dah.


Ok arini saya nak share macam mana saya buat ais krim yang sangat lazat! Dulu buat tak jadik sebab pakai blender. Sekarang dah ada hand mixer boleh la dengan belagaknya buat aiskrim sendirik. Hehe.


Bahan-bahannya :

1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat
1 biji telur
1 sudu besar ovalet
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya : 

Masukkan semua bahan dalam bekas yang bersesuaian, dan pukul dengan mixer sampai kembang. Pastikan bekas tu tinggi sikit ok, sebab nanti takut terpercik keluar tak pasal jadi salji susu kat dapur korang. 




Pukul dalam 15- 20 minit sampai dia gebu dan creamy tau? Sampai jadi lebih kurang macam dalam gambar ni.




Lepas dah puas hati dengan kegebuan bancuhan tu, boleh la masukkan oreo yang dah dipecah-pecahkan. Yang ni saya tuang hersheys je sebab ingat takde oreo. Kengkonon taknak nampak pucat putih je kan. Hee






Lepas tu tak sangka adik bermurah hati pergi beli oreo melayan nafsu makan kakaknya. Hehe. Saya 'rajin' so saya potong 4 je oreo tu, pastu tabur kat atas. Kebetulan dah setengah jam dalam peti ais, aiskrim tu dah mula mengeras, so oreo tu tak la turun ke bawah. Just nice je duduk kat atas tu.






1 bancuhan dapat satu bekas ni + 1 mangkuk kecik (untuk tukang buat hehe). Boleh tahan sedap jugak. Cuma aritu saya buat terlebih susu pekat, manis nauzubillah jadinya! So tolong jangan letak lebih ye, suku tin tu dah memadai.. Kalau memang taknak manis langsung, kurangkan la lagi. Tapi apakah makna aiskrim kalau tak manis? Hehe.


Oklah tu saje. Sesiapa nak cuba, boleh la ye? Senaaaaaaang sesangat buat aiskrim ni. Bye! =)








Sunday, March 9, 2014

Casa Impian's Used Fixture For Sale!



Hello! Lamanya tak update kat sini. Sibuk sangat kebelakangan ni mengalahkan makcik kantin. 


Seperti tajuk di atas, saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Casa Impian nak jual barang terpakai sebab ada banyaaakkk sangat dah melimpah ruah dalam stor sampai tak jumpa nak cari barang2, semua perabottt je. Hehe over tak drama?


Perabot ni di import dari Bali tau bukan calang2 punya. Berat dan kualitinya bagus. Kalau korang nak tengok sendiri dengan mata kasar, boleh pergi Casa Impian kat One Utama, dalam Aeon, tingkat 2, okeh? Ada a few lagi meja tiada dalam gambar. Harga seperti di  bawah :



Shoka Shelves RM350



Storage Cabinet RM200



Display Table RM150


Penghantaran boleh di bawa berbincang, tapi haruslah ada extra charge ye. Kalau nak beli banyak, lebih dari 1, boleh runding harga dengan saya. Oh ye, bayaran juga nanti bukanlah di bawah Aeon sebab Aeon tak jual perabot Casa Impian, perabot ni kami punya untuk tujuan display barang jualan kami seperti tertera di dalam gambar. Jangan nanti ada yang kalut nak jugak bayar kat kaunter, terkebil2 orang Aeon tengok nanti.. Huhu.


So, siapa yang berminat, boleh emai ke: elyn@casa-impian.com.my atau text ke 017-3051283. 


Oh ye, jangan lupa jugak, kami tengah buat clearance sales. Barang2 semuaaaaa ada 50% diskaun! Disebabkan Aeon sekarang bukan tengah sales, kami slash down harga kami manually, so yang kat price tag tu semuaaaa dh cut down 50%! 


Sila kunjungi kami di Bandar Utama ok? Tata guys! =)




Monday, February 24, 2014

Air Tangan Si Debab For Sale!



Ha kauuu tajuk sangat sesuatu. Nanti orang bayangkan air basuh tangan yang dijual pulak. Ahaks ahaks. 


Sebenarnya saya ada jugak menjalankan aktiviti menjual sejak kebelakangan ni. Hasil dari passion yang melampau dan support dari family jugak. Sejak dah berbisnes secara poyo, saya ada la masa terluang lebih sikit kat rumah. Fikir punye fikir, boring jugak la duduk saje je kan. Saya pun carik peluang jual makanan memandangkan saya suka masak.


Jadi inilah hasilnya. Sebulan sekali, saya ada menjual makanan kat Masjid Besi Putrajaya. Masjid Tuanku Mizan tu. Takda la banyak sangat pun, sebab masak sendiri kan. Sila refer gambar di bawah :





Saya jual Nasi Arab Abah yang dimasak oleh abah saye, Spaghetti Aglio Udang, Puding Caramel dan Dadih. Semuaaaa buat sendiri. 1st trial, dan semua habis. Banggaaa tau hasil tangan sendiri orang beli. Rasa puas. Oh ye, gambar ni di ambil lepas dah separuh terjual. Tak sempat nak snap masa baru letak tu sebab orang dah mula ramai. 


InshaAllah 28/2/2014 ni saya ada menjual kat sana lagi. Sesiapa nak rasa air tangan si debab ni bolehla datang beli ye? Hehe. Pukul 11 pagi saya dah ada, sampai la pukul 3 petang. Abang2 yang solat Jumaat tu, singgah gerai saya dan beli okeh? Heee. Tata!