Hi korang!
Hari ni saya nak share pasal Studio Photography yang saya baru singgah beberapa hari lalu. Hikhik. Maklumlah kan dah kena start survey2 mulai sekarang. =P
Untuk bakal pengantin terutamanya, sekarang ni kan pakat dok buat pre wedding shoot, gambar bersama pasangan sebelum diijab kabulkan. Tengok orang lain buat kita mesti teringin jugak kan. Tapi mesti nak yang affordable, takmo mahal sangat nanti lari budget! Macam2 nak kena fikir, semua pun kena bersederhana. Jadi, Sweetlite Creation ada menyediakan Studio Photography Service dengan hanya RM50 sejam sampai hujung tahun ni. Kita akan dapat unlimited shoot siap dengan softcopy lagik! Berbaloi kotttt. Kira dengan RM50 dah boleh lepas satu bab. Boleh pose berbagai2 aksi dalam masa sejam. Photographer pun sporting dan senang bekerjasama. Gambar tu nanti pun boleh buat banner or letak dalam kad untuk majlis nanti kan? Banyak kegunaan tu =)
Bukan pengantin je boleh ambik gambar kat studio ni. Kalau married couple with children nak ambik gambar kenangan dengan anak dan suami / isteri tercinta pun boleh. Apa la salahnya kan, RM50 je kot. Masa ni la boleh buat kenangan, nanti anak dah berderet tak sempat pulak nak fikir ni semua. Huhu.
Gambar macam ni untuk pasangan suami isteri je tau? Hehe. Yang belum kawin no touch touch. Kenotttt nanti kena parang dengan mak abah, saya tak campur! :P
Atau mungkin yang baru dapat baby, saje nak ambik gambar kenangan sempena anak umur setahun ke kan. Kita ada koleksi gambar dia setiap tahun. Maklumlah budak cepat membesar. Nanti tetibe je dah berjalan, dah ke sekolah. Rugi rasanya kalau takda simpan gambar diorang yang senonoh sikit. Maklumlah setakat gambar dalam fon tu bukannye rajin nak pergi print kan. Mungkin jugak kualiti dia tak berapa bagus. Gambar pun tak cantik nanti. Huhu.
Contoh gambar si comel kat bawah ni. Siapa sangka anak kita pandai beraksi depan camera =)
So, siapa berminat boleh hubungi Adib, call / whatsapp di 012 3506985. Atau boleh tengok Facebook Sweetlite Creation . Studio ni terletak di Wang Maju Seksyen 5. Jangan malu jangan segan, Adib ramah orangnya. Dan jangan lepaskan peluang ni. Offer sampai 31 December 2013 je!
Saya dah, anda bila lagi? Hikhik =)
2 comments:
Wah serius murah tu..sejam 50?klo shoot kat luar kak elyn?
alamak akak taktahu kalau outdoor. cube try contact Adib tu. tanya dia. hehe. akak buat inddor punye je =)
Post a Comment