Wednesday, October 16, 2013

New Job Scope! Wee~




Hi semua! Apa khabar, sihat? Saya baru baik dari demam dan selsema seminggu. Penangan mengemas dan mengadap habuk, huhu.


Banyaaaak benda nak share tapi tak reti nak susun ayat cerita yang mana satu. Hehe. Yang pertama tama nya ialah, seperti tajuk di atas, saya dah tukar profession dah. Bukan lagi seorang kakak akaun yang duduk di ofis je. Saya diberi amanah dan peluang untuk menguruskan beberapa outlet Casa Impian di Klang Valley. Boleh dikatakan sebagai Manager jugak la kot? Ntahla. Bulan Oct ni baru nak try try tengok keadaan. If everything went well, akan diteruskan begini la. 


Casa Impian ada kat Midvalley, One Utama, Sunway Pyramid, Aeon Bukit Tinggi, Aeon Wangsa Maju, Aeon AU2, Houz Depot Damansara, Aeon Seremban 2 dan Airport Langkawi setakat ini. Saya diamanahkan untuk jaga di One Utama dan Houz Depot. Maka hari2 muka saya akan berkeliaran di sekitar damansara la ye, bukan lagi Shah Alam. Huhu.





Ni beberapa keping gambar sempat saya snap kat One Utama. Sesiapa datang sana boleh la singgah ye? Boleh jumpa saya kalau kena time saya tengah keje. Hehe. Boleh la tengok saya pakai baju dan id promoter :P
Masuk tempat orang, kena ikut cara orang la. Tak kisah awak tu siapa, kalau nak bekerja dalam Aeon tu, harus pakai seperti pekerja. Hehe.


Sekarang ni Aeon One Utama tengah sales sampai 3rd Nov. So kami ada bagi diskaun sampai 70% bagi certain2 item. Most item ada 30%. Datangla ye tengok2. Kalau saya takde, InshaAllah part time promoter saya ada jaga kat situ.


Ok tu aje kot nak share dulu. Nanti kalau ada masa lagi, saya update lagi. Tata uols! =)




No comments: