Sunday, September 15, 2013

Resepi Shepherd Pie



Amboi bz nya lately sampai tak sempat nak hapdet blog. Fuh! Start bulan September ni memang haru biru sikit rasanya. Banyak benda nak disetelkan. Mengangkut barang kuar dari rumah sewa, adjust sana sini perihal kerja. Pendek kata memang banyak benda la nak difikir. 


Tapi takpe, saya maintain je. Dan lately mood nak memasak adalah sangat melonjak2. Nak nak lagi tetiap hari pergi kerja dengan chenta, lagi la excited bila breakfast sama2 dengan hasil tangan sendiri. Hehe.


Actually masa open house hari tu saya ada try buat shepherd pie sebab chenta suka makan pie tu. Honestly saya tak pernah dengar, apatah lagi makan. Jadi saya memang depends on resepi hasil google je. Dan tak tahu kenapa, walaupun saya tahu ada yang salah, saya teruskan jugak. Hasilnya memang tak jadi la. Lembik dan berair. Tapi habis jugak sebab rasanya sedap cuma lembik je. Hehe.


Jadi lepas 2 minggu saya decide untuk buat lagi sekali. Meh tengok gambar hasil shepherd pie saya yang tak seberapa ni. Chenta dan family cakap sedap. Tapi saya tak pernah makan yang kat luar, so tak tahu nak cakap sedap ke tidak jadi ke tidak. Huhu.





Ni masa panas2 lagi keluar oven terus potong. A bit lembik tapi better than 1st attempt hari tu.




Ni esoknya lepas semalaman dalam peti ais. Kentang tu elok je macam keras tapi lembut lagi. Tapaukan untuk chenta for breakfast. Dia puji sedap gila. Vangga *kembang hidung*


Lepas tu niat nak buat lagi la sebab tak puas makan. Sikit sangat portion. So pergi tesco beli kentang, balik rumah rebus. Kentang tu sangat pelik! Jadi light sangat macam kapas dan teksture nya sangat pelik. Rupanya salah beli kentang. Dah frust dah sebab dah rasa macam bakal tak jadi lagi ni. Tapi teruskan jugak.





Kali ni letak cheese kat dalam and saje gatai nak tabur kat atas. Dengan harapan cheese tu melt. Haha. Non hado! Kalau nak melt haruslah beli parmesan atau mozarella, bukannya cheddar. Hehe.


Hasilnya? Kentang tu sangat lembik dan putih. Tak macam kentang sangat. Tapi biasalah, chenta puji sedap jugak. Cuma dia gelakkan salah beli kentang and cheese. Fine! Haha. Takpe, next time cuba lagi.


Semangat tengah meluap2 untuk masak sekarang ni, seiring dengan berat yang naik mendadak2 jugak. Haish. Ape la nak jadi ni. Diet elyn, diet!!


Oh ye meh nak share camne saya buat.

Mashed potato:
Kentang
Butter
Garam
Lada sulah

Inti:
Daging cincang
Bawang holland
Carrot
Sos prego carbonara
Garam
Black pepper

Caranya senang je. Mula2 buat mashed potato macam biasa. Ketepikan. Lepas tu tumis bawang dan daging dan campur semua bahan sampai daging masak. Lepas tu bakar dalam oven 180 celcius selama 30 minit. Letak mashed potato dulu, then inti daging, then lapisan atas letak mashed potato. Boleh tekan2 kasi padat sebelum bakar ye. Sorry takda sukatan sebab saya main campak2 je. Korang pun pandai masak kan.. boleh agak dah. Huhu. Sos prego tu pun sebenarnya boleh tukar dengan sos tomato or tomato puri. Sebenarnya ikut tekak masing2 la mana yang sedap kan? Saya tak pernah makan kat luar pie ni. So i have no idea. Just nak share camne saya buat je. =)


Selamat mencuba kalau ada yang nak cuba! 





2 comments:

jot pijot said...

nyum2...nk try ni!hikhik

-eLyNhere- said...

Yay ada org nak try!
Sila sila. Daging tu ikut citarasa sendiri je sure makan sambil pejam mata ;)