Monday, August 27, 2012

FullHouse Sunway Pyramid



Hi korang! Welcome back! Hehe. Mesti ramai baru masuk keje hari ni kan? Saya baru start keje hari ni. Bahagianya cuti seminggu lepak kat rumah. =)


Saya takmau cerita pasal raya sebab raya tahun ni takda apa nak diceritakan sangat pun. So, saya nak cerita pasal post tertunggak yang patutnya saya setelkan sebelum raya, tapi tak sempat. Hehe. 


Rabu before raya, saya dan ex-colleagues berbuka ramai2 kat Fullhouse Sunway Pyramid. Saya 1st time makan kat sana. Reserve tempat paginya, dan pukul 7pm kami sampai depan kedai. Agak excited sebenarnya sebab ada maskot2 Fullhouse kat situ 3 orang. So comel rasa nak tolak maskot tu. Haha.





Ok teruskan dengan menu je la ye. Saya minum Banana Milkshake. Saya bayangkan Banana yang buah pisang fresh tu dia blend dengan susu. Rupanya tu hanya bayangan saya je. Diorang guna powder punya. So rasa dia..... em.... tak mengikuti tekak saya la kot. Rata2 air yang ada pearl ni macam air2 kat CoolBlog aje la lebih kurang. Siapa tak suka, better order fresh juice atau hot drinks. Harga, RM7.90.






Saya makan Wok-Sear Chicken Chop. Harganya RM16.90. Sedap sungguh laaa.. Yang bulat2 tu sebenarnya kismis tau, juicy gitu. Pastu mashed potato dia pun sangatlah sedap. Lite2 je rasa. Kenyang gak la makan walaupun nampak cam sikit je portion dia.





Ni pulak burger sebenarnya. Saya taktahu nama dia. Tapi saya yakin harganya juga RM16.90. Rata2 harga semua lebih kurang je kan? Kebetulan menu kami semua sama harga. Haha.





Yang ini Wasabi Fish & Wedges. Harga RM16.90 juga. Ini biasa je la kan. Ikan dan wedges dan salad. Sedap je :)





Dan ini ialah Vongole Spaghetti. Harga RM16.90. Spaghetti kerang la kot kononnya. Hehe. Sedap jugak.





And last but not least, ini la kami. Tukang ambil gambar ialah seorang badut yang sangat annoying, cuba entertain budak kecik kononnya tapi tak sedar budak yang paling kecik tu pun dah sekolah menengah! -_____-



So itu aje takat ni. Saya kena siapkan keje apa yang patut, kalau ada bahan nanti saya update lagi okay? Tata korang! =)


Monday, August 20, 2012

Eid Mubarak! :)

Assalamualaikum!


Macam mana raya semua, okay ke? Saya okay je, happy dapat spend time dengan family.


Tahun ni saya beraya di KL je. Raya pertama kami buat nasi impit, kuah lodeh, rendang ayam dan kuah kacang. Petang tu dapat call dari Kak Nah, anak buah ayah nak datang beraya. Sampai la 2 biji kereta kat rumah saya hari raya pertama. Alhamdulillah makanan sedang elok je. Seronok!


Raya kedua pulak mama buat nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan ayam. Petang tadi pun sampai 2 biji kereta ke rumah saya, keluarga ipar abang saya datang beraya. Hidangkan nasi dagang dan goreng fries, alhamdulillah, habis jugak makanan oleh tetamu. Seronok sangat! Oh ada jugak orang Myanmar datang nak beraya masa ramai2 tu. Kami jemput masuk je, diorang bukan nak makan minum sangat, cuma nak duit raya je. Takpa la, mama bagi je sorang 1 angpau. Lepas tu jiran sebelah rumah pulak datang. Pendek kata tak putus la tetamu petang tadi. Saya berpeluh2 siapkan apa patut, tapi sangat seronok. Rasanya ni 1st time orang datang beraya hari raya pertama dan kedua tak payah ajak. Biasanya orang KL ni nak tunggu open house baru nak datang.. Lagipun selama ni saya mesti ada kat kampung minggu pertama raya. Tahun ni je tak ke mana :)


Esok taktahu nak masak apa. Tengok la, mungkin spaghetti kot. Memasing tak larat nak hadap ayam dah. Haha. Esok pun belum tahu siapa tetamu kat rumah saya ni. Seronoknya bila orang datang rumah kita tau. Adik cakap, orang datang rumah kita bawa rahmat dan diorang balik keluar kan bala dari rumah ni. Wallahualam :)


Jemput datang rumah ye kawan-kawan? Saya cuti sampai hari ahad ni.


Selamat hari raya semua, kalau ada salah silap tak disengajakan tolong maafkan saya ye? Hati-hati di jalan raya tau? Tata! :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, August 14, 2012

Resepi Spaghetti Aglio Olio



Assalamualaikum korang! Yay dah tak sampai seminggu lagi kita nak raya kan? Nasib baik saya raya kat KL je, takda la feeling nak balik kampung. Hikhik.

Semalam tekak saya sangat la teringin makan spaghetti olio. Walaupun dah bertahun tak makan sebab tak berapa minat, dan tak pernah pun masak, tapi tetiba je teringin. Lalu terus laju2 google resepi dan nekad masak untuk berbuka. 

Untuk pertama kalinya saya shopping barang basah kat merket okeh. Haha. Beli udang besar, dia tulis kat board tu RM 15.90 per kilo. Saya dah cuak dah, mahal bebenor ke udang ni. Pastu ambik la dalam 10 ekor kot. Timbang, rupanya harga dia RM2.59 jek. Suke! Hehe. Pastu beli parsley RM0.35, cilipadi RM0.45, spaghetti RM3.59 dan ribena RM7.59. Total semua RM15.00 aje. Murah sangat kan? Suka! =)

Sampai rumah dalam kul 6.30 pastu start siang udang segala dan masak, dan setel kul 7.15. Siap dengan air ribena lagik. Hasilnya? Ofkos la sedap! Hehe. Ok mari tengok resepi yang saya ikut semalam.





Spaghetti Aglio Olio (3-4 orang makan)

Spaghetti        -  250 g (setengah paket)
Udang besar   - 10 ekor (boleh je nak letak banyak2 pun)
Bawang putih  - 6 ulas  (potong halus)
Italian Parsley  - dalam 2-3 batang (cincang halus)
Minyak zaitun - 4 sudu besar
Butter             - 1 sudu besar
*Cilipadi         - 3 ulas (racik halus)
*Cili Kering    - 3 batang  (potong seinci)
*Cili Flakes    - 3 sudu besar
Black pepper  - 1 sudu besar

* Optional. Sila pilih salah satu. Macam saya, takda cili flakes dan cili kering, saya beli cili padi je.


Caranya :-

1- Rebus spaghetti macam biasa. Tambahkan sedikit minyak dan garam dalam air.
2- Gaulkan udang dengan sedikit garam dan pepper. Letak sedikit minyak dalam kuali, tambahkan 1 sudu butter dan goreng udang. Jangan goreng lama sangat, nanti dia overcooked. Bila dah berubah warna tu, terus balikkan je. Ketepikan dulu.
3- Guna minyak dan kuali yang sama, tambahkan minyak dan goreng bawang putih dengan api sederhana sampai jadi golden kaler.
4- Masukkan cili padi dan masak seketika.
5- Letak air dalam 3 sudu untuk hentikan bawang putih dari terus masak. Nanti hangus tak sedap pulak.
6- Masukkan garam.
7- Masukkan spaghetti.
8- Masukkan udang yang telah digoreng tadi, black pepper dan daun parsley.
9- Tutup api dan gaulkan sehingga sebati. Siap.


Senang je kan? Memang simple sesangat resepi ni. Sedap tak terkata. Memang dia akan jadi oily tau, jangan panik. Sebab tu guna minyak zaitun. Sesuai la dengan nama dia Aglio e Olio tu bermaksud, minyak zaitun dan bawang putih. =)

Ni cara saya buat semalam, sebenarnya boleh je olah ikut citarasa sendiri. Tambah seafood lain, contohnya. Yang penting, garlic dan minyak zaitun kena banyak. Itu basicnya. Siapa nak cuba, silakan. =)



Friday, August 10, 2012

Moisturiser + Foundation Best!




Assalamualaikum korang! Ok ke tak ok nih? Ke dah mood raya dah? Hehe over tau!


Hari ni saya nak syer pasal moisturiser yang baru saya guna. Sebelum ni memang saya tak suka pakai moisturiser sebab nanti dia buat kulit jadi berminyak dan tak best. Masa guna Tabita pun memang takda moisturiser kan. Tapi lepas je stop Tabita, saya jadi cuak la tengok kulit kering tanpa sebab. Terus insaf nak pakai moisturiser, sebelum kulit jadi kedut2 macam orang tua. Ahaks.



Jadi, saya pergi la Watson cari produk apa nak guna. Memang taktau nak beli apa, pastu ternampak Garnier dan tertarik dengan perkataan 'Light' tu. Tak fikir banyak, terus ambik dan bayar. Senang betul bela budak nih. Hehe. Saya pakai moisturiser ni setiap pagi sebelum pergi kerja. Kalau rajin saya pakai la foundation. Kalau tak rajin, biarkan muka putih melepak dengan cream ni je. Hahahaha.



Lepas beberapa minggu saya guna moisturiser tu, kulit saya tetiba je menggelupas secara rakus. Sampai saya rasa taknak keluar rumah, nak duduk je dalam bilik. Pelik jugak la, nak kata sebab tabita, memang dah stop dah. Apa yang tak kena tah. Tapi nasib baik dia menggelupas 2 hari je, lepas tu terus kulit saya lembut, halus, gebu2 je. Memang pelik sesangat dah. Nak dijadikan cerita, 1 hari saya tengok tv, keluar la iklan Garnier tu. Terdengar Lisa Surihani cakap, "Lihat perbezaannya dalam masa 2 minggu". Haaaaa! Baru la terfikir mungkin sebab tu kulit menggelupas! Memang dalam masa lebih kurang 2 minggu la jugak saya start pakai tu. Hahahaha nakal tau. Padahal selalu tengok iklan tu tak pernah ambik port apa dia bebel. Kelakar betul. Lega~




Ini foundation kegemaran saya sejak 5 tahun yang lepas. Eh ke lebih? Sejak baru2 keje saya dah pakai ni, means... erm... 6 tahun kot. OMG tuanya! Hahaha. 
Foundation ni dari Skin Food; White Grape Fresh No 13. Memang sukaaaaaaaa sangat sebab lepas sapu foundation tu kat muka, kulit jadi gebu dan natural habis la. Macam cantik semulajadi gitu. Orang taktau pun kita pakai foundation sebab dia macam terus serap dalam kulit. Memang sesuai dengan namanya, Skin Food hehe. Dia takkan berkerak or berminyak or selekeh walau sampai petang. Memang tak payah pakai bedak dah. Tapi being me yang feeling kulit gebu, harusla tepek bedak nipis2 untuk nampak lebih baby skin. Ewah ewah! Haha.



So, masalah kulit kusam lepas stop tabita dah setel. Saya tak guna tabita balik. Sebab dah jumpa solution lain. Now kulit saya sama cantik macam pakai tabita. Cuma kalau tabita tu, kulit akan berkilat walau takda cream. Tapi sekarang ni tak berkilat pun. Kulit jadi cantik elok je. Tak caya? Tengok gambar budak debab mana tah kat bawah ni. Hiks.






See. Feeling comel gitu kan? Haha. Lama tak tayang muka. Molek tak nampak kulit saya tu? Kalau letak bedak lagi molek okeh. *perasan lagi* :P


Ok tu je nak bebel. Petang ni nak berbuka dengan burger YB 1 kilo la. Nak order sekarang supaya petang nanti tinggal nak gi ambik je. Hiks. Ok tata korang! 

Wednesday, August 8, 2012

Iftar @ Bubba Gump Citta Mall


Semalam saya berbuka makan udang yang lazat kat Bubba Gump! Sempena Ramadhan ni, diorang buat buffet RM65 per person kalau tak silap. Saya tak pasti sangat sebab husband bff saya yang belanja tapi rasanya memang RM65. Hikhik. Terima kasih daun keladi, semoga murah rezeki mencurah2 hendaknya, amin! =)


Ni 2nd time saya makan kat sini. 1st time dulu order dalam menu, 2nd time ala buffet pulak. Makanan dia lebih kurang sama dengan apa ada dalam menu, tapi tak banyak variety sangat la kan. Boleh jugak nak order makanan lain, tapi kena charge la ye, tak termasuk dalam buffet. 




Kami berempat, 2 gegirl, 2 boboy. Sorang lagi adik pada bff saya. Disebabkan makan semeja dengan lelaki yang saya tak biasa, haruslah saya terus jadi pemalu. Maka saya makan 1 plate je sebab segan nak letak pepenuh, orang pandang pinggan kita okeh. Haha. Dan segan jugak nak repeat tambah makanan sebab duduk seat belah dalam, kalau nak keluar orang sebelah kena bangun.





Jadi ini yang sempat saya ambik. Sikit je sebenarnya ni. Banyak lagi terhidang kat atas meja buffet. And sekarang terliur pulak tengok gambar ni. Menyesal pulak tak ambik pepenuh pinggan semalam! Haha. Macam terliur jugak mengenangkan ribs ala tony romas dia. Barulah berbaloi dengan harga buffet tu kan. Ruginyaaaaaaa. Kalau ada mesin masa doraemon, memang saya nak pegi time semalam dan ambik semua benda pastu baru duduk. Kenapa kau pasif sangat semalam elyn oit?? Haish.


Lepas setel 1 pinggan licin, saya pergi ambik ice cream. Ye, ice cream! Kenapalah tak ambik makanan lain yang terhidang tu tah. Mungkin sebab segan la ni. Saya syak sangat la sebab segan. Pelik betul perangai. Hahahahaha. Ingatkan dah takda perangai segan jumpa lelaki, rupanya ada lagi. Bukan control okeh, segan. Saya sangat pemalu dengan lelaki okeh. Makan ternganga mulut selamba tapi segan nak makan banyak2. Lagipun, sebenarnya lepas setel sepinggan tu perut saya dah kenyang. Mungkin sebab tu saya stop makan kot? Tapi rugi laaaaa makan sikit je. Tu kan buffet? Isk. 


Takpela benda dah lepas. Anggap je bukan rezeki saya untuk makan makanan lain yang terhidang tu. Dah ditetapkan dalam pinggan tu je rezeki saya malam tu. Wah positifnya ayat! Hikhik. Tapi make sure lepas ni kalau buffet, kena rasa semua benda, barulah berbaloi baloi kata orang kan? Baiklah, next venue : Fullhouse. Nanti saya update okeh? Tata korang! Selamat berpuasa! =)

Tuesday, August 7, 2012

Ramadhan - Week 3


Assalamualaikum korang! =)


Wah kejap je dah masuk minggu ke-3 puasa kan? Cepat je masa berlalu. Plannya weekend lepas kami nak balik kampung berbuka dengan atok dan nenek. Tapi disebabkan ramai family balik jugak (mungkin sebab public holiday on Monday), mama cancel la, tangguh next week. Bukan apa, kalau dah ramai2 tu nanti, susah nak borak dengan atok nenek kan? So quality time tu dah tak berapa nak quality la. Bunyi macam anti-sosial pulak ek? Haha. Rimas la ramai2 nih :P


Jadi kami berbuka 1 family macam biasa kat rumah je. Sabtu tu kami masak nasi lemak sambal ikan bilis dengan kari ayam. Sangaaaaat la sedap melampau. Lama btul tak makan nasi lemak buatan mama. Ahadnya saya masak mee suah dengan nasi goreng tomyam express. Bubur lambuk 3 bungkus dapat dari masjid. Kami berbuka dengan 3 menu utama tu. 


Tapi kan, saya tersentap la ahad malam tu sebab mee saya tak laku. Semua pakat makan nasi dengan bubur je. Tak luak pun mee tu. Terus merajuk dan dan tu jugak cakap dengan mama, "elyn taknak masak dah. masak pun bukan orang makan.." Ewah ewah nak merajuk pulak si debab ni. Hehe. Padahal dorang makan je lepas lepas tu. Ntah kenapa sensitip sangat tah? Tak paham! Heee.


Dan semalam, abah masak Nasi Arab! Nak amik hati anak dia lettew~ ahaks. Pandai tau abah ni, amik hati anak dengan makanan jek. Ketara anak-anak abah kuat makan :P 
Macam biasa, gambar takda. Katanya tengah lapaaaaar, harus lah bedal terus tak ingat apa dah. Bila dah habis makan baru sedar diri, "eh tak amik gambar...hikhik". *PANG!!


Oh, disebabkan mama baru beli cheese powder dan wedges frozen, maka dengan secara otometiknya, side dish untuk sabtu, ahad dan isnin adalah Cheezy Wedges! Haha. 




Ini gambar wedges. Cheesenya takda dalam gambar. Sebab masa saya nak snap, adik dengan rakusnya dah alih nak cecah. Ok fine. No picture. Gedit. Fine. 


Begitulah cerita weekend ke-3 berbuka bersama family. InsyaAllah weekend ni balik kampung, yay! Oklah uols, drive elok2 ye balik karang. Takmo marah2 dalam kete, kurus pahala puasa nanti. Tata =)




Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan - Week 2



Assalamualaikum! =)


Saya tengah pening, menahan muntah dan duduk tegak straight je sekarang ni. Sila imagine, tengah type ni pun dah macam robot dah. Haha. Sebab apa? Ye, sesungguhnya saya berpuasa, dan tak mudah untuk orang gastrik berpuasa. Huhu.


Hari ni nak cerita pasal weekend ke-2 berpuasa. Minggu ni best sebab adik yang belajar kat Kelantan dah balik for good. Adik saya sorang ni kuat makan. Seronok tengok dia makan tau? So kalau dia ada, bertambah semangat la saya masak macam2. Hehe.


Hari Sabtu tu, mama buat telur itik masak lemak je sebab abah dah beli ayam golek sekor untuk berbuka. Nyums! Pastu hari Ahad, saya masak ayam masak kicap dengan sayur sawi goreng. Seronok tengok adik2 makan sambil hirup kuar dan meratah. Nasib baik la elok je rasa garam gula segala, balance. Kira hebat jugak la kan saya ni? Ahaks. Memang terpaksa puji diri sendiri la, sebab saya ni sangat jarang kot masak. Sesekali masak, menjadi pulak. *sambil kembang-kembang hidung*


Oh lupa, hari Ahad tu saya sakit kepala dan rasa nak demam sebab keluar panas2 terik tu cari baju raya untuk mama. Dengan sakit kepala tu gigih saya masak sorang2 okeh. Mana dapat power tu? Fuhh!


Hari Isnin pula terpaksa cuti sebab saya dah tak tahan sakit kepala. Tahap merepek2, pastu nak rebah bila berdiri. Harusla tidur sampai tengah hari. Huhu. Bangun je tidur, abah dah tanya nak abah masak apa hari ni? Saya tak bole fikir lagi time tu, mamai. Dok ter emmm emmm emmm, sudahnya abah kata, "kamu masak la ye nak makan apa nanti, abah nak pegi surau".Gulp. Larat ke nak masak ni? Turun bawah keluarkan ayam dan segala yang ada, naik atas balik kumpul mood. Dan alhamdulillah, ada kekuatan untuk masak hari tu. Ayam masak merah, kailan ikan masin dan muffin vanila. 




Ye, muffin vanila! Hebat kan? Dalam sakit2 tu selamba masak muffin. Hahahahaha. Adik saya pun terkejut, "Kak Elyn nak buat muffin ke ni?" Sambil duduk pandang je saya. Last2 dia tolong pukul telur+susu. Hehe. Ala senang je resipinya. Pukul2, masuk dalam oven, tunggu masak. Tapi ni macam terhangus skit la sebab saya bakar 25 minit. Patut bakar 20 minit je.


*UPDATED*
Siapa nak try muffin vanila ala Kenny Rogers yang sedap maveles tu boleh click kat SINI. =)
Saya buat 1 dozen je, so saya bahagi 2 la resipi tu. Sedap tau. Memang kena cuba. Saya guna gula perang jadi dia tak manis sangat la. Kalau guna gula putih mungkin manis kot? Lepas bakar muffin tu, semerbak 1 rumah bau tau. Memang senyum je sampai ke Isyak. Sebab saya bakar pukul 7. Just nice waktu berbuka terus ngap panas2. Hebait tak? Ahaks.


So moral of the story, saya dapat pengalaman baru. Baru saya tau macam mana seorang ibu boleh kuat tenaga dia bekerja lagi, jaga anak lagi, masak lagi, kemas rumah lagi. Semua tu datang dari semangat. Semangat kuat, niat murni, insyaAllah memang ada la kudrat tu. Jadi kawan-kawan, hargailah jasa ibu anda okeh? Kalau nampak ibu tu letih terduduk ke apa, rajin2 la tanye nak tolong ke tak ke. Sejuk sikit hati orang tua tu. Dapat pahala okeh bila gembirakan hati mak ayah. 


Sekian tazkirah untuk petang ini. Hiks. Selamat berpuasa korang. Saya ingat nak berbuka kat william la petang ni. Nyums~