Tuesday, July 3, 2012

Eyeliner Bersepah!



Al kisahnya, eyeliner kegemaran saya dah nak habis. Tinggal sikit2 je. Tapi biasalah, taknak beli baru lagi, seboleh boleh nak jugak pakai hingga ke titisan terakhir. Jadinya saya letak la baby oil dalam bekas tu. Saya guna liquid eyeliner, brand in2it. 


Biasanya kalau takde ke mana, memang saya malas nak make up. Tapi semalam nak pergi perjabat pos la, bank la, saya calit la sikit eyeliner tu. Masa tengah calit tu dah perasan dah tak berapa nak ada sangat. Tak hitam mana pun. Dia jadi SANGAT oily je. Being me yang super pemalas nak ambik kisah semua tu, saya selambe keluar tengah2 panas menuju ke Giant. Sebab dalam Giant ada pejabat pos. Menunggu sikit punya lama la, lebih 50 orang sebelum saya. Jadinya harus la lelemak ku cair, berpeluh sakan dibuatnya. Sebab takda seat kosong, maka saya berdiri sambil peluh meleleh2. 


Tak terfikir langsung la pasal eyeliner yang sangat oily tu. Saya selamba buat muka belagak sambil berdiri tunggu turn. Saya perasan, orang yang lalu lalang mesti pandang muka saya. Tapi buat dek je la kan, mungkin dorang pandang sebab saya comel sangat kot, tambah2 semalam serba pink, haruslah feeling comel kejap. Ahaks. Akhirnya sampai turn saya, setel dan saya pun laju2 jalan pergi ke kereta balik. 


Menuju ke bank pulak. Dapat parking, terus park, dan keluar kereta. Masa tutup pintu kereta tu, TERgerak la nak belek tudung elok ke tak kat cermin tingkap. Sekali terkejut tengok muka dah macam emo girl menangis! Lantas masuk dalam kereta laju2 sambil lap eyeliner yang comot tu. Haha.






Lebih kurang macam ni la. Tapi comot sikit kat bawah mata je, idok ler panjang sampai ke dagu gitu. Apsal la orang tak tegur saya ek? Memalukan betul la! Nasib baik tak jumpa Anuar Zain kat mana2. Kalau tak, confirm nangis!


Kalau tengok gambar ni lama-lama, macam menakutkan pun ada jugak kan? Haha. Moral of the story, jangan kedekut nak beli eyeliner baru. Dan saya dah pun beli yang baru. Tapi belum pakai lagi. Erm, sayang pulak nak buang yang lama tu. How aa? Ahaks! :P






4 comments:

cryclown said...

hahaha...
kne spare kaca mata hitam sama:)

-eLyNhere- said...

good idea! hehe :)

sweethOneY said...

hehe saya pakai in2it jugaaaa yg liquid best sangat kannnnnn mmg pakai hingga ke titisan terakhir. hahaha

-eLyNhere- said...

ye sgt best. senang cuci dan tak sepah2. hehe