Tuesday, April 21, 2015

Birthday Celebration With My 'Kawan Bergaduh' !




Assalamualaikum!


Sempena bulan April ni, mood ada baik la nak update blog. Kenapa? Ada apa dengan bulan April? 
Bulan April ni bulan birthday kittew laa.. Hikhik~


Seperti biasa, celebration dengan family adalah pergi makan besar dan sebiji kek. Tapi disebabkan tahun ni saya dah dapat 2 slice kek dari Chef tersayang (amboi), maka saya taknak kek dah. Bajet diet la konon haha. Jadi kami sekeluarga pergi makan tomyam yang sedap kat Bandar Permaisuri. Oh ye lupa pulak, adik dan adik ipar saya datang bawak 4 slice kek secret recipe. Jadi kami makan la syer2 sorang sikit. Dah la duduk meja panjang untuk 10 orang tu kan, kek tu pun dari hujung ke hujung perginya. Hehe. Birthday girl happy! Syukur Alhamdulillah.


Lepas dah celebrate dengan family, kita tuntut hadiah dari ehem ehem pulak. Sebulan sebelum birthday dia dah kecoh2 dah itu ini. Nasib baik dapat jugak. Kalau tak dapat, AWAS! :P
Gambar bajet artis nak blur2. Hikhik. Eh sukahati aku la gambar aku. Blog ni public kot ntah sesape je boleh tengok dan baca kan.... takmo takmo. Don't worry bukan laki sesape tu, single lagi (tetibe :P)



Kami keluar makan dan saya pilih sendiri nak handbag apa brand apa. Pergh heaven! Tapi saya ni jenis takuttttt nak beli benda mahal2 even orang lain yang bayar. RM200 tu pun macam dah mahal sangat. Ehem ehem suruh beli handbag harga RM300 ko! Takpela takpela. Susah nak jaga nanti mahal sangat. Dah la sidebab ni boleh tahan ganasnye. Beli murah2 boleh buang tanpa rasa bersalah bila dah rosak nanti kan. Hehe.


Oh untuk makan, saya pilih restoran Korea. Saje tukar taste. Asik makan western dan melayu je. Saya tekak western, dia tekak melayu asik nak nasik nasik nasik dengan ikan goreng -.-


Tapi saya lupa pow askrem Baskin Robin. Hurmmmm.. Takpe next time la.


Lepas dah celebrate birthday saya, si dia pergi Pulau Tioman tinggalkan birthday girl kesepian. Sobs.
Nah gambar mana tahu ada yang teringin nak pergi ke kan.







Ok dah tu je. Nanti rajin saya update la lagi ye. Kesian tengok entry beberapa kerat je dalam setahun.


4 comments:

Unknown said...

Salam.. Hi sy search psl tabita then jumpa blog u... Nk tanya u still pakai tabita ke?? I baru nk try ni, tgh stress lg berapa bln nk kawin muka naik jerawat teruk plak.. Ni 1st time muka i naik jerawat teruk.. B4 ni every month time period naik 4-5 jerawat je.. Kadang2 tu naik jugak la jerawat batu tp tak lah teruk smpai mcm nii.. Dah nk sebulan da nii.. Tp still xok2 lg.. Risau jugak lg bapa hari ni nk period lg takut lg mencanak2 jerawat2 naik nnti... Maybe sbb stress sgt pikir psl hal kawin kot.. So i stress sgt skng..���� Hope u boleh bg pendapat...��

-eLyNhere- said...

Salam Alia,

dah lama stop tabita dah. taktau la tabita boleh kurangkan jerawat ke tak tapi kulit memang cantik tak payah mekap sungguh2 dah. yakin je keluar rumah tanpa mekap hehe.

awk tu mungkin sebab stress la. lagi dekat nk kawin lagi stress kan. or ada ambik apa2 jamu or supplement tradisional tak? kalau ada better stop dulu sbb mengikut pengalaman sendiri, saya tak boleh langsung mkn apa2 jamu atau ubat yg herba2 ni. kompem jerawat naik berbakul2 penuh muka.dah la parut dia berbulan jgk baru hilang.

ada satu petua ni, ramai dah cuba. campurkan serbuk kayu manis dengan sedikit serbuk kunyit dan air, tepek kat muka. parut2 akan cepat pudar inshaAllah. cubalah.tapi mmg pedih yg teramat.

pastu kene banyak minum air kosong.

cuba la pakai tabita. tak cuba taktau kan. tapi pastikan beli yg original tau. skrg banyak tiruan dah.

hapPY zuRa~~ said...

Hi Elyn!!~~ Lama nya x baca blog awak.. Blog daku pun lama sungguh x update.. Hihi.. Yeay!! Elyn dah ada boyfriend!!~~ Excited je baca taw.. Hehe.. BTW, semoga berbahagia sehingga ke syurga.. Jgn tunggu lama2.. Take care Elyn!!~~ ;)

-eLyNhere- said...

Hi Zura! Ye la lamanyaaaa tak dengar berita hehe.
Bf Elyn pun dah bersilih ganti dah :P
InsyaAllah ada jodoh nanti kawin la, Amin!
Take care jugak Zura :)