Thursday, June 27, 2013

Trip To Phuket, Thailand



Hi korang..! 


Al kisahnya, saya ke Phuket 2 minggu lepas dengan kawan-kawan 9 orang semuanya. Plan ni dah lama, tahun lepas lagi kot? Macam2 aktiviti kami plan. Kira bukan bercuti sesaja la ni, jadual dah packed dah bila sampai sana. 


Kami duduk di Kool Backpacker Hostel. Nampak macam menarik sebab tempat ni baru, lepas tu dia terletak kat tengah2 town la jugak. Lepas dah survey lebih kurang, semua setuju sebab nampak memang menarik tempat ni.


Sampai je untuk check-in, semua orang happy. Tempatnya cantik, katil cantik, dan yang paling pentinggggg bilik air dia sangat cantik dan selesa! Huhu. Selalunya toilet kat sana takda paip / hand bidet kan? Orang melayu biasa guna paip. Kat sini semua toilet ada paip okeh. Memang seronok menjalankan aktivit kecil dan besar (haha).




Si debab di hadapan pintu entrance. Tempat ni terletak di tingkat atas Ocean Plaza Patong kat Bangla Road. Memang tengah malam sangatttttt happening dan bising tapi still boleh tidur lagi sebab diorang guna pintu kalis bunyi. Hehe. Belasah je sebenarnya. Sebab bila tutup pintu sliding tu, tak dengar apa dah kat luar =)





Ni katil kami. Dinding tu sebenarnya warna kuning cair. Bila dah kena macam2 cahaya, nampak putih pulak. Katil dan bantal dia selesa. Setiap hari diorang tukar sheet dan service bilik. Tiptop. I loike.


So hari pertama takda ke mana. Just jalan survey2 tempat makan aje. Kat sana susah nak cari tempat Halal. Kena jalan jauh sikit la untuk dapat tempat halal. Boleh tahan letih jugak berjalan kaki saje ke sana sini. Sampai hotel baju dan tudung saya semua dah lencun. Basah dek peluh. Terus mandi dan bersiap untuk early dinner sebab malam tu kami ada book untuk Simon Cabaret =)




Show ni sangat menghiburkan. Walaupun agak seksi meksi, dan diorang ni semua ladyboy. Untuk gambar2 lanjut, sila gugel sendiri. Hikhik.



Hari kedua kami bersiap seawal jam 8 pagi sebab kononnya nak pergi water rafting kat Phang Nga. Sekali hujan lebat dan kami patah balik ke Patong. Kami ambik pakej ke James Bond Island. 



Mula2 memang tak plan nak ke James Bond, tapi dari takda aktiviti, duk ternganga je baik kita cuba je kan.
So kami naik cruise yang sangat besar dan perlahan dengan ombak yang lite2 mengganas.




Ini lunch kami. Makan dengan bersungguh masing2 sebab sedappp dan kami pun kelaparan sebenarnya. Huhu. Ni la 1st time pengalaman saya naik cruise yang tak berapa besar tapi besar la jugak. Dan akibat dari laut bergelora, saya pening dan termabuk lantas terrrrrmuntah lite2. Hikhik. Memalukan betul. :P




Antara aktiviti kami, berkayak! Seronok sangat lalu kat bawah gua, tengok pemandangan yang bukan senang nak dapat. Berbaloi2 jugak la. 




Mereka dah tunggu penumpang turun dari boat. 3 orang per boat maximum. 




Si debab yang baru lepas muntah tapi masih mampu tersenyum. Dan antara laluan yang kami lalu, ada di bawah. Sila maklum, gambar yang takda watermark saya, semua ambil dari google. Takkan nak bercerita takda gambar, nanti korang tak dapat imagine. Huhu.











Agak jauh jugak la kami berkayak. Dan budak yang bawak kami tu pun sporting. Siap tolong ambikkan gambar. Kami group yang paling last naik ke boat. Padahal group terawal turun. Hehe. Takpe, tak lambat pun cuma paling akhir aje =)


Dan last but not least, kami ke James Bond Island yang hebat diperkatakan. Saya pun taktau sangat al kisahnya, tapi kalau tak silap pada tahun 1974 di sini la penggambaran cerita James Bond dilakukan. Kalau silap, mintak mahap ye. Tolong google untuk info sebenar. Hiks.




Ni aje la hiburannya pun. Macam tunggul di tengah laut gitu.


Lepas tu kami pun bertolak balik ke jeti. Tapi bukanlah dekat punya cerita. Sampai ke malam jugak sampainya. Tapi sebelum balik, kami dihiburkan dengan show tarian dari pekerja cruise tu sendiri, dress up macam perempuan dan tarik semua orang untuk menari dengan dia. Si debab ni 2 kali kena tarik =____='


Pendek kata, pengalaman yang menyeronokkan. Dengan bayaran RM110 seorang. Boleh la kan. Bukan senang2 nak pergi Phuket lagi =)




Balik je dari jeti, kami mandi dan bersiap untuk dinner. Lepas dinner masing2 pergi foot massage. RM25 untuk sejam. Best sangat! Lepas tu, balik tidur la apa lagi =)



Hari ketiga, semua bangun jam 7 pagi dan bersiap untuk aktiviti seterusnya. Kami ada ambik pakej white water rafting, flying fox, atv, naik gajah dan berjalan di air terjun. Semua sekali RM160. 





Memang menyeronokkan. Ni pengalaman pertama saya ber water rafting. Gelak je sepanjang perjalanan.  Memang ada orang ambik gambar kat tengah2 jambatan ni. Tengah bergelut dengan air deras masing2 sempat lagi pandang camera dan senyum. Hehe. Oh ye, time ni tengah hujan ye. Memang seharian kami beraktiviti dalam hujan.


Macam biasa la, aktiviti lain takda gambar. Gambar saya naik gajah memang tak kelakar nak upload kat sini. Nanti orang ingat anak beranak T__T


Dan petangnya sampai kat hostel, semua rehat dalam sejam dua dan terus keluar untuk makan dan beli souvenir. Maklumla malam terakhir kat Phuket. Esok dah nak balik. Kami makan di tempat biasa, kedai makan Kesuma. Memang mahal lain macam la. Semua air dia charge RM4. Gulp. Nasi goreng RM5 dan tomyam yang paling mahal, RM15. Oh ye kueteow pataya pun RM15 sebab berbungkus dengan telur.  Jadinya kita makan nasi goreng je la ye anak2.


Tapi malam terkahir kami dilayan special. Nampak tak orkid bagai. Gelas pun lain. Siap ada air basuh tangan okeh. Dah 2 malam makan, biasa je layanannya. Dengan gelas pinggan sumbing. Standard la kan. Huhu.





Tapi tak boleh di nafikan la masakan diorang memang sedap. Walaupun bayar mahal sikit, perut senang hati la jugak. Oh ye, tiap kali kita datang dia akan serve sambal belacan yang ohsem dengan timun, dan buah tembikai sebagai pencuci mulut. Maybe sebab tu la harga mahal sikit. 


Lepas dah habis makan, kami pusing Bangla Road yang hingar bingar tu untuk cari souvenir dan t shirt. Saya ada beli t shirt untuk family dan beberapa souvenir untuk kenalan rapat. Tak sempat pun nak beli banyak2. Badan dan penat.


Oh ye, dan kami jugak repeat ke SPA. Urut badan sejam RM25 aje untuk oil massage dan RM30 untuk Thai massgae. Dan kami ambik Thai massage sejam, Oil massage sejam. Total RM55. Murah kan? Sedap pulak tu diorang urut. Memang puas hati. Mana nak dapat macam ni kat Malaysia. Tak dapek do..



Dah hari keempat, kami ke Phi Phi Island. Walaupun pagi tu hujan lebat siap guruh kilat semua, masing2 gigih nak jugak pergi. Walaupun hati saya tak sedap, terpaksa jugak ikut. Sebab kami kan 1 group, takkan la nak buat hal pulak tetiba taknak join.


Sudahnya laut memang teruk bergelora. Saya muntah kow2 punya sebab pening tak boleh tahan. Boat sampai nak terbalik. Masing2 memang ketakutan dalam boat. Semua orang pakai life jacket, saya je tak pakai. Haha. Sebab dah habis okeh!  Lagipun saya tak takut sangat sebab saya boleh terapung. Dalam hati dah terdetik, ni kalau jadi apa2 memang aku kena terapung je la tunggu orang selamatkan. Tapi dalam cuaca hujan lebat laut bergelora ni siapa je nak datang selamatkan?? Memang ngeri ok! Boat patah balik ke jeti dan kami semua selamat sampai. Syukur alhamdulillah. Dah RM110 melayang macam tu je. Apa yang ko dapat? Ko dapat merasa ketakutan orang lemas tengah laut bergelora dan juga pra tsunami? Eiii takut!


Ok tu je kot nak share. Mintak maaf kalau tak pandai sangat cerita. Hikhik. Harap korang faham dan tak pening ye. Babai!






Tuesday, June 4, 2013

Trip to Cameron Highlands




So, minggu lepas saya pergi ke Cameron. Ewah permulaan ayat dah berbaur kekwat. Lempang kekgi! Baiklah, saya ikut family kawan jenjalan di Cameron sempena cuti sekolah. Tajaan penuh, haruslah kan? Walaupun dah tahu mesti ramai orang. Walaupun orang bebel2 kat telinga bagitahu cuti sekolah mesti jalan jem. Eh suka hati la, yang nak redah jem awak ke saya? Kalau awak nasihat macam tu saya akan batalkan ke program ni? Tak kan? Jadi sila diam diam duduk rumah. 


....Perenggan pertama dah marah2.. =____= '


So kami berlima naik 1 kereta. (mesti kene ada so ke kat setiap ayat? T__T). Kami ikut Simpang Pulai sebab Tapah dijangka jem tak hengat. Kat Simpang Pulai takda la jem mana.. ada jugak sangkut sikit2.. tapi still dalam kawalan emosi lagi.. Siap boleh main lambai2, main kejar2 dengan abam polis kat highway.. Mentang2 semua anak dara dalam kereta tu.. T___T


Kami bertolak jam 4 petang dan sampai lebih kurang 9 atau 10 malam. Yang jemnya kat Cameron tu sendiri. Tak bergerak siap boleh keluar kereta lari setempat lagik. Sampai homestay terus makan dan tido je. Hmmm tak tido sangat la sebenarnya sempat karok dalam sejam dua, kul 2 pagi baru tido. Huhu.


Esoknya pagi2 lepas subuh kami bertolak ke Ladang Teh Boh. Sempat la berpeluh2 bagai nak rak. Dah macam naik bukit Broga dah rasanya. Mujur tak pakai high heels.. Haha. Not bad pemandangan kat atas tu sangat cantik. Macam biasa, takda gambar sebab saya dah sempuit sampai atas tu. Haha.


Lepas tu kami singgah bee farm dan orkid park je. Takde beli apa2. Nak balik ke homestay je dah makan masa 2 jam sebeb jem melampau tak bergerak. Sampai homestay kami lunch dan petang sikit keluar pergi jenjalan kat pasar malam. Dan sempat main hujan bagai la. Haruslah bila dah balik rumah malam tu penat jadinya. Dengan tak cukup tido. Diorang lepak starbucks pun saya tak ikut. Duduk dalam bilik sorang2 buat2 berani. Huhu. Mujur takde apa2 jadik tawww.... Dan lepas diorang balik, saya pun tido dengan tenang sampai subuh esoknya. 






Sementara tunggu semua orang ready to check out, saya sempat round2 kat sekitar homestay, dan terjumpa ini! Bunga ni sebijik macam yang Casa Impian jual. Sangaaaaaat teruja sebab jumpa yang real punya! Hehe. Comelll je rasa nak petik!


Lepas semua dah ready, kami turun breakfast kat Tanah Rata. Dan kemudian mulakan perjalan balik ke Kuala Lumpur.




Masa nak turun tu nampak kebun bunga yang besar, kami pun singgah beli bunga dan sayur untuk family. Saya beli bunga ni sepasu RM7 sahaja. 




Suka sangat.. Merimbun bunga dia sampai sekarang segar lagi.. Hehe.





Lepas tu kami singgah di Lata Iskandar. Jalan2 tinjau kedai tepi jalan tu ternampak pulak biji teratai ni. Saya beli la. 1 bundle RM2. Seumur hidup tak pernah tengok apatah lagi makan biji teratai ni. Apa lah salahnya cuba beli kan.. Huhu. Rasa dia lemak sedap jugak. =)





Dan ini strawberry yang sempat saya beli last minit 2 kotak. Tu bukan kotak dia, tu kotak saya bawak dari rumah sebab tapau ke rumah sewa sikit. Hehe. Saya cairkan coklat coin dan feeling2 makan sorang. Mmmm dap! Memang nikmat! 


Takde beli apa sangat pun. Oh ye saya ada belikan baju strawberry untuk anak buah. Tapi lupa nak snap gambar nya... Comel jugak baju tu kalau ada yang besar teringin jugak sebenarnya.. Haha.





Ok sebagai penutup saya sajikan gambar sidebab dengan si debab junior. Budak tu anak buah kawan saya. Umur dia 6 bulan kot? Muka masam sebab baru bangun tido memang takde mood lagi, blom warm up. Tapi ada orang tak menyempat nak jugak amik gambar. Hehe.


Ok itu saje nak share. Pendek kata, janganlah pergi Cameron di kala cuti sekolah jika ada pilihan. Jika takda pilihan, pergi je la nak buat macam mana... Hikhik.


K tata korang!