Friday, February 22, 2013

Lost 7 kgs in 5 Weeks! Ask Me How :P



Seperti biasa, tajuk mesti la melampau kan. Hikhik. Sempena hari Jumaat yang mulia ni, saya nak share la dengan kawan-kawan yang sudi baca blog saya yang merepek ni macam mana saya boleh turun 7 kg dalam masa 5 minggu.


Sebagaimana yang anda dah sedia maklum, tahun ni saya berazam untuk lengkapkan azam tahun lepas yang tergendala. Iaitu, kurangkan berat secara serius! Banyak main dulu ni. Makan nak sedap je. Workout malas. Biasa nih! Hiks.


Bermula pada awal January, saya dah jaga makan. Tak ambik carbo dan gula. Makan protein dan sayur je. Air manis sila jangan berangan nak datang dekat. Buah pun kenot. Dalam buah ada gula tau. Kenapa tak boleh ambik carbo dan gula? Sebab... untuk menghasilkan tenaga, badan kita memerlukan carbo dan gula. Kalau kita tak masukkan carbo dan gula dalam badan, badan akan tukarkan lemak dalam badan kepada tenaga. Kalau makan carbo dan gula banyak2, memang boleh tukar kepada tenaga, tapi yang lebihnya akan disimpan jadi lemak. Lemak sedia ada + lagi lemak baru. OMG! Err faham tak? Saya pun terconfuse dengan ayat sendiri. Haha failed!


Baiklah. Selain jaga makan, saya juga selalu pergi gym. Taktau dari mana datang semangat membara ni. Kenapa baru sekarang nak datang?? Mana awak sepuluh tahun yang lepas?? Wah terdrama pulaks. Pergi gym bukan buat apa sangat pun. Dalam masa sejam je. 20-30 minit cardio, lagi 20-30 minit weight. Eh betul ke istilah tu? Isk. Meh saya gugelkan gambar kejap.




Ni namanya Elliptical Machine kalau tak silap. Kalau silap tolong betulkan saya ye. Benda pertama saya buat masuk gym adalah benda alah ni. Dia macam kita tengah hiking la. Ada macam2 stage bukit, ikut kemampuan kita. Saya buat ni dalam 20 minit.





Lepas tu saya angkat kaki dan tangan pulak. Taktau la apa nama machine ni. Semua saya buat 3 set. Kalau ramai lelaki, saya buat ala kadar je. Segan woi. Kalau takda lelaki baru la saya ambik my own sweet time layan mesin mesin ni semua. Hehe.




Dan last sekali angkat dumbbell pulak. Memula saya angkat 1kg. Sekarang ni 2kg dah. Buat 3 set jugak. Dulu memalu kucing kalau ada lelaki. Laaa nii, ada lelaki ke takda ke selamba pegi ambik dumbbell pastu masuk dalam bilik sebelah layan depan cermin sengsorang. Hikhik. 


Oh ye, saya pergi gym yang kat dalam apartment rumah sewa saya. Harusla free kan. Orang pun tak ramai mana. Dan equipment pun tak banyak mana. Boleh la setakat si debab ni nak berpeluh sesikit. Dulu nak turun sengsorang memang tak la. Malu la, segan la, semua ada. Mesti nak berteman. Sekarang ni sengsorang pun jadi. Dikelilingi lelaki pun takda hal la. Selamba je buat macam diorang tak wujud. Lagipun kita tau semua tu resident kat situ jugak, so diorang takda la scary mana. (hopefully) *gulp* :P


Dan setelah 5 minggu, hasilnya saya turun 7 kilo. Yang nampak perbezaan.. kat muka, bambam dan tangan. Tang lain saya taktau la, mungkin ada kot sikit-sikit. Mungkin tangan kecik sebab angkat dumbbell. Mungkin bambam kecik sebab mesin elliptical tu. Ntah la. Yang penting, saya sangat seronok tengok perubahan badan sekarang! 


Sebagai penutup, nah muka happy saya.




Macam biasala, harus gambar setengah. Paranoid tetap sama, tak berubah. Ada orang gila sibuk nak baca blog jugak. Biarla dia baca. Janji dia tak payah tengok muka saya penuh2. Sesikit je sudah. Haha. Tak baik la hari Jumaat cakap gila! Ish ish ish.


Ok dah, tu je. Kalau ada tersalah apa-apa mintak maaf la ye. Saya ni beginner yang sangat naif. Ni pun orang ajarkan sikit2. Nak ambik coach berbayar tak mampu. Lepas ni boleh cuba kenyit mata kat abang2 dalam gym tu dengan harapan diorang boleh ajarkan saya banyak benda lagi. Haha.


Okla, bye uols. Happy weekend. Remember, complaining wont burn calories! Wahhhh :P


No comments: