Friday, February 22, 2013

Lost 7 kgs in 5 Weeks! Ask Me How :P



Seperti biasa, tajuk mesti la melampau kan. Hikhik. Sempena hari Jumaat yang mulia ni, saya nak share la dengan kawan-kawan yang sudi baca blog saya yang merepek ni macam mana saya boleh turun 7 kg dalam masa 5 minggu.


Sebagaimana yang anda dah sedia maklum, tahun ni saya berazam untuk lengkapkan azam tahun lepas yang tergendala. Iaitu, kurangkan berat secara serius! Banyak main dulu ni. Makan nak sedap je. Workout malas. Biasa nih! Hiks.


Bermula pada awal January, saya dah jaga makan. Tak ambik carbo dan gula. Makan protein dan sayur je. Air manis sila jangan berangan nak datang dekat. Buah pun kenot. Dalam buah ada gula tau. Kenapa tak boleh ambik carbo dan gula? Sebab... untuk menghasilkan tenaga, badan kita memerlukan carbo dan gula. Kalau kita tak masukkan carbo dan gula dalam badan, badan akan tukarkan lemak dalam badan kepada tenaga. Kalau makan carbo dan gula banyak2, memang boleh tukar kepada tenaga, tapi yang lebihnya akan disimpan jadi lemak. Lemak sedia ada + lagi lemak baru. OMG! Err faham tak? Saya pun terconfuse dengan ayat sendiri. Haha failed!


Baiklah. Selain jaga makan, saya juga selalu pergi gym. Taktau dari mana datang semangat membara ni. Kenapa baru sekarang nak datang?? Mana awak sepuluh tahun yang lepas?? Wah terdrama pulaks. Pergi gym bukan buat apa sangat pun. Dalam masa sejam je. 20-30 minit cardio, lagi 20-30 minit weight. Eh betul ke istilah tu? Isk. Meh saya gugelkan gambar kejap.




Ni namanya Elliptical Machine kalau tak silap. Kalau silap tolong betulkan saya ye. Benda pertama saya buat masuk gym adalah benda alah ni. Dia macam kita tengah hiking la. Ada macam2 stage bukit, ikut kemampuan kita. Saya buat ni dalam 20 minit.





Lepas tu saya angkat kaki dan tangan pulak. Taktau la apa nama machine ni. Semua saya buat 3 set. Kalau ramai lelaki, saya buat ala kadar je. Segan woi. Kalau takda lelaki baru la saya ambik my own sweet time layan mesin mesin ni semua. Hehe.




Dan last sekali angkat dumbbell pulak. Memula saya angkat 1kg. Sekarang ni 2kg dah. Buat 3 set jugak. Dulu memalu kucing kalau ada lelaki. Laaa nii, ada lelaki ke takda ke selamba pegi ambik dumbbell pastu masuk dalam bilik sebelah layan depan cermin sengsorang. Hikhik. 


Oh ye, saya pergi gym yang kat dalam apartment rumah sewa saya. Harusla free kan. Orang pun tak ramai mana. Dan equipment pun tak banyak mana. Boleh la setakat si debab ni nak berpeluh sesikit. Dulu nak turun sengsorang memang tak la. Malu la, segan la, semua ada. Mesti nak berteman. Sekarang ni sengsorang pun jadi. Dikelilingi lelaki pun takda hal la. Selamba je buat macam diorang tak wujud. Lagipun kita tau semua tu resident kat situ jugak, so diorang takda la scary mana. (hopefully) *gulp* :P


Dan setelah 5 minggu, hasilnya saya turun 7 kilo. Yang nampak perbezaan.. kat muka, bambam dan tangan. Tang lain saya taktau la, mungkin ada kot sikit-sikit. Mungkin tangan kecik sebab angkat dumbbell. Mungkin bambam kecik sebab mesin elliptical tu. Ntah la. Yang penting, saya sangat seronok tengok perubahan badan sekarang! 


Sebagai penutup, nah muka happy saya.




Macam biasala, harus gambar setengah. Paranoid tetap sama, tak berubah. Ada orang gila sibuk nak baca blog jugak. Biarla dia baca. Janji dia tak payah tengok muka saya penuh2. Sesikit je sudah. Haha. Tak baik la hari Jumaat cakap gila! Ish ish ish.


Ok dah, tu je. Kalau ada tersalah apa-apa mintak maaf la ye. Saya ni beginner yang sangat naif. Ni pun orang ajarkan sikit2. Nak ambik coach berbayar tak mampu. Lepas ni boleh cuba kenyit mata kat abang2 dalam gym tu dengan harapan diorang boleh ajarkan saya banyak benda lagi. Haha.


Okla, bye uols. Happy weekend. Remember, complaining wont burn calories! Wahhhh :P


Thursday, February 14, 2013

New Office! =)


Official nya kami telah pindah masuk ke ofis baru pada February 2013! Unofficially masuk pertengahan January lagi. Tapi sebab tak kemas dan berterabur jugak la semua benda, so kita tak kira eh. Kira bulan ni je terus. Hehe.


Perasaan? Seronok kot? Sebab ofis lama dulu kawasan dia sunyi. Saya jarang dapat jumpa orang. Paling tidak pun jumpa kucing atau burung je lalu depan ofis. Walaupun sebenarnya ofis lama selang beberapa lot je dari ofis baru. Hehe. Kat sini meriah sebab memang kawasan yang sibuk. Sebelah pulak ada 7E. Pastu sebelahnya lagi ada kedai makan. Memang la orang tumpu kat sini je. Kalau bosan-bosan boleh duduk kat depan pintu tengok orang lalu lalang. Tapi kalau kena piat telinga dengan bos jangan nak sentap la kan. Hakhakhak.


Ok meh saya share sikit rupabentuk ala kadar ofis baru kami yang kecik dan molek ni.




Ni kat entrance. Masuk je nampak sofa bed belah kiri. Depan mata ada painting sawah padi nan kuning terbentang luas. So cozy. Oh painting kereta tu belum gantung sebab belum berkesempatan. Hehe.




Ni laluan ke bilik bos, workstation dan toilet dan pantry dan surau dan stor la lebih kurang. 




Kat depan kami ada letak sebahagian dari barangan Casa Impian untuk orang tengok dari luar. Lepas dah tengok boleh tekan loceng dan berkenalan dengan si comel. Lepas tu tak reti-reti? Beli la barang seketul dua yang diperagakan di situ. Boleh dapat 30% diskaun tau. Banyak tuuuuu.. 


Begitulah sedikit sebanyak gambaran ofis baru saya. Ofis lama? Jangan mintak gambar. Tengah besepah-sepah banyak benda belum kemas lagi. Muahahahaha. Ok sebenarnya tengah kemas la jugak slow-slow sebab buyer baru nak tengok hujung bulan ni. 


Pendek kata, saya suka la ofis baru ni. Sebab saya selalu duk sorang-sorang kan, so ofis kecik sangatlah sesuai. Tempat pun tak sunyi. Bosan-bosan boleh keluar beli cekelat kat 7e. Lepastu cukup bulan badan naik, bising kat blog lagi. Kannnn... ish ish ish.


Ok tu aje untuk hari ni. Selamat bermalam Jumaat semua! Baca Yasin tau malam ni! Daa~

Friday, February 8, 2013

Pemanggang Ajaib



Selamat hari Jumaat semua. Tetiba je dah Jumaat kan. Rasa cam baru je Isnin. Mungkin minggu yang sangat bz kot. 


Korang mesti pernah dengar Pemanggang Ajaib kan? Memula saya taktau apa benda la tu. Ada jugak orang sebut2 tapi malas nak ambik port pun. Sebab yela, apahal nak ajaib ajaib? Boleh tukar air jadi ayam ke apa sampai nak ajaib kan? Haha. Sejak saya berdiet, nak kena makan makanan sihat selalu. Grill ke rebus ke bakar ke. Takmo goreng2 sangat. Jadinya, mak saya pun beli la pemanggang ajaib untuk memudahkan aktiviti memasak untuk si pendiet. Hikhik.


Bila dah guna, baru la saya tahu maksud ajaib tu. Memang ajaib la. Boleh guna untuk macam-macam jenis masakan. Nak goreng? boleh. Nak bakar tanpa minyak? boleh. Nak stim? boleh. Nak bakar cake pun boleh. Haaaaa ajaib bukan? Mari kita lihat eksperiment kami masa baru-baru dapat pemanggang ajaib tu.




Ni kami masak pizza. 20 minit je dah masak. Api kecikkkkk je. Roti elok masak. Tiptop. 





Ni repeat pizza lagi with different topping. Sos putih pulak. Atas tu cheese ye. Kalau adik saya yang buat haruslah meriah cheesenya. Nasib la siapa yang diet tu. Makan sikit je dah la ye. Pun 25 minit masak dengan api yang sangat kecik. Kalau besar nanti roti tu hangus kat belah bawah.





Ni percubaan saya. Perap ayam ala satay style. Pastu letak je dalam tu dengan burger skali. Tanpa minyak ye. Pastu tutup. Api kecik jugak sebab kita boleh dengar dia terus berdesir lepas letak ayam, means sangatlah panas kuali tu. Dalam masa 15 minit, ayam masak. Rupa pun menarik macam bakar atas grill. Sangat lembut dan moist, tak kering. Sukaaaaaa. Hikhik.


Ok tu aje nak share kali ni. Siapa yang berminat tu boleh la beli. Jangan tanya saya kat mana nak beli tau, sebab ni pun mak saya yang beli. Harga mungkin dalam RM180 kot? Tak sure, sorry :P


Kita nak cuti lama kan. Korang semua jangan joli sangat okeh. Berhati-hati memandu tau. Happy holiday! Tata!


Wednesday, February 6, 2013

Gegirl Eksiden!



Kesiannya gegirl saya kena langgar semalam. Macam tak percaya pulak padahal jadi depan ofis je. Bukan nak ke mana pun sangat. Ralat sungguh rasa. 




Ni la rupa gegirl saya. Nampak macam tak teruk tapi secara live punya la teruk. Sadis sungguh. Bonet sampai lari alignment terus. Front rear pun tercabuit. No plat patah. Lampu depan pecah. Gegirl saya tak pernah eksiden. Dahla bukan salah sendiri pulak tu :'( 



Refer pada gambarajah yang saya lukis di atas ni. Saya tengah nak u-turn kat jalan besar depan ofis. Tu jalan sehala tau. Masa nak u-turn, memang tak pandang la belah sana ada kereta ke tak kan? Sebab dah sah-sah tu jalan sehala kot. Laju je la saya pulas stereng. Tetiba, BAM!! Bertembung dengan saga purple. Terkejut betul la rasa.  Turun kereta terus speechless. Macam taktau nak buat apa. Termenung je tengok kereta sendiri. Terkejut la lambat otak nak digest macam mana boleh berlanggar dekat jalan sehala!



Kereta tu memang salah masuk lorong. Dia memang laju sebab nak u-turn jugak laju-laju bila sedar dia dah salah jalan. Tapi saya tak nampak dia kot. Terus tercium. Nasib la ofis dekat je. Balik ofis terus mengadu dekat bos. Terharu sangat bos tolong setelkan sampai habis. Solutionnya, hantar workshop belakang ofis untuk repair, dan orang tu dah bayar RM800 dulu. Kalau bill lebih dia akan tambah later. Dan sekarang ni saya patah kaki takda kereta. Ok tipu. Bos bagi pakai kereta company sementara gegirl siap. Terharu! =)



Sampai sekarang ni saya takda perasaan sangat la. Taktau nak rasa apa. Kosong je. Sedih tu ada la tapi macam blur lagi. Haih. Mungkin terkejut semalam tak abis lagi kot? Dan hari ni macam rasa nak demam je. Haha. Lemah semangat ke elyn? Memalukan tau.



Harap-harap gegirl sihat lebih dari sediakala hendaknya. Kawan-kawan semua hati-hati drive ye. Kadang bukan salah kita, orang lain buat salah kita pun terlibat. So, be extra carefull okeh? Okla nak pergi lunch. Tata!

Monday, February 4, 2013

Aktiviti Weekend Lepas



Al kisahnya, saya dah beli kupon dari livingsocial untuk karaoke 3 orang dengan kengkawan. RM 9 seorang untuk 3 jam. Ok la kot kan? Jadinya kami pergi redeem la hari Sabtu hari tu.



Tempat tu di Mines. Okla not bad jugak biliknya besar. Pastu dapat air 1 jug dan jajan. Lagu pun menarik yang baru-baru pun ada, takda mengecewakan.





Bagi saya yang jarang pergi karok ni, saya puas hati la dengan tempat ni. Berbaloi dengan harga. Puas melalak 3 jam okeh. Ntah apa-apa lagu semua keluar. Hujung2 dah takda suara, kami tengok videoclip je sambil juget-juget. Hikhik.


Lepas dah puas karok, kami pergi makan dan merayau cari barang memasing. Oh kami jugak sempat tengok wayang cite Juvana. Ok la cite tu, tapi membuatkan saya benci dengan shahnaz bf shila amzah tu. Haha. Sangat jahat dan menyampah tengok dia. Terus rasa dia kat luar pun macam tu. Boleh? Ampun shila amzah! :P 


Kuar dari 12 tengah hari, kul 10 malam baru sampai rumah. Hebat. Sampai mama dah jeling-jeling tak puas hati je. Keluar lama-lama buat apa? Tak penat ke? katanya.. Hahaha.


Sebenarnya badan saya sakit-sakit sebab Jumaat petang saya pergi gym. Segala equipment saya buat. Sakit-sakit 1 badan dibuatnya. Tapi magik sungguh bila kat luar tak terasa pulak sakitnya eh? Hehe. Dan hari Ahad tu memang sedap la menganggung sakit. Duduk rumah tak buat apa memang terasa la segala sakit kat badan ni kan. Padan muka. Tapi takpe, rasa sakit ni membuatkan saya lebih semangat nak pergi gym! Syabas betey! Oh ye, jangan taktau.. saya dah turun 5 kg okeh! Ho yeah ho yeah~


Dan sebagai hadiah untuk diri sendiri, saya order kek ni dari kawan saya.




Russian Chocolate Cake nama diberi. Sedap. Rasa kopi, coklat dan cheese. Tapi saya makan 1 slice je, selebihnya tinggal kat Ampang. Hilangkan rasa teringin je udahla, bukan nak bagi kenyang makan kek ye tak? Hiks.


Ok tu je nak bebel hari ni. Hingga bertemu lagi di lain entry ye? Ewah. Saya banyak nak cite sebenarnya tapi membizi macam sotong tak cukup tangan ni, tak sempat la nak update :(


Apa pun, take care ye semua! =)