Tuesday, June 21, 2016

Berbuka Bersama Chapter 1


Chapter 2 datang dulu sebelum Chapter 1, camne tu? Hikhik.

Alkisahnya, ada orang sambut birthday dalam bulan puasa. So, kita nak bagi special la konon walau tak special mana. Balik kerja terus jumpa dia. Tapau kek siap2 dulu. Dah la taktahu dia suka kek ape, belasah aje la beli kek chocolate.

Dengan hujan lebatnya, jalan jemnya, sudahnya kami bertemu dekat nak berbuka sangat. Pastu masing2 bijak tak sediakan makanan awal2 in case of emergency. Tu pun nasib baik abang tol bagi air kotak masa saya topup touch n go jap tadi. Hikhik.

Lepas baca doa lebih kurang, bukak air kotak, memasing minum sesedut dua je. 

Pastu saya suruh dia pejam mata. Saya keluarkan cake, cucuk lilin dan nyalakan lilin. Jangan taktau, dah siap bawak mancis sekotak hokey. Ahaha!

Dia bukak mata je tersengih2 malu. Hahaha. Awak jangan malu, sebab saya pun malu ni. Tak pernah buat kot!!


Lepas tu kami menuju ke kedai satay kegemaran.

Unfortunately, satay tutup. As expected. Sebab kedai satay kecik je pun. Saya dah cakap dah mesti pakcik makcik tu tak berniaga. Pergi teraweh lagi baik. Tapi beliau ni degils, saya ikutkan je la. Sudahnya makan makanan biasa je la. Tu yang dedua craving satay tu, sampai ke tanjung karang perginya lepas tu. Huhu.


Lepas dah makan, dia cakap nak beli bulb lampu. Dia call housemate, tanya pasal bulb. Tetiba housemate dia cakap tengah teman Khai Bahar beli somting. Saya dengar Khai Bahar terus teruja.
Dia tanya la, nak jumpa Khai Bahar ke?
NAKKK LA WEH! APA JENIS SOALAN NI??
Hahahaha. Si debab ni dok repeat video Khai Bahar on daily basis kot. Lagi mau tanya mau jumpe ke tak? Duhhh~


Pastu, sampai di lokasi yang dijanjikan, kawan2 beliau panggil Khai Bahar,
"Khai, ada peminat nak ambik gambar ni".
HOI! Malu la! Diam je boleh tak??
Hahaha!


Khai Bahar pun datang la, "boleh boleh". Dengan senyum simpulnya. Sopan betul budak ni.


Saya ni pemalu. Khai pun pemalu. Dua2 tersipu2 weh. Dah kenapa?? Rasa cam awkward sebab orang tak kenal ambikkan gambar. Pastu kerumun dengan kawan2 dia. Semua lelaki. Kau rasa?? Harus saya kejung kat situ.

Dan ini hasilnya. Gambar kejung. Tapi....ehem....pose kami sama. Markah penuh kat situ! Hahaha!


Pendek kata baik la Khai Bahar tu. Sopan je. Memang jenis pemalu kot? Asik tunduk je. Sengih tunduk sengih tunduk gelak. Awww melting. Nasib budak lagi. *Tetibe


Lepas tu kami pun balik. Saya balik dengan senyum sampai telinga. Macam tak percaya dengan apa yang baru terjadi. Saya bukan jenis jumpa artis nak ambik gambar tau? Selalu jumpa artis saya buat bodoh je (kecuali Anuar Zain). Tapi ni bukan artis pun aku menggelabah semacam. Apahal kau elyn?


Sampai rumah kita isi perut lagi. Hasil dari pembelanjaan cik abang saya. Best betul rasa pilih2 masuk bakul, orang lain bayar. Ahaks.


Ok tu je nak bebel. Tata!

Monday, June 20, 2016

Berbuka Bersama Chapter 2


Ni kali kedua berbuka dengan ehem ehem. Kali pertama masa birthday dia 14hb hari tu.

Plannya nak tengok Conjuring 2. Tetiba jadi lain. Kami terus deal nak pergi Tanjung Karang. Buat apa? Makan satay! Weeehuu~



Dari Ampang ke Tanjung Karang with Love : Tajuk Album


Kenapa jauh sangat la? Dari dulu sebenarnya dia duk sebut2 nak makan kat sini. Dah berbulan gamaknya. Saya tak pernah lagi makan kat sini. Dulu pernah lalu je. Memang terkenal jugak tempat ni.

So semalam kami ke sini lepas asar. Sampai sana dalam pukul 6. Terus reserve dan order satay sekali. Dia ada lauk dan nasi campur, ada nasi goreng budget, mee goreng budget dan mee bandung. Saya makan satay je. Cik abang makan nasi campur dengan sambal sotong dan gulai kulit lembu. Erk. First time dengar please gulai kulit lembu. Huhu.

Yang best kat sini, dia ada sediakan satu table FOC. Atas table tu ada ais kosong, bubur pulut hitam dan tembikai. Ambik la berpada2, takmo tamak. Bubur dia sangat la sedap, tolonglahh...
Saya tak sempat nak tambah, sebab dah kene jeling. Fine.



Kami ambik satay besar. Secucuk RM1.60. Dalam gambar nampak kecik. Padahal besar ya ampun. Lidi dia pun pakai yg jenis besar tu. Bukan lidi satay biasa. Untuk orang debab macam saya ni, makan dua cucuk dah rasa penuh perut. Acaner tu??

Oh ye semua satay ayam saje tau? Satay lain takde. Tak payah nak berangan order satay perut bagai.


 Belanja gambar si debab tengah pandang kiri kanan tunggu waktu berbuka.


Ok tu je setakat ni. Pas berbuka kami terus balik. Hujan sepanjang jalan. MRR2 pun jem. Jem tanpa sebab. Org KL memang jakun kalau hujan turun kot? Semua pakat bawak 20kmj je. 

Akhir kata, memang tak rugi datang jauh2. Puas hati dan sedap sataynye. Kami ambik lauk sambal sotong tu RM2.00 je semangkuk kecik. Banyak jugak portion dia. Murah la kan? Next time boleh datang lagi.

Selamat berpuasa korang!