Wednesday, July 29, 2015

Tips Terbaik Menggayakan Topi



Siapa ada boyfriend / tunang / suami yang suka pakai topi, angkat tangan!

Dalam dunia fesyen, aksesori adalah fashion item yang sangat penting. Ia mampu menyerlahkan penampilan seseorang untuk kelihatan lebih menarik. Topi adalah antara aksesori yang sering menjadi pilihan lelaki untuk bergaya.










  
Kenapa saya cakap macam tu? Kerana, berbanding aksesori lain, topi amat mudah untuk digayakan dan dipadankan dengan bermacam persalinan / outfit.
Meh saya kongsikan beberapa tips mudah menggayakan koleksi topi lelaki.







 1.   When it comes to choosing the beanie, try to consider getting a neutral colour. Bright colours and vivid prints may look somehow 'childish' and make your style look less stylish. Black, white, grey and brown work best and are more versatile.


2.   A simple knit beanie always looks more classic and stylish. Men have to know to stay away from styles with zippers, pompoms, bead work, decorations and embellishments.


3.   Opt towards loose-fit style beanies because beanies with elastic in them usually tend to tighten around your forehead. I found it uncomfortable and it would leave a red line across the skin and not to mention that a tight-fitting beanie looks less fashionable sometimes.


4.   For a fun little twist on your everyday look, try to add a little twist in the back. Wear it over your forehead and give it a slight fold in the back. Some called it the Peter Pan style but it works well and look stylish too.


Menarik kan? Jom tengok koleksi topi lelaki yang sangat affordable dan mengancam! 
Confirm boyfriend / tunang / suami korang akan jadi bertambah handsome.

Tuesday, July 7, 2015

Salad Wrap For Diet


Ewah ada hati nak post resepi for diet kengkonon. Hikhik.

Alkisahnya kan kita nak cuba takmo makan nasik je keje. Cuba cut carbo. Bukanlah sepenuhnya tapi at least dapat kurangkan pengambilan carbo dan gula, secara tak langsung badan kita akan bakar lemak yang ada untuk menghasilkan tenaga. Kalau kita load carbo dan gula, badan akan bakar carbo dan gula tu untuk tenaga. Maka takda can la lemak yang terkumpul ni nak digunapakai. 
Haaaaa. Nampak?? Macam terror sangat. Tapi ni la yang orang bagitau saya. Kalau dia tipu, saya tak tahu la eh :P

Ok, ni antara alternatif saya dari mengambil roti atau nasi. 



Saya buat salad wrap. Sebab kena makan protein dan sayur. Hijau2 ni perlu.
Perap ayam mengikut citarasa sendiri, dan bakar.
Basuh kelopak salad pilihan anda.
Hiris atau koyakkan daging ayam yang telah masak.
Gaulkan dengan mayonis untuk rasa lebih enak. (Atau apa2 sos pilihan anda)
Letak atas daun salad tadi. (Lihat gambarajah)
Ok siap!
Masa nak makan, just wrap je isi ayam dalam daun salad tu dan NGAP.


Rasa dia? Serious sedap dan mengenyangkan. Saya buat seketul ayam je dah ok. Kalau rasa tak cukup, buat la 2 ketul ayam ok? Makan protein banyak2 takpe kan. Cuma boleh kurangkan mayonis (sos) untuk lebih sihat.


Selamat mencuba!