Saya dah stop makan nasi time sahur dari minggu lepas hari apa tah tak ingat. Al kisahnya saya try pakai baju kurung lama, ada baju yang dah ketat, ada yang ok. So masa pakai baju yang ketat tu timbul la kesedaran dan keinsafan bahawasanya memang badan saya adalah makin besar. Bukan je badan, muka pun dah membulat. Bila selfie semua nampak huduh!
Jaaaaadi, kita kunun2 diet atkin la. Tapi tak berapa nak atkin sangat sebab makan jugak karbo sikittttt dan air manis sikittt. Tak kisahla kot kan. Slow2 la.
Ni antara menu saya time sahur atau berbuka. Antara menu ye, bermaksud bukan la makan ni je. kalau sahur, saya tetap makan kurma dan minum air oat. Di samping itu meratah lauk lauk yang mak masak. Sama juga berbuka, tetap makan kurma dan lauk2 yang ada. Bukan je lauk, kengkadang kuih muih yang ada pun aku telan! :P
Saya namakan dia telur gulung sebab rupabentuk dia.
Senang je nak buat beliau ni.
Goreng telur macam biase, buat nipis jangan tebal sangat (pusingkan pan bagi dia rata secara nipis). Tak payah balikkan, Agak2 dah masak tu angkat je letak atas pinggan.
Lepas tu letak salad apa2. Letak kat tepi je tau? Sebab kita nak gulung dari tepi.
Lepastu bole la letak isi daging ayam atau sosej. Nak sedap lagi tumis la dengan bawang dulu ayam tu, perasakan mengikut selera masing2.
Pastu letak mayonis /gaulkan dengan isi ayam atau sosej tu.
Masa panas2 tu sila lah gulung. Hati2 jangan kuat sangat sampai terkoyak. Isi jangan letak banyak sangat lah, dah pro nanti baru sumbat banyak2. Hehe.
Tu saje! Mudah bukan?? Rasanya pun sedap dan mengenyangkan. Guna sebiji telur pun dah cukup. Tapi kalau nafsu adalah luar biasa, buat dua gulungan, means dua biji telur.
Ni je saya nak share, nanti rajin saya share lagi resepi lain. Boleh la jadikan idea kalau malas nak makan nasik kan.
Tata! =)