Monday, February 24, 2014

Air Tangan Si Debab For Sale!



Ha kauuu tajuk sangat sesuatu. Nanti orang bayangkan air basuh tangan yang dijual pulak. Ahaks ahaks. 


Sebenarnya saya ada jugak menjalankan aktiviti menjual sejak kebelakangan ni. Hasil dari passion yang melampau dan support dari family jugak. Sejak dah berbisnes secara poyo, saya ada la masa terluang lebih sikit kat rumah. Fikir punye fikir, boring jugak la duduk saje je kan. Saya pun carik peluang jual makanan memandangkan saya suka masak.


Jadi inilah hasilnya. Sebulan sekali, saya ada menjual makanan kat Masjid Besi Putrajaya. Masjid Tuanku Mizan tu. Takda la banyak sangat pun, sebab masak sendiri kan. Sila refer gambar di bawah :





Saya jual Nasi Arab Abah yang dimasak oleh abah saye, Spaghetti Aglio Udang, Puding Caramel dan Dadih. Semuaaaa buat sendiri. 1st trial, dan semua habis. Banggaaa tau hasil tangan sendiri orang beli. Rasa puas. Oh ye, gambar ni di ambil lepas dah separuh terjual. Tak sempat nak snap masa baru letak tu sebab orang dah mula ramai. 


InshaAllah 28/2/2014 ni saya ada menjual kat sana lagi. Sesiapa nak rasa air tangan si debab ni bolehla datang beli ye? Hehe. Pukul 11 pagi saya dah ada, sampai la pukul 3 petang. Abang2 yang solat Jumaat tu, singgah gerai saya dan beli okeh? Heee. Tata!