Senaman apa la pulak ni?
Alkisahnya pagi tadi sedang saya bersenang hati lepas breakfast, saya masuklah bilik mengadap pc. Dari rumah tadi lagi dah set dah nak buat apa kat ofis hari ni. Excited nak mulakan kerja. (poyo) :P
Selang beberapa minit terdengar bunyi bunyian kat rak fail kat belakang ni. Saya toleh. Dan ternampak seekor tikus sedang bersuka ria jalan atas rak. Hah memang tak cukup tanah lari sambil menjerit la kan. Menjerit-jerit sampai tak sempat capai selipar. Mana datang tikus tu?? Rupanya semalam budak ofis ada bawak balik kotak dari stor sunway. Dan dalam kotak tu penuh dengan tikus! OMG sunway banyak tikus!
Sudahnya saya angkut barang dan kerja, buat kat meja depan je. Tak kuasa nak duduk sebilik dengan tikus. Terpaksa la tunggu abang gagah balik mintak tolong keluarkan tikus tu. Alhamdulillah dah berjaya keluar dari bilik. Tapi dia still ada kat luar tu.. Huhu. Ni duduk atas kerusi pun macam berdebar-debar, kaki naik atas okeh. Harap kita tidak bersemuka lagi ye sang tikus.
Hari ni kita bersenam dalam ofis dengan berlari dan menjerit sampai berpeluh. Haha.
Sebagai penutup, meh saya share kan lunch untuk hari ni.
Sup sayur kononnya. Ada ayam, brokoli, cendawan dan telur. Kata kena makan protein aje kan. Dah 4 hari saya makan macam ni. Esok nak masak udang pulak la. Besar-besar saya beli udang kat tesco semalam. Hikhik.
Ok kawan-kawan. Selamat bermalam Jumaat! =)