Assalamualaikum! =)
Saya tengah pening, menahan muntah dan duduk tegak straight je sekarang ni. Sila imagine, tengah type ni pun dah macam robot dah. Haha. Sebab apa? Ye, sesungguhnya saya berpuasa, dan tak mudah untuk orang gastrik berpuasa. Huhu.
Hari ni nak cerita pasal weekend ke-2 berpuasa. Minggu ni best sebab adik yang belajar kat Kelantan dah balik for good. Adik saya sorang ni kuat makan. Seronok tengok dia makan tau? So kalau dia ada, bertambah semangat la saya masak macam2. Hehe.
Hari Sabtu tu, mama buat telur itik masak lemak je sebab abah dah beli ayam golek sekor untuk berbuka. Nyums! Pastu hari Ahad, saya masak ayam masak kicap dengan sayur sawi goreng. Seronok tengok adik2 makan sambil hirup kuar dan meratah. Nasib baik la elok je rasa garam gula segala, balance. Kira hebat jugak la kan saya ni? Ahaks. Memang terpaksa puji diri sendiri la, sebab saya ni sangat jarang kot masak. Sesekali masak, menjadi pulak. *sambil kembang-kembang hidung*
Oh lupa, hari Ahad tu saya sakit kepala dan rasa nak demam sebab keluar panas2 terik tu cari baju raya untuk mama. Dengan sakit kepala tu gigih saya masak sorang2 okeh. Mana dapat power tu? Fuhh!
Hari Isnin pula terpaksa cuti sebab saya dah tak tahan sakit kepala. Tahap merepek2, pastu nak rebah bila berdiri. Harusla tidur sampai tengah hari. Huhu. Bangun je tidur, abah dah tanya nak abah masak apa hari ni? Saya tak bole fikir lagi time tu, mamai. Dok ter emmm emmm emmm, sudahnya abah kata, "kamu masak la ye nak makan apa nanti, abah nak pegi surau".Gulp. Larat ke nak masak ni? Turun bawah keluarkan ayam dan segala yang ada, naik atas balik kumpul mood. Dan alhamdulillah, ada kekuatan untuk masak hari tu. Ayam masak merah, kailan ikan masin dan muffin vanila.
Ye, muffin vanila! Hebat kan? Dalam sakit2 tu selamba masak muffin. Hahahahaha. Adik saya pun terkejut, "Kak Elyn nak buat muffin ke ni?" Sambil duduk pandang je saya. Last2 dia tolong pukul telur+susu. Hehe. Ala senang je resipinya. Pukul2, masuk dalam oven, tunggu masak. Tapi ni macam terhangus skit la sebab saya bakar 25 minit. Patut bakar 20 minit je.
*UPDATED*
Siapa nak try muffin vanila ala Kenny Rogers yang sedap maveles tu boleh click kat SINI. =)
Saya buat 1 dozen je, so saya bahagi 2 la resipi tu. Sedap tau. Memang kena cuba. Saya guna gula perang jadi dia tak manis sangat la. Kalau guna gula putih mungkin manis kot? Lepas bakar muffin tu, semerbak 1 rumah bau tau. Memang senyum je sampai ke Isyak. Sebab saya bakar pukul 7. Just nice waktu berbuka terus ngap panas2. Hebait tak? Ahaks.
*UPDATED*
Siapa nak try muffin vanila ala Kenny Rogers yang sedap maveles tu boleh click kat SINI. =)
Saya buat 1 dozen je, so saya bahagi 2 la resipi tu. Sedap tau. Memang kena cuba. Saya guna gula perang jadi dia tak manis sangat la. Kalau guna gula putih mungkin manis kot? Lepas bakar muffin tu, semerbak 1 rumah bau tau. Memang senyum je sampai ke Isyak. Sebab saya bakar pukul 7. Just nice waktu berbuka terus ngap panas2. Hebait tak? Ahaks.
So moral of the story, saya dapat pengalaman baru. Baru saya tau macam mana seorang ibu boleh kuat tenaga dia bekerja lagi, jaga anak lagi, masak lagi, kemas rumah lagi. Semua tu datang dari semangat. Semangat kuat, niat murni, insyaAllah memang ada la kudrat tu. Jadi kawan-kawan, hargailah jasa ibu anda okeh? Kalau nampak ibu tu letih terduduk ke apa, rajin2 la tanye nak tolong ke tak ke. Sejuk sikit hati orang tua tu. Dapat pahala okeh bila gembirakan hati mak ayah.
Sekian tazkirah untuk petang ini. Hiks. Selamat berpuasa korang. Saya ingat nak berbuka kat william la petang ni. Nyums~
2 comments:
kita baru beli oven...so leh la try wat muffin ni..
mintak resipiiiiiii...
mintakkkkkkk...uhuks:)
hehe sila2, sudah update link utk resipi tu. tunjuk gmbr okeh nanti? =)
Post a Comment