Tuesday, August 14, 2012

Resepi Spaghetti Aglio Olio



Assalamualaikum korang! Yay dah tak sampai seminggu lagi kita nak raya kan? Nasib baik saya raya kat KL je, takda la feeling nak balik kampung. Hikhik.

Semalam tekak saya sangat la teringin makan spaghetti olio. Walaupun dah bertahun tak makan sebab tak berapa minat, dan tak pernah pun masak, tapi tetiba je teringin. Lalu terus laju2 google resepi dan nekad masak untuk berbuka. 

Untuk pertama kalinya saya shopping barang basah kat merket okeh. Haha. Beli udang besar, dia tulis kat board tu RM 15.90 per kilo. Saya dah cuak dah, mahal bebenor ke udang ni. Pastu ambik la dalam 10 ekor kot. Timbang, rupanya harga dia RM2.59 jek. Suke! Hehe. Pastu beli parsley RM0.35, cilipadi RM0.45, spaghetti RM3.59 dan ribena RM7.59. Total semua RM15.00 aje. Murah sangat kan? Suka! =)

Sampai rumah dalam kul 6.30 pastu start siang udang segala dan masak, dan setel kul 7.15. Siap dengan air ribena lagik. Hasilnya? Ofkos la sedap! Hehe. Ok mari tengok resepi yang saya ikut semalam.





Spaghetti Aglio Olio (3-4 orang makan)

Spaghetti        -  250 g (setengah paket)
Udang besar   - 10 ekor (boleh je nak letak banyak2 pun)
Bawang putih  - 6 ulas  (potong halus)
Italian Parsley  - dalam 2-3 batang (cincang halus)
Minyak zaitun - 4 sudu besar
Butter             - 1 sudu besar
*Cilipadi         - 3 ulas (racik halus)
*Cili Kering    - 3 batang  (potong seinci)
*Cili Flakes    - 3 sudu besar
Black pepper  - 1 sudu besar

* Optional. Sila pilih salah satu. Macam saya, takda cili flakes dan cili kering, saya beli cili padi je.


Caranya :-

1- Rebus spaghetti macam biasa. Tambahkan sedikit minyak dan garam dalam air.
2- Gaulkan udang dengan sedikit garam dan pepper. Letak sedikit minyak dalam kuali, tambahkan 1 sudu butter dan goreng udang. Jangan goreng lama sangat, nanti dia overcooked. Bila dah berubah warna tu, terus balikkan je. Ketepikan dulu.
3- Guna minyak dan kuali yang sama, tambahkan minyak dan goreng bawang putih dengan api sederhana sampai jadi golden kaler.
4- Masukkan cili padi dan masak seketika.
5- Letak air dalam 3 sudu untuk hentikan bawang putih dari terus masak. Nanti hangus tak sedap pulak.
6- Masukkan garam.
7- Masukkan spaghetti.
8- Masukkan udang yang telah digoreng tadi, black pepper dan daun parsley.
9- Tutup api dan gaulkan sehingga sebati. Siap.


Senang je kan? Memang simple sesangat resepi ni. Sedap tak terkata. Memang dia akan jadi oily tau, jangan panik. Sebab tu guna minyak zaitun. Sesuai la dengan nama dia Aglio e Olio tu bermaksud, minyak zaitun dan bawang putih. =)

Ni cara saya buat semalam, sebenarnya boleh je olah ikut citarasa sendiri. Tambah seafood lain, contohnya. Yang penting, garlic dan minyak zaitun kena banyak. Itu basicnya. Siapa nak cuba, silakan. =)



No comments: