Wednesday, August 8, 2012

Iftar @ Bubba Gump Citta Mall


Semalam saya berbuka makan udang yang lazat kat Bubba Gump! Sempena Ramadhan ni, diorang buat buffet RM65 per person kalau tak silap. Saya tak pasti sangat sebab husband bff saya yang belanja tapi rasanya memang RM65. Hikhik. Terima kasih daun keladi, semoga murah rezeki mencurah2 hendaknya, amin! =)


Ni 2nd time saya makan kat sini. 1st time dulu order dalam menu, 2nd time ala buffet pulak. Makanan dia lebih kurang sama dengan apa ada dalam menu, tapi tak banyak variety sangat la kan. Boleh jugak nak order makanan lain, tapi kena charge la ye, tak termasuk dalam buffet. 




Kami berempat, 2 gegirl, 2 boboy. Sorang lagi adik pada bff saya. Disebabkan makan semeja dengan lelaki yang saya tak biasa, haruslah saya terus jadi pemalu. Maka saya makan 1 plate je sebab segan nak letak pepenuh, orang pandang pinggan kita okeh. Haha. Dan segan jugak nak repeat tambah makanan sebab duduk seat belah dalam, kalau nak keluar orang sebelah kena bangun.





Jadi ini yang sempat saya ambik. Sikit je sebenarnya ni. Banyak lagi terhidang kat atas meja buffet. And sekarang terliur pulak tengok gambar ni. Menyesal pulak tak ambik pepenuh pinggan semalam! Haha. Macam terliur jugak mengenangkan ribs ala tony romas dia. Barulah berbaloi dengan harga buffet tu kan. Ruginyaaaaaaa. Kalau ada mesin masa doraemon, memang saya nak pegi time semalam dan ambik semua benda pastu baru duduk. Kenapa kau pasif sangat semalam elyn oit?? Haish.


Lepas setel 1 pinggan licin, saya pergi ambik ice cream. Ye, ice cream! Kenapalah tak ambik makanan lain yang terhidang tu tah. Mungkin sebab segan la ni. Saya syak sangat la sebab segan. Pelik betul perangai. Hahahahaha. Ingatkan dah takda perangai segan jumpa lelaki, rupanya ada lagi. Bukan control okeh, segan. Saya sangat pemalu dengan lelaki okeh. Makan ternganga mulut selamba tapi segan nak makan banyak2. Lagipun, sebenarnya lepas setel sepinggan tu perut saya dah kenyang. Mungkin sebab tu saya stop makan kot? Tapi rugi laaaaa makan sikit je. Tu kan buffet? Isk. 


Takpela benda dah lepas. Anggap je bukan rezeki saya untuk makan makanan lain yang terhidang tu. Dah ditetapkan dalam pinggan tu je rezeki saya malam tu. Wah positifnya ayat! Hikhik. Tapi make sure lepas ni kalau buffet, kena rasa semua benda, barulah berbaloi baloi kata orang kan? Baiklah, next venue : Fullhouse. Nanti saya update okeh? Tata korang! Selamat berpuasa! =)

No comments: