Friday, October 23, 2015

Tempat Makan Sedap Baru



Hari ni nak share tempat makan yang menarik.
Baru je bukak bulan lepas kalau tak silap. Tapi baru2 ni je saya pegi cuba. 
Maklumla makanan kat cafe tu kadang2 oldtimer sangat. Budak mengada ni mana biasa makan lauk2 kampung macam keladi masak asam la, rebung la. 
Buat telur dadar makan dengan kicap pun saya ok je.


So semalam saya lunch kat tempat baru. Dia ada set lunch sekali dengan air RM15.90. Ok la tu kan?



Yang saya makan ni Spaghetti Carbonara with Chicken. Air Rossele tadek dalam gambar, dia malu. 
Saya suka salad dia. Ada gravy tapi tak pasti dibuat dari apa. Maklumla saya bukan chef hotel. Masak kat rumah mana ada guna benda fancy2. Hikhik.


Lepas tu semalam saya ajak cinta hati minum petang kat sana. Saja la nak try sesambil ngedate gitu.



Saya makan Chicken Slice Sandwich dengan Blueberry Yogurt. Yieehaaa~ 
Dah nama pun air yogurt harusla sedap. Sandwich share dengan cik abang. Cukup la setakat nak alas perut. Balik rumah boleh makan lagi. Hahaha.


Dah ada tempat makan baru ni nafsu makan lagi menjadik2 la. Ni pun nasib baik dia tak jual kek. Mintak kek dengan cik abang, tak lulus dah. Memang kena cari sumber lain la maknanya kan? Hehe. 
Matiklaa kalau dia terbaca. Harap2 dia tak jumpa blog ni, fuh!


Ok tu je. Bye!


No comments: