Hi korang.
Saya nak eksyen sikit la hari ni boleh kan?
Jumaat lepas saya berjaya bodek cik abang untuk bagi kebenaran nak makan cheesecake. Mula2 berdebar jugak, tapi gamble je mintak izin dia siap buat muka terpaling sedih.
"Awak.. saya nak cake bole tak?"
Beliau pandang saya dengan muka serious..
" Bole tak? Saya dah lama tak makan cake.."
" Balik nanti workout. Nak cake apa?"
YIEEEHAAAAAA~
Tadek hal la workout2 ni. Small matter. Janji dapat makan sedap. Hikhik.
Jadi, saya dapat Oreo Cheesecake 2 ketul.
Sayang ke tak maksudnya? Mintak seketul dapat dua ketul ok? Tapi dengan pesanan 'Jangan habiskan semua'. Hahaha. Maksudnya kena share dengan orang lain. Geng makan cake kat rumah tu mama la sape lagi.
Saya habiskan seketul tu depan mata dia. Dia pandanggggg je. Tengah bercerita pun tersekat2. Kejap2 dia pandang cake tu. Haha comel sangat. Ye, saya tak habiskan la jangan risau. Sedap giler kot cake tu tolonglaahhhh~
Tapi, jangan bitau dia tau? Petang tu saya dapat cake lagi, ada orang kasik. Heee.. Tapi saya tak makan tau? Saya bagi mama and adik makan :P
Hari Sabtu saya join Zumba kat Shah Alam. Lepas habis Zumba gi makan nasik kat Upin Ipin Sek 13 Shah Alam. Pastu balik rumah mandi dan tido!
Di sebabkan heaven tido sorang2 kat rumah, bangun pun dah lewat. Bangun2 je terus lapar, elok sangat la tu kan. Apa lagi terus grill ayam, buat scramble egg dan makan dengan baked beans. Tu pun sebenarnya ikut nafsu serakah nak makan yong tau foo tapi malas nak gi beli.
Ni taktau la nak kata diet meal ke tak. Macam tak pun ada. Macam ye pun ada. Kita belasah je la eh?
Lepas tu pukul 10 mama abah pun balik. Mata pun dan ngantuk, tido la apa lagi kan? ZzzZZzzz..
No comments:
Post a Comment