Thursday, October 29, 2015

Dapat Lagi Kek! (Nangis Terharu)


Ada orang tunaikan janji nampaknya?

Minggu lepas dia cakap boleh makan kek seminggu sekali je. Tu pun dia yang bagi, tak boleh beli or buat. 

So semalam saya dapat muffin 4 ketui! Yay!




Dalam gambar nampak tecik, tapi takde la tecik sangat. Kenyang jugak makan weh. Yang ni flavor coklat. Makan panas2 sangat la nikmatnya. Cinta hati bagi dua coklat dua vanila. Seketul vanila dah kene rembat dengan adik. Lagi dua ketul balance bagi mama dan abah. Wah bagus eh dia bagi cukup kuota. Semua orang dapat merasa! Aduh ni yang makin sayang ni! Ahaks.




p/s: Pandai tau ambik hati. Hari ni dia off, tak dapat jumpa. Tapi sejuk la hati sebab pagi2 dah makan muffin. Yay! #muahciked

Monday, October 26, 2015

Dapat Cheesecake Lagi, YAY!


Saya syak cik abang baca blog ni la.. 
Baru je berniat tak baik pagi Jumaat lepas, tuptup petang tu dia bagi cheesecake siap dengan warning.

"Lepas ni boleh makan seminggu sekali je. Tu pun biar saya yang bagi. Jangan beli, jangan buat sendiri. Ok?" 
Dengan muka serious.

See? Dia tau je saya berniat nak beli kek di luar pengetahuan beliau. Huhu.
Eh tapi seminggu sekali tu adalah melampau jugak. Kalau sebulan sekali logik la jugak. Kata suruh dietttt..? Hehe.

Saya syak beliau tak sampai hati tengok saya kempunan macam mengandung 3 bulan. Tapi dalam masa yang sama beliau nak saya jaga makan biar kurus sikit dari sekarang ni. Kan kan? 

Ni la kek yang dia bagi. Saya tanya kek apa pun kene jeling, so tak berani cakap banyak. Ngap je la. 
Tapi macam biasa, mesti ada pesanan. 
Makan 1 slice je jangan nak perabih semua sorang2. Haha.


Thank you awk! Love you forever and ever! #Muahciked 


Friday, October 23, 2015

Tempat Makan Sedap Baru



Hari ni nak share tempat makan yang menarik.
Baru je bukak bulan lepas kalau tak silap. Tapi baru2 ni je saya pegi cuba. 
Maklumla makanan kat cafe tu kadang2 oldtimer sangat. Budak mengada ni mana biasa makan lauk2 kampung macam keladi masak asam la, rebung la. 
Buat telur dadar makan dengan kicap pun saya ok je.


So semalam saya lunch kat tempat baru. Dia ada set lunch sekali dengan air RM15.90. Ok la tu kan?



Yang saya makan ni Spaghetti Carbonara with Chicken. Air Rossele tadek dalam gambar, dia malu. 
Saya suka salad dia. Ada gravy tapi tak pasti dibuat dari apa. Maklumla saya bukan chef hotel. Masak kat rumah mana ada guna benda fancy2. Hikhik.


Lepas tu semalam saya ajak cinta hati minum petang kat sana. Saja la nak try sesambil ngedate gitu.



Saya makan Chicken Slice Sandwich dengan Blueberry Yogurt. Yieehaaa~ 
Dah nama pun air yogurt harusla sedap. Sandwich share dengan cik abang. Cukup la setakat nak alas perut. Balik rumah boleh makan lagi. Hahaha.


Dah ada tempat makan baru ni nafsu makan lagi menjadik2 la. Ni pun nasib baik dia tak jual kek. Mintak kek dengan cik abang, tak lulus dah. Memang kena cari sumber lain la maknanya kan? Hehe. 
Matiklaa kalau dia terbaca. Harap2 dia tak jumpa blog ni, fuh!


Ok tu je. Bye!


Tuesday, October 13, 2015

Oreo Cheesecake, I Love You~


Hi korang.

Saya nak eksyen sikit la hari ni boleh kan?
Jumaat lepas saya berjaya bodek cik abang untuk bagi kebenaran nak makan cheesecake. Mula2 berdebar jugak, tapi gamble je mintak izin dia siap buat muka terpaling sedih.

"Awak.. saya nak cake bole tak?"

Beliau pandang saya dengan muka serious..

" Bole tak? Saya dah lama tak makan cake.."

" Balik nanti workout. Nak cake apa?"

YIEEEHAAAAAA~

Tadek hal la workout2 ni. Small matter. Janji dapat makan sedap. Hikhik.
Jadi, saya dapat Oreo Cheesecake 2 ketul.



Sayang ke tak maksudnya? Mintak seketul dapat dua ketul ok? Tapi dengan pesanan 'Jangan habiskan semua'. Hahaha. Maksudnya kena share dengan orang lain. Geng makan cake kat rumah tu mama la sape lagi. 


Saya habiskan seketul tu depan mata dia. Dia pandanggggg je. Tengah bercerita pun tersekat2. Kejap2 dia pandang cake tu. Haha comel sangat. Ye, saya tak habiskan la jangan risau. Sedap giler kot cake tu tolonglaahhhh~


Tapi, jangan bitau dia tau? Petang tu saya dapat cake lagi, ada orang kasik. Heee.. Tapi saya tak makan tau? Saya bagi mama and adik makan :P


Hari Sabtu saya join Zumba kat Shah Alam. Lepas habis Zumba gi makan nasik kat Upin Ipin Sek 13 Shah Alam. Pastu balik rumah mandi dan tido!


Di sebabkan heaven tido sorang2 kat rumah, bangun pun dah lewat. Bangun2 je terus lapar, elok sangat la tu kan. Apa lagi terus grill ayam, buat scramble egg dan makan dengan baked beans. Tu pun sebenarnya ikut nafsu serakah nak makan yong tau foo tapi malas nak gi beli. 


Ni taktau la nak kata diet meal ke tak. Macam tak pun ada. Macam ye pun ada. Kita belasah je la eh?


Lepas tu pukul 10 mama abah pun balik. Mata pun dan ngantuk, tido la apa lagi kan? ZzzZZzzz..

Friday, October 9, 2015

Sakit-Sakit Badan


Hi korang!


Lately asik la sakit badan macam orang tua. Rasa nak tercabut lengan pun ada. Kadang2 bahu rasa macam perittt je nak je tarik urat2 kat dalam tu.
Kenapa eh? Takkan sebab workout kot? Ala senaman ringan je pun bukan hardcore sangat.
Kalau ada orang urut best ni.. 


Barang dapur dah nak kena restock la banyak dah habis. Eceh bajet macam duk sendiri jek hikhik. 
Yela saya duk dengan parents, barang dapur sure la diorang dah sediakan. Maksud saya barang untuk berdiet. Macam roti wholemeal ke, salad ke, tortila ke, gitu. 


Nak menyinggah kedai cukup bercinta la. Taktau la kenapa. Memikirkan nanti kene hangkut sorang2 masuk dalam kete lagi la tak sanggup. Nak mintak tolong laki, belum berlaki lagi. Susah btul.


Okla nak share apa saya makan lunch tadi.

Ayam bakar tu sedap okeh. Cantik kaler tomato duk atas salad tu kan? Hehe. Makan nasik dengan kicap paling nikmat. Tolonglah.




Semalam saya makan kenny rogers. Apa? Orang diet tak boleh makan fastfood? Anda silap. Tengok pinggan saya ni.
Healthy sangat side dish saya kan? 



Member saya yang kononnye beratkin, dia amik side dish mashed potato, mac & cheese dan nasi T__T
Diet atkin takleh makan karbo tapi dia order semua karbo kecuali ayam tu la protein. Sabo je la.


Ok tu je nak share hari ni. Nak mintak tolong orang urutkan bahu kejap la.

Tata!

Monday, October 5, 2015

Bebelan Petang


Hi korang!

How was your Monday so far? 
Hari ni saya adalah sakit perut dari Jumaat lagi sebenarnya tak hilang2. Dia macam penuh dengan gas. Kang tetiba dia bunyi 'brrrrr.. brrrr'. Macam ada rasaksa tengah growling kat dalam peyut ni. Hukhuk.

Pagi tadi masa tengah bersiap terpandang la Larome yang dah lama tak pakai. Picit la banyak2 kali sebab dalam otak dah set benda ni dah nak habis + nak letak banyak biar hilang sakit perut. End up ada la 6 kali picit kot. Picit laju2 mana nak perasan tetiba je dah 6 kali. Pastu sapu je la kat seluruh perut pastu keluar pegi keje.

Masa tengah drive tu sumpah rasa perut macam terbakar. HELP~
Siap sempat selak baju nak tengok perut yang comel tu, mana tau tetiba dah melecur je dia kan. Kulit jadi kemerah merahan. Sepanjang nak sampai ofis memang hazab Allah je yang tahu T__T

Tapi masa tengah drive dapat text from cik abang. Dia bagitahu dia parking kat sekian2 sebab penuh, then suruh saya park sebelah dia. Alaaa comel... terus hilang kejap rasa panas kat perut tadi :P



Ofis saya sekarang berseri ada pokok ni. Dari dulu sebenarnya nak letak pokok dalam ofis. Cuba cari pasu yang kecik yang takda lubang. Pergi kedai DIY, semua berlubang. Pergi Daiso, berlubang jugak. Sudahnya malas la nak cari. Yang ni Housekeeper saya yang buatkan. Hikhik baiknya hati beliau. 
Si debab selain dapat makanan, dapat pokok pun boleh buat dia happy tau?


Oh ye saya nak cerita sikit. Hari tu cik abang bawak gi makan kat Sukhumvit Kampung Baru. Memang tak pernah dengar la kan nama kedai ni. Taktau pulak ade kedai ni kat Kg. Baru. Bila di google baru saya tau Sukhumvit tu nama tempat kat Thailand. Hee. 
So dah tau la apa yang menarik kat sini kan. Thai food of course.



Saya takut nak makan pelik2. Satu, takda cash, segan la kalau cik abang bayar mahal2. Dua, dah malam kot, takyah nak beriya sangat makan nanti kena jeling dengan beliau :P
Jadi saya order Tomyam Putih dengan nasi putih je. Cik abang order Nasi Goreng Belacan. Tapi pelik la sebab tak nampak macam nasi goreng belacan. Ada ayam sekali dia bagi. SANGAT SEDAP ok ayam tu tak tau la masak apa. Dan malu nak ambik gambar. Hikhik.

Tomyam saya? Sedap jugak. Yang buat lagi sedap ialah bila cik abang kopekkan ketam. Si debab tinggal nak ngap je. Sweet kan? Mencik taw~

Pendek kata tempat ni cantik, makanan sedap, harga ok, siap ada orang nyanyi lagi. Dan yang paling penting, makan dengan orang yang disayangi. I is happy.

Ok lah nak pegi beli gula2. Sakit tekak la. Jerebu punya pasal la ni.


K bye!


Saturday, October 3, 2015

Unhealthy Weekend Ahead!


Hi korang.


Teruk kan jerebu pagi ni? Makin lama makin teruk. Bila jerebu ni nak habis? Haih.
Mata dah pedih, asik bersin-bersin. Baru je baik dari demam selsema minggu lepas. Kalau makin teruk nanti sakit lagi pulak. Minum air masak banyak2 ok korang? Elakkan duduk kat luar lama2. Tutup pintu tingkap rumah semua. Spray air dalam rumah supaya air tu boleh kurangkan asap kat dalam. 


Jerebu pun, makan tetap makan. Semalam jerebu tak berapa nak teruk macam hari ni lagi. 
Saya balik kelaparan lepas tu kaki sakit2 penangan squat semalamnya. Jadi, terbaring la dalam bilik.
Dalam kelaparan tu adik ajak makan kat Fiske. Kitorang belum pernah pegi sana lagi. Jadi haruslah teruja kan?


Maka pukul 10 baru kami keluar. Ye lambat sebab dak debab ni belum mandi lagi time tu. Lagipun mungkin kalau pegi lambat, orang tak ramai la.


Sampai je kat sana, dari jauh dah nampak sesaknya. Kereta penuh kiri kanan jalan. Kat perumahan tu pun dah padat. Adeh, diorang ni tak baik taw makan lewat malam. Nape penuh lagi kul 10 nih??


Adik turunkan kami dan dia pergi cari parking. Saya masuk je terus takde mood. Penuh padat. Meja semua jenis rapat2 macam ade gathering 30 orang punya meja, bersambung. Pusing keliling, takda tempat kosong. Muka jangan cerita la, dah macam nak nangis pon ada. Orang2 kat sana pandang je kami. Mungkin diorang perasan apasal la budak debab tu monyok macam nak nangis je. SAYA LAPAR OKAY?!


Pastu Alhamdulillah ada couple bangun. Cepat2 saya berlari pegi meja tu, macamkan ada orang cuba nak rampas meja tu dari saya. Padahal takda sape pun tengah cari meja. (imaginasi)


Panggil orang kemas meja and ambik order. Kena panggil la ok, kalau tunggu je takde sape perasan ko. Dah la meja rapat2 macam kenduri memang tak perasan la ko dah habis makan ke baru sampai.


Masa tengok menu, muka ada senyum. Harga dia murah! Jadi saya order Roasted Chicken (RM 14.90) (kononnya healthy la compared to goreng).



Side dish dia adalah (Mac n Cheese + Kentang + Cauliflower + Green Bean) dan Coleslaw. Sos blackpepper + red bean. Sedap dan worth your money. Makan rasa nak nangis sebab terharu la ada jugak makanan sedap yang murah. Tapi nangis jugak nak dapat meja kosong, dah pukul 11 pun still penuh lagi dan orang pun tak putus datang.




Ni adalah set meatballs (tak hingat harga sorry). Adik order as side order. Dalam mangkuk tu ada meatball berapa biji lupa nk kira, sorry. Bawah dia mashed potato, pastu ade kuah tomato dan mushroom soup. Sebab tu kaler dia merah dan putih. Eh sebenarnya saya teka je gravy tu, kalau salah sorry tau? Dihidangkan bersama nasi butter. Nasi tu guna beras mahal sebab panjang2. Pastu rasa masin n daun bawang memang lazat la. Lagi sekali, saya teka je nasi butter sebab chef kesayangan saya cakap nasi butter. Padahal dia takde di tempat kejadian. Haha. Saya tunjuk gambar je.



Mama makan Spaghetti Olio (RM 9.90)  dan mushroom soup (RM 3.90). Sedap, dua2 sedap. Betul. Dan murah kan? Adik order air tembikai laici (RM 6). Sangat tak kedekut. Terasa air tembikai, pekat. Biasa kat tempat lain order air tembikai rasa macam dia bahagi 2 gelas tu dengan orang lain, pastu tambah air bagi penuh. Gitu. Tapi kat Friske, sedap. Amboi kemain aku puji. Belanja saya makan pelis owner Friske. Penat dah puji ni. Ahaks. Ok gurau je.


Setel makan pukul 11.30 malam. Apa lagi, balik tido la. Lepas tu badan naik lepas tu komplen. Biasa la tu kan.


Oh ye semalam saya sempat capture ni.


Rasa poyo sebab nombor dia cantik. Bukan senang nak dapat nombor genap macam ni. Mujur ngam2 sampai rumah baru perasan. kalau la tengah jalan, kompem senget2 kete kiri kanan peginya nak ambik gambar punya pasal. Gelojoh la katakan takut nombor lari. T___T



Okla banyak sangat dah membebel ni. Lately rajin pulak update blog. Pekes? 

Korang take care ok? Please minum air banyak2, air kosong tau? Bukan air bergas. Kalori banyak tu. 

Tata!