Monday, February 4, 2013

Aktiviti Weekend Lepas



Al kisahnya, saya dah beli kupon dari livingsocial untuk karaoke 3 orang dengan kengkawan. RM 9 seorang untuk 3 jam. Ok la kot kan? Jadinya kami pergi redeem la hari Sabtu hari tu.



Tempat tu di Mines. Okla not bad jugak biliknya besar. Pastu dapat air 1 jug dan jajan. Lagu pun menarik yang baru-baru pun ada, takda mengecewakan.





Bagi saya yang jarang pergi karok ni, saya puas hati la dengan tempat ni. Berbaloi dengan harga. Puas melalak 3 jam okeh. Ntah apa-apa lagu semua keluar. Hujung2 dah takda suara, kami tengok videoclip je sambil juget-juget. Hikhik.


Lepas dah puas karok, kami pergi makan dan merayau cari barang memasing. Oh kami jugak sempat tengok wayang cite Juvana. Ok la cite tu, tapi membuatkan saya benci dengan shahnaz bf shila amzah tu. Haha. Sangat jahat dan menyampah tengok dia. Terus rasa dia kat luar pun macam tu. Boleh? Ampun shila amzah! :P 


Kuar dari 12 tengah hari, kul 10 malam baru sampai rumah. Hebat. Sampai mama dah jeling-jeling tak puas hati je. Keluar lama-lama buat apa? Tak penat ke? katanya.. Hahaha.


Sebenarnya badan saya sakit-sakit sebab Jumaat petang saya pergi gym. Segala equipment saya buat. Sakit-sakit 1 badan dibuatnya. Tapi magik sungguh bila kat luar tak terasa pulak sakitnya eh? Hehe. Dan hari Ahad tu memang sedap la menganggung sakit. Duduk rumah tak buat apa memang terasa la segala sakit kat badan ni kan. Padan muka. Tapi takpe, rasa sakit ni membuatkan saya lebih semangat nak pergi gym! Syabas betey! Oh ye, jangan taktau.. saya dah turun 5 kg okeh! Ho yeah ho yeah~


Dan sebagai hadiah untuk diri sendiri, saya order kek ni dari kawan saya.




Russian Chocolate Cake nama diberi. Sedap. Rasa kopi, coklat dan cheese. Tapi saya makan 1 slice je, selebihnya tinggal kat Ampang. Hilangkan rasa teringin je udahla, bukan nak bagi kenyang makan kek ye tak? Hiks.


Ok tu je nak bebel hari ni. Hingga bertemu lagi di lain entry ye? Ewah. Saya banyak nak cite sebenarnya tapi membizi macam sotong tak cukup tangan ni, tak sempat la nak update :(


Apa pun, take care ye semua! =)


3 comments:

cryclown said...

wah!!!! sama aktiviti kita, tapi lain tempatnya..huhuhu

-eLyNhere- said...

oh ye ke? sakit tekak tak? haha

cryclown said...

sakit kepala je..lagu rock!!! hahaha