Thursday, February 14, 2013

New Office! =)


Official nya kami telah pindah masuk ke ofis baru pada February 2013! Unofficially masuk pertengahan January lagi. Tapi sebab tak kemas dan berterabur jugak la semua benda, so kita tak kira eh. Kira bulan ni je terus. Hehe.


Perasaan? Seronok kot? Sebab ofis lama dulu kawasan dia sunyi. Saya jarang dapat jumpa orang. Paling tidak pun jumpa kucing atau burung je lalu depan ofis. Walaupun sebenarnya ofis lama selang beberapa lot je dari ofis baru. Hehe. Kat sini meriah sebab memang kawasan yang sibuk. Sebelah pulak ada 7E. Pastu sebelahnya lagi ada kedai makan. Memang la orang tumpu kat sini je. Kalau bosan-bosan boleh duduk kat depan pintu tengok orang lalu lalang. Tapi kalau kena piat telinga dengan bos jangan nak sentap la kan. Hakhakhak.


Ok meh saya share sikit rupabentuk ala kadar ofis baru kami yang kecik dan molek ni.




Ni kat entrance. Masuk je nampak sofa bed belah kiri. Depan mata ada painting sawah padi nan kuning terbentang luas. So cozy. Oh painting kereta tu belum gantung sebab belum berkesempatan. Hehe.




Ni laluan ke bilik bos, workstation dan toilet dan pantry dan surau dan stor la lebih kurang. 




Kat depan kami ada letak sebahagian dari barangan Casa Impian untuk orang tengok dari luar. Lepas dah tengok boleh tekan loceng dan berkenalan dengan si comel. Lepas tu tak reti-reti? Beli la barang seketul dua yang diperagakan di situ. Boleh dapat 30% diskaun tau. Banyak tuuuuu.. 


Begitulah sedikit sebanyak gambaran ofis baru saya. Ofis lama? Jangan mintak gambar. Tengah besepah-sepah banyak benda belum kemas lagi. Muahahahaha. Ok sebenarnya tengah kemas la jugak slow-slow sebab buyer baru nak tengok hujung bulan ni. 


Pendek kata, saya suka la ofis baru ni. Sebab saya selalu duk sorang-sorang kan, so ofis kecik sangatlah sesuai. Tempat pun tak sunyi. Bosan-bosan boleh keluar beli cekelat kat 7e. Lepastu cukup bulan badan naik, bising kat blog lagi. Kannnn... ish ish ish.


Ok tu aje untuk hari ni. Selamat bermalam Jumaat semua! Baca Yasin tau malam ni! Daa~

No comments: