Thursday, January 3, 2013

Welcome 2013!



Saya dah lambat 3 hari untuk cerita pasal tahun baru. Takpela janji saya nak juga cerita sikit-sikit. Tahun ni la yang paling mencabar minda dan mental. Saya unofficially akan jadi bertambah TUA! Takutnya takutnya. Tapi yang penting, dalam seumur hidup, tahun ni la pertama kalinya saya sambut new year. Hehe. Kawan-kawan ajak buat bbq kat tasik beramai-ramai dan bakar mercun dan tanglung. Wah sungguh seronot. 


So malam new year tu balik kerja je terus saya gigih masak spaghetti untuk malam karang. Sorang lagi perap ayam dan sosej untuk dibakar. Sorang lagi buat potato salad. Jam 9 malam semua dah berkumpul di tasik seksyen 7 Shah Alam. Acara pembakaran pun bermula. Tepat jam 12 malam, pesta bunga api pulak berlangsung. Lepas tu kami sambung cerita hantu sampai jam 2 pagi. Buat hal kan cerita hantu kat tengah2 tasik gelap sunyi tu. Haha. Dan kami tidur jam 4 pagi. Memang terbaik la. Semua orang seronok. Bersyukur dapat kenal kawan-kawan yang sangat sporting dan happening. 


Cerita pasal tahun baru, mesti orang tanya pasal azam kan? Azam tahun lepas saya dah langsaikan HAMPIR kesemuanya. Not bad. So azam saya tahun 2013 ni, nak polish sikit dan sempurnakan azam tahun lepas. Aci tak? Aci je la kot. Dan kalau boleh nak bertambah cantik dan ramping. Biar la tak kawin lagi janji kau meletop. Tak gitu? Ahaks ahaks. 


Ok dah tu je nak bebel. Smile, esok dah Jumaat! =)

No comments: