Selamat Hari Isnin semua! Takmo lemau-lemau ye. Sila cargas. Ke ramai cuti hari ni? Untunglaaa~
Saya nak share sikit produk baru yang saya guna baru-baru ni. Before ni saya ada cerita, saya guna moisturizer Garnier kan? Tapi bila lama-lama guna naik menyampah pulak sebab kulit ada juga yang menggelupas kat area sekitar mulut ni. Kebetulan Garnier tu dah habis, saya pun pergi la farmasi konon nak beli Garnier lagi la. Tetiba staff dia datang tanya cari apa. Dia pun suggest guna Safi Balqis. Dia sapukan krim tu sikit kat tangan saya.
Ni krim nya. Mula-mula saya curiga jugaklah, ni promote barang sendiri ke apa. Tengok dia pakai baju Carrefour, bukanlah wakil dari Safi, so ok la. Dia kata krim ni bagus, kulit jadi lembut dan supple. Harga dalam RM18 kalau tak silap. Malas nak fikir panjang, saya ambik je.
Dia tanya ada pakai krim malam tak? Saya memang tak pernah pakai krim malam, selain tabita dulu. Hehe. Akak tu terkejut dengar jawapan saya, terus dia pegang tangan, "Dik, kena pakai krim malam ni dik, awak muda lagi.. krim malam ni penting." Wah gitu. Sangat serius muka dia time tu. Dia pun suggest pakai krim malam Safi Balqis ni jugak. Puas hati dengan teksture krim tu, saya pun ambik je la. Memang betul pun, saya dah kena pakai krim malam la, umur dah makin tua. Nanti tak lama lagi berkedut sana sini boleh mendatangkan amarah.
Jadi, selama lebih kurang sebulan saya pakai, saya sangat berpuas hati dan jatuh cinta dengan kedua-dua produk ni! Krim pelembap siang tu lepas sapu kat seluruh muka, rasa macam sejuk dan fresh je. Baunya pun wangi. Bedak pun tahan lama, kulit jadi lembut dan supple. Memang best. Even lepas cuci muka untuk solat, saya boleh pakai bedak macam tu je. Kulit tak menggelupas pun. Kalau dulu, kena pakai jugak moisturizer before pakai bedak. Leceh betul.
Krim pelembap malam tu pun wangi. Lepas sapu, rasa macam ada 1 lapisan mask kat muka untuk lindung kulit saya dari terus kering sebab saya kan tido dalam aircond. So not good for my skin. Huhu. Bangun pagi masa ambik wudhuk pun terasa kulit ni lembut je. Memang best la. Lepas ni saya nak beli pencuci muka dia pulak. Memang jatuh cinta tahap serius dengan dua krim pelembap yang saya beli ni.
Mungkin produk ni sesuai dengan kulit saya, sebab tu serasi je kan? Sebagai penutup, meh saya tepek sikit gambar budak tembam fefeeling muka suci.
Dark circle yang ketara sebab tak boleh tido malam tu. Jerawat sana sini yang naik bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Lantaklah situ. Haha. Ok tu je untuk hari ni. Tata! =)
2 comments:
salam singgah, akak nak tanye kenapa dah stop pakai tabita? same with me. ok tak safi ni? akak dah lama usha. samada garnier or safi. leh tak putihkan muka safi perfect 10 ni? ke kena amik yg safi lidah buaya tu plak? tq
salam kak,
sy stop pakai tabita sebab mak saya takut2 kan, katanya nanti lama2 kulit nipis. sebab dah nampak urat merah2 kat pipi saya. hehe. terus terpengaruh dan stop tabita :P
sy dah pakai garnier sebotol tahan beberapa bulan, tak suka sgt. sebab lepas apply moisturizer tu, kulit jadi putih cam opera cina/makcik cleaner. bau pun tak best. dan takde pulak saya rasa dah jadi lebih putih? tak perasan pulak..
so far pakai safi perfect 10 siang & malam ni, saya sgt puas hati. kulit memang lembut dan supple. dah takde lagi kulit menggelupas. bau pun sedap. cerahkan kulit tak sure lagi sebab baru je pakai ni. =)
Post a Comment