Hi uols! Sihat hari ni? Saya tak sihat la. Dari Monday dah demam ala-ala gedik pastu semalam dada macam berkahak. Hopefully tak batuk or selsema. Mana boleh sakit, nanti tak boleh melawat anak buah kat hospital :'(
Oh ye, semalam saya bermalam kat rumah sewa. Duduk sorang sorang jugak sampai kul 12 lebih baru housemate tu balik. Alhamdulillah saya boleh tidur sampai ke pagi. Bangun pagi senyum je sebab masih bernafas. Hehe. Sebelum tidur, saya baca ayat kursi, 3 qul dan doa tidur. Mula2 susah jugak nak tidur mungkin sebab tak selesa bantal tu kot, tapi lama2 terlelap jugak. Legaaaaaa~
Saya taktahu la apa saya fikir masa packing barang semalam. Baju kerja bawa 2 helai je, selimut tertinggal, hal ehwal perempuan pun tertinggal. Pin pun cicir, eh banyak la yang cicir. Selalu lengkap je saya bawa. Agaknya sebab tak sihat kot kan? Fikiran ntah ke mana tah. Ingat nak cuti je tapi mengenangkan kerja banyak tak siap ni dah hujung bulan, saya gagahkan jugak datang kerja. Ni pun rasa macam tak larat, nak ambik mc je tapi mengenangkan gaji belum buat, tahan je. Kejap lagi nak buat gaji pastu submit terus. Harap2 Jumaat dah boleh hantar ke bank. Hikhik.
Sebelum saya sambung buat kerja, sila tengok gambar nasi goreng qaseh yang saya makan semalam.
Takda la sedap mana pun tapi sebab macam banyak benda sampingan, tu yang order. Harga RM6.50. Kat mana? Qaseh Seksyen 13 belakang Tesco Shah Alam. Satay dia sedap gilaaaaaaaa i tellll u. Secucuk 70 sen je. Sila la pergi try okeh. Try satay dia. Sangat recommended. Untung2 terserempak dengan saya.. (bajet retis, ko dah kenapa???) hahahaha. Oklah uols, iols nak gi buat gaji ni. Harap2 dapat la masuk awal, purse dah kempis. Tata!
2 comments:
ohhhhh kita suka sangat pegi lunch dekat Qaseh, sedappppppp !!
yeke? ala tak penah jumpe iza pun. huhu. selalu mkn apa? elyn dah ketagih satay dia laaa.. hari2 pun boleh makan satay tau. hehe
Post a Comment