Salam Jumaat kawan2.
Macam yang saya bagitau sebelum ni, anak buah saya Wan Iman Zahra masuk hospital. Awalnya demam panas, selsema dan batuk 2 minggu tak kebah2. Pergi klinik 3-4 kali doktor bagi ubat demam je. Minum susu taknak, makan taknak, tido pun susah. Asyik merengek je. Akhirnya rabu lepas abang bawa dia ke Hospital Serdang dan terus kena tahan. Masukkan air dan amik darah. Dan bila result keluar, doktor bagitau bad news. Satu family down. Allah bagi ujian dan dugaan untuk kami sekeluarga.
Ini gambar dia latest. Badan dah susut. Ni pun lepas dah sihat. Demam, selsema dah baik. Batuk ada sikit2 lagi. Dah boleh tido, dah boleh minum susu, tapi makan tak berapa nak sangat. Semalam dah transfer ke HKL sebab Hospital Serdang takda kemudahan untuk rawatan dia. Saya blom dapat lawat dia kat HKL sebab kena kerja. Weekend ni memang ke HKL la kami sekeluarga. Kena bagi semangat kat dia. Nak pastikan dia ceria, happy gelak dan terhibur la. Taknak dia rasa sakit, nangis, sedih je. Doktor jangka treatment dia akan dijalankan selama 6 bulan. Semoga adik kuat ye tempuh semua ni. Kitorang semua ada dengan adik, jangan risau.
Semoga nanti lepas habis rawatan, adik sihat macam dulu balik. Macam dalam gambar ni. Gambar ni beberapa minggu sebelum dia sakit. So kawan kawan, tolong doakan anak buah saya kuat dan cepat sembuh ye? Terima kasih. :')
2 comments:
Sakit apa Elyn sampai 6 bulan rawatan? Allah sedihnya rasa hati baca cerita budak2 yang sakit ni :(
Semoga semuanya baik2 je ye, amin
amin! tq iza! :')
Post a Comment