Sunday, March 25, 2012

Merajuk dengan Abah.



Hari ni kan, saya merajuk dengan abah. Sentap sampai nangis teresak2. Haha.



Pagi tadi abah ada rebus ubi keledek. Untuk saja2 makan je. Sebab abah suka makan ubi. Pastu petang tadi tetibe teringin nak buat kuih. Dan teringat pulak ubi tu. Buat cek mek molek terbaik jugak petang2 ni.



Cakap dengan abah nak sikit ubi tu nak buat kuih. Terus abah cakap tak boleh. Tu abah nak makan. Saya terus tarik muka, masuk bilik dan nangis. Erk. Apahal hati tisu sangat eh? Haha. 5 minit lepas tu, abah panggil. Abah suh turun buat cek mek molek. Bertambah laju saya nangis. Hahahaha. Ko dah kenapa Elyn?? Berkali2 abah jerit panggil saya tak turun2. Lepas dah reda nangis, saya turun la bawah. Tapi time tu adik dah beli kuih. So malas la buat kuih lagi.



Tapi abah rase bersalah kot, abah suh buat je. Abah nak tolong buatkan dah tapi mama tak kasi sebab abah bukan sihat sangat tu. Sakit kepala. Saya pun dah takde mood nak buat kuih. Susah betul menjaga budak debab kuat merajuk ni. Haha. Adik balik bawak putu piring kegemaran dengan kuih muih untuk semua orang. Yay!



Saya pun buat air, dan kami anak beranak minum petang sama2 gelak2. Budak debab hati tisu ni dapat makanan suka aje. Padahal tadi nangis2 macamkan orang buat dia teruk sangat. Pasal ubi je pun. Haih. Shame on me! :P


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


No comments: