Wednesday, March 21, 2012

Jogging Yay!



Nak tau tak..? Semalam kan.. kite jogging tau.. Jangan jeles..! Haha. Sapa nak jeles tah. Perasan lebey si debab ni. Setelah plan dari tahun lepas nak jog lepas balik keje, akhirnya semalam ia menjadi kenyataan. Heee. Selama ni baju ada je standby dalam kereta , tapi asyik hujan dan membizi memanjang, tu yang tertangguh tu.



Kebetulan semalam kami keje keras unload barang dari kontena sampai kuar muscle2 tangan semua, member pun ajak jog petang tu. Ingat nak pergi kat stadium je dekat sikit. Tapi budak tu mengada terlebih nak pegi tasik jugak boleh cuci mata. Boleh?? Niat dah lain tu. Layankan je la walaupun buang masa dekat setengah jam redah jem nak menyampai ke tasik Sek 7.



Kitorang bukanla berlari pun. Untuk permulaan, jalan je dulu. Hiks. Jadi la kan dari duduk lepak kat Upin Ipin usha pekeje comel hari2.



Saya ni ada perangai merendah diri terlebih2 tau. Selalu rasa diri ni buruk, huduh, gemok, takde orang nak, tua, makcik2, loser gitu. Tapi member selalu marah. Dan saya anggap dia marah tu sebab nak jaga hati, hakikatnya saya memang buruk. Huhu. Oh member saya ni lelaki tau. Tiap kali keluar dengan saya dia akan tolong tengokkan lelaki2 yang pandang saya pastu suruh saya respon. Erk. Gila kan perangai dia tu? Dah kenapa? Kot ye pun dia pandang, mungkin takde makna apa2. Saja2 nak pandang keliling, kan? Semalam masa jogging tu, saya perasan la memang ada sorang dua pandang saya penuh makna. Haha. Tapi macam biasa saya buat taktau dan teruskan perjalanan. Yang member saya ni dok toleh2 belakang nak tengok lelaki tu still pandang saya ke tak. Pastu dia yang excited, "See, dia pandang kak elyn tau! Saya cakap degil. Comel kot mamat tu. Meh saya mintakkan no fon eh? Nak? ". Sakai kan perangai dia? Kot ye pun orang tu pandang, mungkin dia pandang baju ke, muka macam makcik dia kat kampung ke, dia heran kenapa perempuan ni debab sangat ke, watever la. Tak semestinya dia pandang tu berkenan nak jadikan bini! T____T



Lepas abis jogging, kitorang singgah kedai untuk dinner. Pergh dah macam bf/gf la pulak. Haha. Loser btol rasa. Saya makan sup sayur je okeh. Member dah pelik2 dah. Dia risau tak kenyang. Ciskek btol! Haha. Amazingly, saya kenyang. Rasa sangat terharu dan nak peluk diri sendiri sebab berjaya makan macam orang berdiet. Haha.



Tapi sampai rumah, saya di uji. Bukak fridge nak simpan botol air, sekali ternampak tapai ubi kegemaran! Erghhh! Perlu la time berdiet dia muncul? Sebelum ni takde plak kelibat dia dalam fridge. Isk. Saya tabahkan diri tutup fridge. Masa nak keluar dari dapur, saya terpandang atas meja. Ada lempeng kelapa! Erk! Omaigod Omaigod! Setelah telan air liur 3-4 kali, saya nekad nak rasa sikit je. Hiks. Ada la dalam 2 cubit kot. Pastu terus bukak fridge ambik tapai ubi seketul, masuk mulut, basuh tangan, lari laju2 naik atas. Pastu kurung diri dalam bilik berkunci. Supaya takde perasaan NAK LAGI NAK LAGI muncul. Drama sangat kan? Hahaha. Tapi saya terharu la semangat nak diet sungguh2 tu sangat kuat kali ni. Kenapa ye? Ntah la. Mungkin sebab umur dah makin banyak, pastu tak kawin2, tu yang buatkan saya nak nampak senonoh sikit supaya Anuar Zain or Adam AF sudi terima saya jadi isteri. Eh? Ahaks Ahaks. Nakalnya angan2 ku.. :P



Oh banyaknya bebel. Nampak sangat bos takde kat ofis. Heee. Baiklah mari kita insaf dan bawak bawak la buat keje yang tersadai tu. Oh sebelum tu, tadi saya breakfast salad + sausage tau. Kenyang gila. Terharu dengan perut sendiri. Haha. Ok la tu je. Tata uols~



No comments: