Monday, April 11, 2016

Neighbours Cafe Ampang



Lepas habis majlis kahwin adik, dia nak belanja family makan. Fikir kat mana nak makan pun boleh stress tau? Pastu nak fikir tekak semua orang lagi. Bukanlah satu benda yang mudah. Hahaha.


Dipendekkan cerita, lepas dah survey secara serious oleh ahli keluarga semua, lepas dah suggest beberapa nama tempat dan keje reject, akhirnya abang kata, " Ok dah ada tempat. Confirm pergi sini. Jom siap semua!"


Abang is our survivor!!! Suggested by his friend katanya. Dekat pun dekat. Apa lagi? Jom siap semua! Kita pergi mana? 


Neighbours Cafe, Bukit Indah Ampang. 
Nah click SINI untuk ke page diorang.



Dia shoplot biasa je tapi tetiba cafe ni menonjol, nampak lain dari yang lain. Cafe hipster la macam tu kot? Kot la, kalau salah mintak ampun saya bukan hijabister, tak up to date. Ahaks.



Kami duduk kat belah dalam, sebab ada air cond (dan ada bawak diva tak boleh panas) dan bebas dari asap rokok. Gitu. 



Mintak maaf la gambar tak banyak. Yang ada pun cik tuan blog punya gambar selfie bersama anak buah beliau. Hikhik. 
Dak kecik ni rasa cam nak kunyah2 dia. Geram btol!!!




Damia dan Nayli bersama makngah kesayangan. Ahaks Ahaks.



Finally gambar makanan. Tapi seketul ni je la. Ni pun sebab saya punya. Saya makan Grilled Chicken Chop. Saya nak ambik gambar makanan orang lain tapi kena marah. 
Diorang cakap tak payah ambik gambar, makan je!
Ok fine. MAKAN LA.


Tapi serious talk la kan, SEMUA makanan yang kami order, semuanya sedap. Takde pun dengar orang complain tak sedap ke keras ke apa ke.


Kami order Chicken Chop, Fish & Chips, Creamy Mushroom Spaghetti, Lamb Chop, Meatballs dan tak ingat lagi ape tah. Hikhik.


Chicken Chop sedap giler. Side dish dia bagi broccoli which is my favorite, dengan carrot. Pastu mashed potato dia sedap. Gravy sedap. Coleslaw ok la sebab saya tak suka sangat but sedap la. Yang penting sos chicken chop tu sedap. Saya pilih Mushroom sos.

Fish & Chips dia sedap giler. Rangup, garing, crunchy. Puas hati makan. Serious.

Creamy Mushroom Spaghetti sedaaaaapppppp! Tolongggg! Hahaha. Creamy dan pedas sebab ada cilipadi. Kau rasa? Sedaplah!

Paling penting dalam dunia ni, Lamb Chop dia sedap sangat sangat sangat. Sila take note, saya tak makan kambing ye. Sebab kambing ada bau hamis. Tekak takleh masuk. Tapi Lamb Chop kat sini takda bau hamis please!!! Lembut je masuk dalam mulut saya sambil muka berseri2 sebab sedap. Ha, nampak? Sedap oi!

Meatballs dia macam ikea. Eh mesti la sedap. Duh~

Apa lagi? Haa air pun sedap lah. 

Eh dari atas sampai bawah duk sedap sedap. 
Dah memang sedap. Nak cakap apa lagi? Tapi sayang takde gambar. 
Takpe next time saya harus pergi lagi dan lagi dan lagi. 


Oh ye saya makan brownies Choc with Ice cream jugak. RM 5 jek. Komen? MESTILAH SEDAP OI~
Dah la malas nak type sedap lagi. Sorry la saya tak pandai nak describe kelazatan makanan, saya tau makan jek. Hehe.


Harga? Berpatutan. Bila kau makan lepas tu kau puas hati, mesti kau cakap berpatutan kan? Kalau kau makan lepas tu kau komplen itu ini, tu maknanya harga tu tak patut. Kan?


Kalau nak tau boleh tengok website diorang untuk lebih details. Nak lagi best datang je terus. Mesti tak menyesal. Waiter diorang akan sambut and layan dengan mesra sekali. Serious. Suka!


Lepas tu saya repeat datang dengan buah hati.

Teka saya makan apa? 
Erm.. niat nak makan benda lain la kan, nak tukar2 kononnya.
Fikir punya fikir punya fikir... 
Dari segi healthynya terpaksa lah ambik Chicken Chop lagi. Hehe. 



Sebab ayamnya digrill, ada sayur fav lagi. Dan carbo sikit. Tu la sebabnya. 
Maklumlah orang tengah cuba berdiet ni. Kena ambik kira apa yang masuk dalam mulut jugak.


Dan kesayangan saya order Sirloin Steak Medium Well. 
Kesayangan saya tu Chef tau kat hotel. Hehe. 
Saya berdebar jugak nak tau komen dia.
Saya tengok je dia makan. Dia diammmmm je muka tak pernah tak serious.
Dah tak sabar tunggu saya tanya la, 
"Camne? Ok tak?"
Sambil potong daging tu, dia cakap, 
"Daging dia lembut, memang medium well, dia pakai daging ada kualiti. Even dah sejuk pun tak liat. Ok, not bad"


Haaaa nampak??
Beliau adalah memang tak senang nak puji makanan sesape ye. Bila dia puji tu aku yang happy. Macamkan tu kedai aku pulak. Hampeh. Hahahaha.


So korang, sila la cuba ye. Saya ikhlas ni bagi komen. Ni bukan entry berbayar tau? Saya komen mengikut tekak saya dan family saya. 
Nak tau betul ke tak kesedapannya, korang try sendiri ok?

Tata~



Friday, April 8, 2016

Adik Kawin! (Kenduri Belah Lelaki)



Alhamdulillah majlis kawin adik saya berjalan dengan lancar tanpa ada masalah. 
Walaupun kakak dia yang macam bermasalah sepanjang minggu. Ahaks.


Sedih btul kitorang takde ambik gambar pun. Semua masing2 bz dengan tugas masing2. Sebab semuanya nak buat sendiri.


Saya buat candybooth.
Abah buat lakso.
Adik setup photobooth.
Tiga2 ni semua buat masa hari kenduri. 
Preparation malam sebelum nya, esok pagi masak.
Sampaikan saya yang tak sihat ni rasa nak collapse la malam sebelum kenduri. Huhu.
Bz sebab tak cukup rest dengan tak cuti nya. 
Dia punya bz tu dah terasa 2 minggu sebelum majlis lagi.
Saya dengan program saya sendiri, dengan keje lagi, dengan macam2 nak fikir lagi.
Mama sibuk dengan doorgift 1000 balang dan goodie bag yang bertambah tambah beliau tu.
Kalau type macam ni memang tak terbayang keadaan kitorang yang tunggang langgang tu la pendek kata.


End up candybooth dekat pukul 1 baru beroperasi. Hahaha.
Sebab person in charge 12.30 tak nampak batang hidung lagi. 
Mana taknya, pukul 10.30 pagi baru nak mandi dan gosok baju.
Syabbas betey!


Jom tengok gambar mana yang ada. Memang menyedihkan. Candybooth punya gambar pun takdak. Nice.


Balang untuk doorgift dalam proses pengeringan. 
Ye, kami basuh ye balang ni sebab kotor. Benda nak letak makanan haruslah kene bersih kan?
Murah je beli kat nilai jatuh rm0.90 sebalang. Gittew~


Kad kahwin


 The Pengantins


 Kakak pengantin dengan saudara sepupu. Kami sebaya. 
Single and available. 
Ahaks.


Kakak pengantin dengan bestfren beliau.
Beliau tak available ok. Married with 1 daughter. Gitu.
Motip? Ahaks.


Ok tu je gambar yang saya ada. Wuuu sedih la macam ni. Kita tunggu gambar dari cameraman je la. Taktau tahun bila boleh dapat... kan....


Tapi yang pasti hari tu memang teramat bz sampai taktau apa benda yang aku bzkan. Hahaha.


Lepas ni kenduri kakak pengantin pulak, insyaAllah. 
Taktahu bila la, dengan siapa.
Iols kan single and available?
Kan?
Tau kan?

*Motip ulang banyak2 kali?*


Ok la tu je nak bebel.
Have a great weekend uols! 
Tata!

Friday, March 4, 2016

Quick Updates!


Wah bajet artis sangat nak berquick updates bagai. Ahaks.

Saya adalah sedang memakan megi goreng sambil menjenguk blog.


 Mohon terliur


Lamaaaa tak update blog, tolonggg! Bz melampau plus penat sangat lately. Bz sebab apa pun taktau la, keje sama je. Pastu bila tak bz, otak dan badan terlalu letih untuk bukak blog, apetah lagi nak update. Memang dahulukan yang penting2 je.

Apa yang saya bz kan tu? Ok meh tengok gambar kat bawah.




Bz menyetelkan perihal adik kawin. Yang ni belah perempuan. Belah lelaki belum lagi ye... Ada 1000 balang doorgift untuk dikerjakan! *pitam*
Oh ye adik saya lelaki. Yang tengah tu kalau siapa tanya memang sentap la. Tengah tu kakak dia yang comel, ok? (tuan belog, ehem).


Lagi? Bz apa lagi? 

Bz dengan wedding kawan baik. Dia lantik jadi bridesmaid, so banyak benda nak kene buat jugak. Lebih kurang macam adik nak kawin jugak la, banyak benda nak diuruskan, gitu. Dari mengerjakan kad kawin, buat hantaran, tempah baju, eh macam2 la pendek kata.

Alhamdulillah majlis dah setel dengan jayanya walaupun banyak drama slot akasia. Standard la tu dok? Pengalaman yang tak ternilai harganya =)

Bridesmaid yang tomei

Tuan belog feeling bollywood ke apa pun taktau la. Nak merasa pakai inai. Nak tunggu sendiri punya kawin taktau bila kan? So meh kita melaram sama henna di tangan. Hikhik. Cantik ke tidak?? Semua kena cakap cantik ok?? (Paksa)


Lagi bz apa lagi Cik Elyn?


Haa ni paling best. Start dari hujung bulan 1, saya dah join 1 program exercise ni. Komitmen dia kena workout tiap Isnin dan Rabu. Jadi tiap Isnin dan Rabu jugak la saya akan sampai rumah lewat dan setel semua, ready untuk tido jam 12 lebih macam tu. Esoknya kena bangun jam 6 pagi. Jadi memang tak cukup tido. Dah la tak cukup rest, workout tu sendiri ada masanya meninggalkan muscle sore yang teramat dasyat sampai nak berjalan, nak bergerak, apetah lagi nak naik tangga sangat hazab! Tapi bukan selalu. Walaupun bukan selalu kadang2 ambik masa seminggu untuk lega T__T

Jadi, masa rehat saya, saya akan isikan dengan tido petang. Hahaha. Sebab tu la takda masa nak jenguk blog.


Dalam bulan February je tiap minggu ada kenduri dan majlis. Ni dah masuk bulan March kan? Kenduri adik belah pihak lelaki pulak bakal menyusul. 

Macam biasa Cik Elyn akan menjadi orang penting yang zupzap ke sana ke sini tak cukup rehat nak memenuhi kehendak masyarakat. 

Ok tu je kot nak cerita. Nanti dah setel majlis belah lelaki, saya belanja gambar lagi ok?

Tata korang! Nak balik dah~

Friday, January 22, 2016

Dapat Present, Yay!



Amboi lamanya tak update. 
Bukan la bz sesangat cuma bos sekarang suka duduk sebelah saya. Sebab kat sini tersorok sikit, so dia jadikan port tido dia! Chait!
Makanyaaaa... tak boleh la sebarangan bersenang senang hapdet blog dah. Even lunch time ke apa, sibuk nak duduk sini jugak. Haish.

Takda apa sangat nak cerita, tapi ada satu cerita best minggu lepas. 
Serious sangat best.

Cik abang saya ni orangnya garang. Muka pun ganas (tapi chumils). Rasanya ramai takut dengan dia. Hahaha. Ntah macam mana la ko boleh terkenan, Elyn?

Minggu lepas saya bergurau dengan dia. Dapat bonus nanti boleh la belanja purse untuk saya, sebab dah tahap malu nak keluarkan purse dari handbag. Dah koyak rabak dan tertanggal kulit bagai. Mungkin sepudar cinta pada ex jugak la kot? (Purse lama ni ex belikan, huhu).

Esoknya..

Tiba2 pepagi dia masuk ofis kelam kabut. Laju je menonong ambik selotape dari meja saya pastu dengan muka serious dia seal satu kotak ni. 
Saya perati je dia..
Muka serious tak boleh blah..
Dalam hati tertanya2 apa benda la dalam kotak tu sampai beriya nak seal..
Kotak cream cheese ok!

Bila dah siap dah puas hati dia selotape kotak tu, dia kata "tumpang sini jap eh", sambil letak kotak tu kat belakang workstation saya. 

Pastu lajuuuuuuu je dia keluar. Sampai saya kena panggil dia, 
"Eh jap jap! Nak pegi mana tu? Amboi tak tegur saya langsung eh?"
Berkerut muka dia masa saya panggil. Hahaha..
Saya tengok bibir dia pucat sket. Pastu taknak pandang muka saya sangat.
Cuba elak dari buat eye contact.
Dalam hati dah pelik, apa kena laki aku ni. Ada masalah ke kat atas. Nampak tak terurus betul pepagi ni.

"Saya bz ni. Banyak keje kat atas".

"Apa dalam kotak ni?"

"Bukak lah". Sambil laju2 keluar ofis.

Eh eh dia ni?

Pastu saya buat sardin je la, sambung buat keje dan teruskan hidup seperti biasa.
Setengah jam lepas tu, dia wasap.

"Tak bukak lagi ke kotak tu?"

"Laa, suruh saya bukak ke? Apa dalam tu?"

"Bukak la, kan dah suruh bukak tadi"

"Untuk saya ke?"

"Ye laa......"

Hahaha mana tahu betul2 dia suruh bukak. Adeh...

Lantas saya pun berkobar2 la potong selotape sambil tersengih2. Terkenangkan betapa seriousnya dia selotape kotak tu tadi pastu rupanya dia nak suruh kite bukak kotak tu T___T

Dan...

Rupanya ada ini dalam kotak tersebut...



Dia belikan purse rupanya.. Haha!

Serious saya tergelak masa tengok purse tu. 1st, tak sangka dia betul2 beli. 2nd, KENAPA WARNA OREN? Hahaha.

Dia tanya ok ke tak? Suka ke tak?

Ok sayang.. Sukaaaaaaaa..

Sampai sekarang tak abis lagi saya sengih kalau teringat benda ni. 
My super garang BF trying his hard to be sweet! Dan ia menjadik! 
Syabbas betey!

Sebagai penutup, saya lampirkan muka happy saya sebagai bukti.




Sekian, tata!