Friday, March 4, 2016

Quick Updates!


Wah bajet artis sangat nak berquick updates bagai. Ahaks.

Saya adalah sedang memakan megi goreng sambil menjenguk blog.


 Mohon terliur


Lamaaaa tak update blog, tolonggg! Bz melampau plus penat sangat lately. Bz sebab apa pun taktau la, keje sama je. Pastu bila tak bz, otak dan badan terlalu letih untuk bukak blog, apetah lagi nak update. Memang dahulukan yang penting2 je.

Apa yang saya bz kan tu? Ok meh tengok gambar kat bawah.




Bz menyetelkan perihal adik kawin. Yang ni belah perempuan. Belah lelaki belum lagi ye... Ada 1000 balang doorgift untuk dikerjakan! *pitam*
Oh ye adik saya lelaki. Yang tengah tu kalau siapa tanya memang sentap la. Tengah tu kakak dia yang comel, ok? (tuan belog, ehem).


Lagi? Bz apa lagi? 

Bz dengan wedding kawan baik. Dia lantik jadi bridesmaid, so banyak benda nak kene buat jugak. Lebih kurang macam adik nak kawin jugak la, banyak benda nak diuruskan, gitu. Dari mengerjakan kad kawin, buat hantaran, tempah baju, eh macam2 la pendek kata.

Alhamdulillah majlis dah setel dengan jayanya walaupun banyak drama slot akasia. Standard la tu dok? Pengalaman yang tak ternilai harganya =)

Bridesmaid yang tomei

Tuan belog feeling bollywood ke apa pun taktau la. Nak merasa pakai inai. Nak tunggu sendiri punya kawin taktau bila kan? So meh kita melaram sama henna di tangan. Hikhik. Cantik ke tidak?? Semua kena cakap cantik ok?? (Paksa)


Lagi bz apa lagi Cik Elyn?


Haa ni paling best. Start dari hujung bulan 1, saya dah join 1 program exercise ni. Komitmen dia kena workout tiap Isnin dan Rabu. Jadi tiap Isnin dan Rabu jugak la saya akan sampai rumah lewat dan setel semua, ready untuk tido jam 12 lebih macam tu. Esoknya kena bangun jam 6 pagi. Jadi memang tak cukup tido. Dah la tak cukup rest, workout tu sendiri ada masanya meninggalkan muscle sore yang teramat dasyat sampai nak berjalan, nak bergerak, apetah lagi nak naik tangga sangat hazab! Tapi bukan selalu. Walaupun bukan selalu kadang2 ambik masa seminggu untuk lega T__T

Jadi, masa rehat saya, saya akan isikan dengan tido petang. Hahaha. Sebab tu la takda masa nak jenguk blog.


Dalam bulan February je tiap minggu ada kenduri dan majlis. Ni dah masuk bulan March kan? Kenduri adik belah pihak lelaki pulak bakal menyusul. 

Macam biasa Cik Elyn akan menjadi orang penting yang zupzap ke sana ke sini tak cukup rehat nak memenuhi kehendak masyarakat. 

Ok tu je kot nak cerita. Nanti dah setel majlis belah lelaki, saya belanja gambar lagi ok?

Tata korang! Nak balik dah~

No comments: