Ni kali kedua berbuka dengan ehem ehem. Kali pertama masa birthday dia 14hb hari tu.
Plannya nak tengok Conjuring 2. Tetiba jadi lain. Kami terus deal nak pergi Tanjung Karang. Buat apa? Makan satay! Weeehuu~
Dari Ampang ke Tanjung Karang with Love : Tajuk Album
Kenapa jauh sangat la? Dari dulu sebenarnya dia duk sebut2 nak makan kat sini. Dah berbulan gamaknya. Saya tak pernah lagi makan kat sini. Dulu pernah lalu je. Memang terkenal jugak tempat ni.
So semalam kami ke sini lepas asar. Sampai sana dalam pukul 6. Terus reserve dan order satay sekali. Dia ada lauk dan nasi campur, ada nasi goreng budget, mee goreng budget dan mee bandung. Saya makan satay je. Cik abang makan nasi campur dengan sambal sotong dan gulai kulit lembu. Erk. First time dengar please gulai kulit lembu. Huhu.
Yang best kat sini, dia ada sediakan satu table FOC. Atas table tu ada ais kosong, bubur pulut hitam dan tembikai. Ambik la berpada2, takmo tamak. Bubur dia sangat la sedap, tolonglahh...
Saya tak sempat nak tambah, sebab dah kene jeling. Fine.
Kami ambik satay besar. Secucuk RM1.60. Dalam gambar nampak kecik. Padahal besar ya ampun. Lidi dia pun pakai yg jenis besar tu. Bukan lidi satay biasa. Untuk orang debab macam saya ni, makan dua cucuk dah rasa penuh perut. Acaner tu??
Oh ye semua satay ayam saje tau? Satay lain takde. Tak payah nak berangan order satay perut bagai.
Belanja gambar si debab tengah pandang kiri kanan tunggu waktu berbuka.
Ok tu je setakat ni. Pas berbuka kami terus balik. Hujan sepanjang jalan. MRR2 pun jem. Jem tanpa sebab. Org KL memang jakun kalau hujan turun kot? Semua pakat bawak 20kmj je.
Akhir kata, memang tak rugi datang jauh2. Puas hati dan sedap sataynye. Kami ambik lauk sambal sotong tu RM2.00 je semangkuk kecik. Banyak jugak portion dia. Murah la kan? Next time boleh datang lagi.
Selamat berpuasa korang!
No comments:
Post a Comment