Phew~
Sekarang mood dah ok. Susah jadi perempuan ni. Tak boleh nak control mood yang berubah ubah ikut musim! Nasib la orang sekeliling yang terpaksa hadap weols ni.. hikhik.
Minggu lepas tetiba duk craving KFC. Sebabnya ialah terpengaruh dengan iklan Hot Cheesy dia tu la. Macam teringin sangat nak rasa hebat ke diorang tu.
Hari selasa balik rumah ajak mama pergi KFC. Tapi takda jawapan. Bunyi cengkerik je. Ok takpe, kita makan nasik pastu deting dengan Tuan Anas Mikael. Lupa pasal KFC kejap.
Esoknya mengadu kat Chef kesayangan perihal kempunan KFC. Nasib baikkkkk la masih ada yang sayang, beliau ajak pergi makan KFC pas abis keje. Yippie! Sayang awak ketat2!
Sampai sana harusla pilih menu Hot & Cheesy yang macam best sangat diorang iklankan tu. End up makan dengan perasaan tak puas hati dan menyesal. TAK BEST PON!
Spicy chicken biasa jek, pastu dia bagi cheese buat cicah2 T__T
Tapi takpelah. Hilang kempunan. Walaupun rasa macam kena tipu. Haha.
Dan.. yang lagi best..
Balik rumah tengok ada 1 bucket KFC Hot & Cheesy atas meja.
At least saya tahu rupanya ramai yang sayang saya dalam diam. Hahaha.
Makan KFC sampai muntah, Elyn. Sila jangan mintak2 lagi!
Panjangnya mukadimah pasal KFC dia.. Sebenarnya nak ceita pasal kereta. Sabtu lepas masa tengah basuh kereta kat kedai, baru perasan antenna dah jadik macam ni.
Taktau la bila jadi tu. Kesian tengok dia terkulai macam tu. Ambik gambar dan mengadu kat Chef kesayangan lagik. (Kesian dia asik jadi mangsa aduan jek). Dia suruh rilek je dulu nanti dia fikirkan. Tapi si debab ni kan tengah mood tak betul minggu lepas, dia terus pergi workshop dan tanya pasal brake pad and antenna. Lalu kena marah dengan Chef. Haha padan muka aku.
Dan semalam saya dah dapat antenna baru, wiper baru dan brake pad baru. Takde dah bunyi macam lori kalau brek tengah jalan waktu jem. Hikhik. Macam mana la tak sayang macam ni? Tell me?
Semoga Allah rahmati Chef kesayangan saya, berikan dia rezeki yang melimpah ruah, kaya raya, pastu boleh kawin dengan saya, amin! Korang aminkan jugak tau? Mana tau Allah makbulkan kalau ramai yang mendoakan sama. Hikhik.
Ok la tu je nak share. Tata korang!
No comments:
Post a Comment