Assalamualaikum, Alhamdulillah berkesempatan kita bertemu di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Ok dah dah jangan nak skema sangat ayat. Hikhik.
Tak sangka akhirnya saya tergerak nak update blog setelah sekian lama bermalas malasan. Yang jadi malas tu bukannya apa, bila kita tahu ada orang yang tak sepatutnya baca blog kita. Tu yang jadi nyampah tu. Dia bukanlah nak baca sangat pun, lebih pada nak stalk je. Double nyampah. Kita dah la jenis bukan promote blog. Yang terjumpa pun tak sengaja je. Kawan2, family, boipreng, scandal, temantapimesra, semua la tak tahu si debab ni rupanya ada blog. Kalau diorang terjumpa nasib laaaaaaa. Dunia ni kan kecik je.
Hari ni saya nak share pengalaman saya bersahur. Masa kecik dulu tak sahur pun steady lagi. Tapi bila dah dewasa ni, dah start makan ubat kurus pelbagai jenis (ada hati nak kurus konon, tapi takkkk jugak kurus), mula la datang penyakit gastrik la migraine la angin la. Padahal dulu2 takda pun penyakit ni semua. Padan muka, rasakan!
Paling teruk 3 tahun lepas la saya langsung tak boleh puasa. Walaupun makan nasik 2 3 pinggan masa sahur pun, kul 10 pagi saya dah tersangat KO sampai muntah, pening, tak boleh bangun, kepala rasa nak pecah, berpeluh2. Sudahnya terpaksa buka puasa pastu slowly dia akan pulih seperti sediakala T___T
Sesiapa yang senasib dengan saya yang susah sangat nak puasa sebab gastrik teruk + migrain teruk boleh la cuba try test.
Setiap kali sahur saya akan buat oat. Bukan yang 3 in 1 tu, ni bikin sendiri. 1 cawan air panas, 3 sudu oat, 2 sudu nestum, susu pekat. Jangan pekat sangat nanti susah nak minum. Kalau nak buat pekat boleh jugak, jadi macam gambar bawah ni. Terpulang ikut selera la. Biasenya time sahur ni nak cepat tak dan nak potong buah la cedok2 oat la. Minum kan laju je zasss terus habis.
Lepas tu saya akan makan nasik sikit sebab family suruh makan. Sikit je tau macam sesenduk je. Elakkan makanan pedas, masin dan masam. Tolongla jangan makan pedas dan masam time sahur. Time berbuka takpe.
Dan sebagai penutupnya, Saya makan kurma dalam 1 atau 3 biji. Lagi bagus kalau dapat makan 7 biji. Tapi biasanya saya makan sebiji jek sebab dah terlampau kenyang banyak sangat sumbat dalam perut pepagi tu. Pastu pastikan minum air lebih kurang 2 - 3 cawan. Jangan lebih. Air kosong ye bukan air manis.
Ok dah, tu je. Insya Allah tahan sampai berbuka steady je lagi takda pening, takda gastrik, Cuma tekak haus la kalau cuaca panas. Tu biasa la kan, tak haus tak puasa namanya.
Tahun lepas saya just makan oat cicah dengan biskut weetameal je sebab duk rumah sewa, tak kuasa nak masak nasik la bagai. Pun tahan jugak. Pendek kata oat ni memang buat rasa kenyang lama.
Ni ada orang share kat pisbuk. Memang ada betulnya jugak kan.
So sesiapa senasib dengan saya bolehla cuba, harap korang boleh puasa macam orang normal. Takdela senget je kepala bila dah tengah ari tu. Pastu terbaring je macam sakit teruk. Kesian.. Huhu.
No comments:
Post a Comment