Thursday, April 4, 2013

Langkawi 2013



Hello! Saya baru je balik dari Kelate ni. 1st day kerja lepas lama cuti, dan diduga dengan demam light light. Terus minum air banyak2 dan sekarang rasa dah kebah kot demam tu. Harap tak melarat la. Susah nak buat kerja kalau demam + sakit kepala :(


Baiklah. Ada banyak gambar saya nak share disepanjang keberadaan saya di Langkawi. Tapi banyaknya gambar makanan je la ye. Kata datang untuk kerja. Takkan nak berjoli sakan pulak kan?


Kami bertiga dihantar oleh bos ke Langkawi untuk pastikan outlet berada dalam keadaan baik baik sebelum LIMA 2013 start. Al maklumlah, time tu Langkawi adalah penuh padat dengan pelancong dari dalam dan luar negeri. Sales jugak dijangka berganda dari hari biasa. Barang kena cukup, rupabentuk outlet pun mesti nampak hebat untuk menarik minat orang masuk ke kedai. Tak gitu? Hiks.





Ni gambar kami dengan bos. Teka la saya mana satu. Kalau tak dapat teka, sentap 3 jam! Haha. Senang2 datang la jenguk outlet kami ye? Kat tengah2 hall area departure tu. Staff kami pun ramah-ramah belaka. Comel pulak tu (ehem).


Dalam entry Langkawi yang lepas, saya ada bagitahu pasal chicken chop RM5 kan? Kali ni saya bawak kawan-kawan try kedai tu jugak sebab dekat dengan homestay kami pun. Diorang memang teruja and happy sangat sebab murah. Mana nak dapat kat KL macam ni. Rasa dia pun sedap je okeh.





Ni menu kat kedai tu. Semua murah2. Ahad malam kami tak sempat nak makan kat kedai, kami tapau je makan kat homestay. Masing masing nak tengok Bintang Mencari Bintang. Haha. Oh masa tengah tapau tu ada nasi lemak bungkus atas meja. Sebabkan lapar sangat, kami makan la nasi lemak tu dulu. Ya Allah sedapnyaaaaaa. Sebungkus seringgit je. Portion dia banyak. Siap ada telur dan sambal ikan bilis. Kawan saya cakap kat kedai ni semuanya sedap kenapaaaa? Haha. Oh yang lagi menarik, pengendali makanan / owner adalah nampak bersih dan menutup aurat. Ai loike. Bukan macam kat KL, semua nampak macam pengotor dan pelik-pelik je. Not loike.




Ni namanya Beef Grill. Jangan taktau, ada sepotong hotdog menyorok kat bawah tu.




Saya makan Chicken Grill. Rasa dia not bad la sedap la kan untuk harga 5 ringgit tu tolong jangan banyak songeh la kan. Dia bagi sekali dengan black pepper sauce. Tapi saya lagi suka Chicken Chop. Hehe. Oh ye, kawan-kawan saya beli sampai 2 set each okeh. Saya je makan 1 set + nasi lemak sebungkus. Banyak sangat makan, takut la pulak. Tu yang insaf beli 1 set walaupun murah sangat. Huhu.


Kami jumpa 1 lagi tempat menarik. Kedai 2 ringgit. Selalunya orang ingat kedai 2 ringgit ni jual barang kecik2 tu kan? Ni tak ye. Ini adalah kedai makan. Terletak kat area Kedawang memang betul2 tepi jalan je. Boleh nampak la kalau uols lalu Kedawang nak ke Chenang or Kuah. 




Tapi menu kat sini limited. Harga makanan yang berharga RM2 adalah Nasi Ayam, Roti John, Burger, Hotdog dan Ice blended. Ada macam2 pilihan la ofkos. Contoh set nasi ayam yang kami makan seperti di atas ni. Rasa dia macam nasi ayam yang kita buat kat rumah. Ok la kan? 2 ringgit oi! Sudu dan garfu dia comel okeh. Banyak lagi yang kami makan. Kawan saya sampai 3 pinggan. Dia makan nasi ayam, roti john dan burger. T_______T





Ececeh. Tengok la muka happy tau dapat makan. Cuba suruh buat kerja, mau masam mencuka muka masing-masing. Ahaks. Duduk atas kusyen je ye. Decoration kedai ni menarik. Very simple, straight forward and nice. Apa yang straight forward pun aku taktau la. Haha. Sebenarnya nak cakap tak serabut, simple senang diterima hiasan dia. :P





Ha tengok muka si debab tu. Muka tak puas hati ke apa pun tak tau la. Tu tengah kusyuk dengar abang tu cerita perihal asal usul la, menu la. Dengar dengan tekun kaedahnya muka tu. 


Lepas dah makan, kami jalan-jalan kat Chenang. Rasanya tiap-tiap malam kami ke sana kot. Adaaaaaa je benda nak cari. Alasan kuat berjalan. Huhu. Dan malam terakhir kat sana, kami masuk dalam Leena Bakery dan terjumpa Durian Crepe. 5 ketui RM10. Terus beli la apa lagi kannn. 





Memang menarik la sedap betul! Makan dalam bilik gelap pun takde hal. Huhu.


Oh ye, kami ada jugak makan kat kedai Hj Jelani yang tepi jalan kat Chenang tu. Hari2 lalu situ mana boleh tahan. Mesti mau try jugak kan? Makan tomyam adalah wajib kat sana. Memang mengancam la tomyam dia. Pekat, pedas, masam, manis. Memang meleleh air hidung tatkala menikmatinya. Haha. Ada mat salleh tengah hirup2 tomyam tersedak la pulak. Kesian dia. Mesti sengsara sebab tomyam adalah sangat pedash! 


Last but not least, pergi Langkawi kalau tak beli coklat memang tak sah la. Dalam pada takda budget, takda peruntukan, tengah diet, takmo makan coklat, saya terhabis RM186 hanya untuk coklat sahaja. *gulp*. Teruk kan? Macam biasa la beli cadbury, forerro rocher, beryls tiramisu, kinder bueno, daim, toblerone dan akhir sekali nutella. Cari nutella bekas besar habis okeh! Yang ada cuma weekly package. Tu pun tak semua kedai ada. 



Comel kan? Ada 7 bekas kecik2 30gram je. Comel rasa taknak makan! Mengada tauuuuu buat bekas kecik2 camni. Lepas dah habis takkan nak dibuang je? Tak sampai hati pelisss :'(


Itu saje cerita saya untuk trip ke Langkawi kali ni. Tak banyak yang menarik. Banyak cerita pasal makanan je. Sebab kami memang tak berjalan. Masa dihabiskan kat airport je. Nasib baik la airport tengah happening. Penuh dengan abang2 askar dan pilot. Teruja ai tawww~ Hikhik.


Oh ye, kereta dan penginapan, macam biasa la still contact kak yati. Dia mesti bagi best price untuk kami. Siapa berminat boleh tanya ye. Tak minat, duduk dendiam. Eh, kalau ada berminat kat si debab ni pun boleh tanya jugak, takda masalah la. Hahahahahahah larikkkkkkkkkkk~


2 comments:

damiamaaisara said...

Nak tanya contact no kak yati pasal nak sewa kereta...viva ada? ke Langkawi pada 29 hb 10 205...esok lusa tulat jer lagi...terima kasih

-eLyNhere- said...


cuba call Kak Yati.
012-4750901

Saya tak pasti nombor ni still guna ke tak sebab dah lama tak contact dia.