Akhirnya keluar jugak entry ni. Sekian lama memendam rasa berusaha gigih cari masa dan mood yang sesuai. Huhu.
Kami pergi ke Langkawi 3-6 October 2012 naik Air Asia. Tiket tu dah ditempah setahun yang lepas melalui tambang murah. Takda la murah sangat kot, pergi balik 5 orang termasuk insurance dan sebagainya total RM705.
Mula-mula dah booked bilik dekat Malibest untuk 3 malam. Dan dah bayar deposit untuk 1 malam. Tetiba last minit kawan bagitau ada contact untuk dapat rumah sewa + kereta murah. Jadinya kami duduk semalam je kat Malibest. 2 malam lagi kami tido di rumah sewa tu. Orang tu bagi rumah + kereta avanza baru RM200 sehari. Murah la kot sebab rumah tu teres dua tingkat, fully furnished, ada 2 aircond siap dengan mesin basuh. Kami buat macam rumah sendiri siap basuh baju jemur kat ampaian rumah sebelum keluar memana. Haha. So seronok.
Hari pertama sampai tu dah petang. Alhamdulillah cuaca elok, panas terik mencucuk cucuk. So ambik kereta, pegi makan dan terus check in je. Lepak kat bilik kejap, mandi dan solat segala la. Dalam pukul 9 macam tu kami keluar jenjalan kat kedai kakilima pantai Chenang tu. Round sampai berpeluh-peluh. Disebabkan tadi makan pun dah lewat, kami beli roti BreadTalk je makan dalam bilik as a supper la kunun. Boleh dikatakan hari-hari kami beli roti tu. Sebab bila dekat nak closing, dia bagi diskaun 30%. Nyums $!
Hari kedua kami plan nak ke Cable Car dan UnderwaterWorld. Malangnya pagi-pagi lagi dah gerimis dan mendung. Nak taknak kami teruskan jugak plan tu. Memang hujan sampai ke tengah hari rupanya. Dan tak boleh naik pun jambatan gantung tu. Diorang tutup. Tak pasti renovation atau sebab cuaca. Jadinya kami bayar RM15 sorang untuk naik cable car semata je la. Punah harapan nak naik jambatan gantung.
Cuaca macam ni je kat atas tu setiap masa. Gerimis dan angin kuat. Tak rasa macam kat Langkawi pulak. Rasa macam ada kat Genting. Hehe.
Turun je dari cable car, terus cari tempat makan untuk lunch. Kami pergi kat kedai tepi jalan je. Lepas tu terus ke underwater world melawat penguin dan ikan comel-comel. Bayaran masuk harga biasa adult RM38. Kalau tunjuk IC dapat RM28. Warga emas dan government servant RM22. So saya guna kad mak saya, dapat la semua merasa tiket RM22 sorang, yay! Gambar tak ambik sebab masing2 teruja tengok binatang kat dalam tu. Tambahan pulak budak skolah berlari-lari memang annoying sungguh la, tak selera langsung nak bergambar.
Part yang paling best, kami ternampak 1 kedai makan tepi jalan on the way ke kawasan perumahan tempat kami tinggal tu. Tiap kali lalu mesti terbaca. Dia tulis kat papan tanda depan kedai besar2, 'Chicken Chop RM4.50'. Haruslah mata terpaku kat nombor tu kan. Ingat saya sorang je, rupanya semua orang pun terpandang benda yang sama dan tak percaya la ada chicken chop rm4.50 kan. Mana nak jumpa kat KL ni? Makanya malam tu kami nekad nak try rasa chicken chop kat kedai tu. Dia ada set chicken chop, fish and chips dengan beef steak. Semua pun RM4.50.
Kami order 5 chicken chop dan extra 1 fish and chips. In case memasing tak kenyang kan. Dengan harga rm4.50 tu kami bayangkan portionnya mungkin menyedihkan la kan. Haha. Sekali sampai, nah! Siap ada sosej okeh. Kat KL hado?? Siapa tak kenyang boleh tampar muka sendiri laju-laju. Yang extra fish and chips tu pun masing2 cuit sorang sikit, lama-lama licin. Hehe. Kami order limau ais pun dia hantar yang special punya. Siap ada asam boi 3 ketui kat dalam tu. Harga? Singgit je. Menakjubkan bukan? Memang tak putus2 kami puji kedai tu la. Tapi yang tak bestnya cepat sangat habis. Orang tak putus-putus datang. Ada pak lebai pakai kopiah, ada geng makcik2 veteren 1 group hang out agaknya. Memang variety okeh customer dia. Respek habis la. Sure kedai tu famous among orang2 sana kan? Kami orang luar je yang bertuah sebab ternampak signboard dorang tu. Hiks. Lepas makan, kami round ke chenang lagi. Memang tetiap malam akan pegi sana la. Ada je benda nak cari. Saya yakin tu alasan adik2 je nak berjalan. Bosan lettew duk rumah memalam~
Hari ke-3, kami bermandi manda di Pantai Tengkorak. Serious lawa sangat pantainya. Airnya pun cantik. Orang pun tak ramai. Tu yang paling penting. Hehe. Ada la 2 family je kot selain kami kat situ.
Cantik kan? Kan? Suka sangat! Kalau la kulit saya jenis tak cepat hitam, memang saya mandi tak naik2 dah. Sebab sedar diri tu yang rendam lebih kurang je tu.
Petangnya, kami ber island hopping pulak. RM25 sorang untuk 3 pit stop. Pulau beras basah, Tasik Dayang Bunting dan eagle feeding. Helang2 kat situ kolestrol mesti terok kot, diorang hari2 makan kulit ayam. So not good. Tapi serious banyak sangat helang. Comel!
Ini Pulau Beras Basah. Saya dengan mama tak mandi. Abah dengan adik lelaki 2 orang tu je mandi.
Rasa macam takda apa yang special kot kat sini. Boring je.
Ini kat tasik dayang bunting. Macam mana kat pulau ada tasik? Ye, bukan tepi laut je ye. Kene daki dan turun bukit yang curam baru sampai tasik tu. Saya adalah mengah! Memalukan. Padahal masa tu kan macam tengah aktif jogging siap hiking Broga Hills lagi. Cis.
Tasiknya memang sangat dalam. 14 meter kalau tak silap. Saya tak mandi sebab tak bawak baju. Ikutkan memang nak sangat mandi. Berahi tengok air tasik tu tau! *motip?? :P* Yang tengah menyelam tu adalah abah saya. Orang lain semua pakai safety jaket, kami anak beranak terjun dalam air selambe tak pakai jaket. Gangster btul. Nasib baik dalam badan banyak angin, bolehla terapung. Haha. Tapi saya dah tau semua tu turun dari mana......dari abah la. Mama confirm tak suka berendam :P
Untuk siapa2 nak naik boat ni pun boleh. Bayarannya nggak tahu donk. Bisa tanya sama pekerja di kaunter. Hee.
Ni confirm bukan kaki saya. Dah kenapa bulu banyak sangat? Ni kaki adik saya yang sedang bermanja dengan ikan keli. Perlu ke guna keli untuk fish spa?? Tak sesuai okeh. Kang dah kena gigitan cinta baru nak insaf. Banyak pulak tu ikan tu. Yang besar peha pun ada, tapi belah bawah2 sikit. Scary!
Dan inilah part yang paling baik! Asal pasal makan je semua yang paling baik kan elyn? Haish. Ok serious balik. Ni adalah pengumuman penting! Sesiapa datang Langkawi wajib try makan kat Restoran Nelayan ni! Wajib okeh! Tapi ni wajib kalau tak buat tak berdosa, buat pun tak dapat pahala. Dosa pahala tu kan kerja Allah? Eh apa ko merepek ni elyn?!
Di sini jety tempat nelayan bawak naik hasil tangkapan mereka. So makanan laut semua adalah fresh dan murah. Kita pilih sendiri apa yang kita nak makan, nak masak macam mana, timbang dan tunggu hidangan sampai. Lepas makan boleh bayar dengan senang hati. Environment pun cantik. Di kelilingi paya bakau yang comel. Ahhhhh i love the smell of paya bakau. *poyo*
Kami pilih siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, udang goreng butter, lala masak tomyam dan kailan ikan masin. Makan untuk 5 orang. Total resit adalah RM111.40, dapat diskaun 0.40 sen. Terbaik! Memang puas hati dan lepas makan masing-masing tersandar. So not good. Huhu.
Rasanya tu aje yang penting2 nak diceritakan. Kami balik hari Sabtu, 6 October flight pukul 4 petang. Cecah kaki kat LCCT je terus terasa kesesakan ibukota. Perjalanan nak balik rumah pun masing2 stress dengan hingar bingar kotaraya ni. Ewah ayat. Ahaks. Eh tapi serious tau terasa. Langkawi sangat aman damai lapang minda. Airport dia pun lengang, rileks, takyah kecoh2 nak cek in awal. Oh ye jangan lupa CASA IMPIAN pun ada kat Airport Langkawi. Sudi sudikanlah singgah sekiranya ke sana ya? Hikhik.
Baiklah, sekian saja bebelan saya untuk kali ni. Salam malam jumaat kawan-kawan semua! =)
2 comments:
Tumpang tanya, macam mana nak ke kedai chicken chop rm4.50 tu..Di harap bleh ler sertakan map or gps cordinate..
TQ
ni fb nya. ada alamat sekali.
https://www.facebook.com/pages/warung-meet-uncle-bob-langkawi/179548875463419
Post a Comment