Friday, September 21, 2012

Broga Hill Akhirnya!




Ye kawan-kawan, akhirnya saya sampai jugak di puncak broga tu. Selama ni tengok gambar orang je kan. Dapat jugak tengok dengan mata sendiri betapa cantiknya pemandangan dari atas puncak tu. Hikhik.


Ni plan mengejut namanya. Housemate ajak join diorang panjat bukit broga Sabtu lepas. Saya tak fikir panjang pun, terus setuju je. Saya taktau pun camne rupabentuk pendakian bukit tu. Cuma diorang pesan suruh jogging at least 3 kali seminggu before naik broga. Supaya muscle dan urat saraf tidaklah terkejut beruk tetiba je kena keje keras gitu.. Jadinya minggu lepas memang saya jogging 3 kali kat tasik seksyen 7 yang gulap gulita itu. Gigih kan? :P


Kami bertolak jam 4.30 pagi. Sampai sana dalam lebih kurang 5.30 pagi. Bayar parking RM2 dan masuk kawasan kelapa sawit. Serem jugak tapi sebabkan ramai orang dan riuh rendah macam pasar, terus jadi berani. Hehe. Lepas buat warm up satu group, kami mulakan perjalanan. Oh ye, kami bertujuh, 4 boboy, 3 gegirl. 


Mula2 memang jalan agak rata sikit, tapi ada pendakian la. Lepas 10 langkah je saya dah mengah. Dalam hati dah risau ni, takkan baru beberapa langkah dah penat? Hello? Baru mula kot! Tapi saya diamkan aje. Tapi takleh nak diam sangat la sebab nafas dah makin laju dan mengah2 hengah tu dapat didengari oleh orang sekeliling. Haha. Tak lama lepas tu terus start mendaki. Ye, MENDAKI. Memang stok daki sungguh2 atas tanah macam naik tangga tu. Tapi tangga ada pemegang, ni takda pemegang. Adoila. Untuk budak debab yang tak penah buat aktiviti lasak macam tu, haruslah panik dan letih serta putus semangat tiba2. Hehe. Langkah 5 tapak, rasa macam nak putus nyawa tak sanggup teruskan lagi. Penat dia tu sampai nak pitam muka jadi panas, kepala panas. Erk. Tiap 5 tapak, berhenti tepi. 5 tapak lagi, berhenti. Huhu. Kawan2 sangat tabah dan sabar je tunggu. Siap bagi air, offer coklat suruh tambah tenaga, siap bagi kata2 semangat bagai... terharu okeh!


Tiba suku pendakian, saya dah give up. Saya dah duduk rasa nak bukak tudung segala. Saya dah nekad nak tinggal je kat tengah2 hutan tu, biarlah orang lain teruskan sampai puncak, cerah sikit karang saya nak turun je. Saya sangat nekad. Tapi ditolak mentah2 oleh semua. Haha. Dorang tunggu siap cerita pengalaman masing2 untuk naikkan semangat saya. Masalahnya saya takut rebah je, sebab tadi macam nak rebah kat tepi gaung yang gelap *gulp*. Tapi dorang mati matian taknak terima apa saya cakap, ada yang jaga kat belakang, ada yang jalan sebelah saya, ada yang tarik saya dari depan. Hahahaha memalukan tau. Tapi memang laa, saya sangat bersyukur kenal dengan kawan2 yang macam ni. Sangat supportive dan sabar handle perangai saya, sikit pun tak marah ke buat muka ke. Kami sama2 naik sampai ke puncak :')





Ni sebelum sampai puncak. Waktu ni saya memang penat + letih tapi semangat kuat sebab ada orang bagi semangat. Yang lampu2 tu adalah pendaki yang lain. Atas sekali tu adalah puncak yang kami semua nak tuju. Perjalanan masih tersangkut2, tiap 10 langkah saya rehat. Kali ni pendakian dia lagi curam, lagi mencabar sebab dah nak sampai puncak kan.

                                   


                                   
Time ni beberapa langkah lagi nak sampai puncak.Dari gelap sampai cerah belum sampai2 lagi. Haha. Sebab si debab nak tarik nafas kumpul tenaga dulu :P




 

Masih ditempat yang sama. Dah bangun ni kira dah ready untuk naik. Jangan taktau, adik manis ni la yang tarik saya sampai ke atas puncak. Hebat kan beliau? Memang lasak orangnya, no wonder la body cantik. Hikhik.





Haaa ni dah sampai atas dah! Tengok la sidebab tu terus duduk ye. Dah sampai ke tanah rata yang takda dah kena daki2 bagai. Tapi kat 1st stage je la. Tak kuasa nak naik sampai stage atas tu. Hehe. Sebelah tu ofismet saya. 






Bila dah sampai haruslah duduk lama2 tarik nafas dan tengok keliling. Jangan taktau, keliling adalah penuh macam ada perhimpunan budak2 sekolah je. Sebab ramai cina, melayu dan india. Semua kaum ada. Semua tengah celebrate sebab berjaya sampai ke puncak, siap ada bunga api okeh. Sebenarnya bila saya tengok keliling, semuanya fit fit, kurus2. Boleh katakan saya sorang je debab kat puncak tu. Wahhhh vangga kejap! Hikhik.






Matahari tak nampak. Tak dapat tengok matahari terbit. Intai2 je disebalik awan. Time ni dalam pukul 7 kalau tak silap. 





Laluan untuk ke puncak yang lagi tinggi. Kalau tak silap ada 4 stage kot? Kot la.. Time tu hakak tengah mengah2 mintak nyawa tak kuasa nak heran diorang cakap apa pun. Dengar2 gitu je. :P






Ni perjalanan untuk turun ke bawah. Memang ramai la time turun sampai jem jalan siap berenti2 tunggu orang depan. Time turun saya adalah hebat. Zupzapzupzap tetiba je, "Eh dah sampai bawah?? Laaa senang sangat." Berlagak sangat kan? Padahal tadi ada orang dah give up takmo naik. Eeeee tak malu, shame shame! :P






Ini lah kami bertujuh. Muka2 yang sabar melayan kerenah akak debab yang cepat putus asa. Hikhik. Heart uoll so much! Nanti kita pegi tempat lain lagi yek? Harap jangan serik dengan ai ye? Hehe.






Lepas penat bertarung tenaga, sampai rumah je terus terbedal ni satu bekas. Triffle yang sangat maveles. Ala bekas kecik je, aci je kan? 


Sekian cerita tak seberapa dari pengalaman saya naik Bukit Broga. Korang dah naik ke belum? Tapi kalau orang ajak saya naik lagi, saya taknak dah kot. Ahaks. 









No comments: